Saturday, December 26, 2009

Dari Kg. Guru, Kangar. Perlis ke Taman Bukit Kempas. Johor Bharu.



Salam semua.

Selamat Pengantin Baru Anak Saudaraku.
( Aznir dan Uda )

Jam 7.30 pagi tadi saya sekeluarga bertolak dari Kluang ke Taman Bkt Kempas, Johor Bharu; Johor kerana menghadiri majlis akad nikah anak saudara, anak saudara orang Kangar, Perlis, manakala bakal isterinya ( sekarang isteri ) orang Taman Bukit Kempas.

Majlis bermula jam 9.00 pagi, kami pun tiba di rumah pengantin perempuan kira-kira jam tersebut jua, beberapa minit mendahului imam yang akan menguruskan pernikahan tersebut. Majlis berjalan dengan lancar dan penuh kemesraan seperti silaturrahim di antara kami telah lama terjalin.Saya dapat merasakan majlis ini suatu majlis yang terasa dan tersentuh keberkatannya. Jamuan untuk jemputan lain diadakan di Deawan Angsana JB. Saya tidak turut serta ke jamuan tersebut yang diadakan jam 1.30 petang.

Dalam perjalanan.

Dah sampai di rumah pengantin

Imam masuk ke dalam berjumpa dengan pengantin perempuan

Akad nikah


Firman Allah bermaksud:
Hai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mempusakai wanita dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, terkecuali bila mereka melakukan pekerjaan keji yang nyata. Dan bergaullah dengan mereka secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.

Surah An.Nisak ( ayat 19 )


Semoga berbahagia sehingga ke akhirat.amin


Orang berbudi kita berbahasa.
Orang memberi kita merasa

Menanam ubi tidak berbaja.
Ingat di hati sampai bila-bila.

Sekian. Wassalam.


No comments: