Wednesday, December 16, 2009

Selamat Tahun Baru - 1431.

Salam semua.

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1431, semoga pada tahun baru ini umat Islam dan sekalian masyarakat amnya akan dikurniakan Allah taufik dan hidayah yang akan membawa Malaysia kita ke arah yang lebih baik dan rakyatnya dapat menghayati kehidupan yang bersih dan diredhoi Allah.

Semoga Allah menyekat segala perbuatan jahat yang sedang dan akan dilakukan oleh mereka yang zalim di kalangan manusia, jin dan syaitan. Dengan itu amalan rasuah dan fitnah akan dapat dikurangkan, selepas itu dapatlah kita berkongsi khazanah Malaysia yang kaya raya ini dengan adil dan saksama.

Di dalam kehidupan manusia di dunia, khasnya di Malaysia. Ses
ungguhnya kita memerlukan kesanggupan untuk berkongsi kesusahan dan kesenangan, tanpa sifat ini kehidupan generasi akan datang akan melalui laluan yang sukar dan susah .

Kiranya kita hanya berebut-berebut untuk memenuhi te
mbolok dan perut masing-masing, akhirnya nanti yang di dalam perut akan pecah terburai dan yang di dalam tembolok akan terpancut keluar menjadi bahan semburan yang kotor dan jijik ke atas anak-anak dan generasi yang akan datang.

Jika bersyukur Allah akan menambah dan melimpahkan lagi rezeki-Nya, bersyukur dalam arti kata sentiasa mematuhi dan merujuk kepada al.Quran dan as.Sunnah.

----------------------

Doa Akhir Tahun

Berdoa selepas solat Asar akhir bulan Zulhijjah.
( Tahun ini , Khamis petang sehingga sebelum Maghrib )



Doa Awal tahun.

Berdoa selepas solat Maghrib Awal Muharram.
( Khamis malam- selepas Maghrib )

-----------------------------

DOA AKHIR TAHUN:

" Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda .

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku banyak melakukan larangan Engkau, tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab Engkau yang sudah ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan aku supaya bertaubat daripada kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku bertaubat dan memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Apa aku lakukan pada tahun ini Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohon daripada Engkau, ya Allah, ya Karim, ya Zaljalali wal ikram, terimalah permohonan ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku, wahai Tuhan Maha Mulia.

Selamat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian sahabatnya. Segala puji bagi Allah memelihara dan mentadbir sekalian alam."

----------------------------------

DOA AWAL TAHUN:


" Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian para sahabatnya.

Ya Allah , Engkaulah yang kekal abadi, demi kelebihan Engkau yang Maha Agung dan kemurahan Engkau yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon kepada Engkau perlindungan daripada syaitan, koncunya, tenternya dan penolongnya. Dan aku memohon perlidungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Wahai Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Wahai Tuhan yang lebih penyayang daripada segala yang penyayang.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW dan keluarga Baginda dan sekalian para sahabatnya. Segala Puji bagi Allah yang memelihara dan mentadbir sekalian alam."


------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum meninggalkan laman sesawang ini baca dulu peringatan di bawah ini.
Jangan guna telefon bimbit di stesen minyak.
Api. Api . Api . Api............. ???
--------------------------------------------------------------------------------------

Maafkan aku hai kekawan, aku hanya mampu berehat beberapa jam sahaja selepas kukatakan ingin berehat kerana ideaku datang menggamitkku untuk terus menulis. Jadi aku pun tulislah pula tajuk ini.

Sekian.Wassalam.

2 comments:

CT said...

Salam ma'al hijrah & salam ziarah...

Leenoh said...

Salam CT.

Terima kasih atas kesudian menziarah.