Thursday, December 17, 2009

Haram Jadah, Haram Jadah....bukan maki hamun.

Salam semua.

Haram Jadah... Haram Jadah... Haram Jadah...bukan maki hamun.

Dulu dulu orang kampungku, amnya orang Kedah, aku kurang tahu orang di kawasan atau di negeri lain, kalau orang di sebelah sana, naik angin dan naik marah, marah pada paras
tertinggi, paras pengahabisan darjah sifat., paras telinga berdengung, tentu sekali depa akan maki hamun, perkataan maki yang sering keluar dari mulut mereka ialah haram jadah.pelak, hawak dan macam-macam lagi, kelakuan ini terhad pada mereka yang kurang iman sahaja. sekarang ni dah jarang dengar, mungkin dah ramai beriman. jadi tidak lagilah dok maki hamun....he3.

Pada pagi ini aku nak cerita mengenai haram jadah tetapi bukan maki hamun, cerita ini mungkin rekaan, mungkin juga benar, sebab ada juga kewajarannya, heheh fikirlah sendiri...cerita dia pendek saja sebab tu aku merapu lain dulu, aku pun dapat cerita ini dari angin yang berlalu di alam maya, entah macam mana aku terbaca cerita ini, aku pun tak ingat semua, sebab dah lama dah, membacanya, pasti ceritaku ini ada yang tertinggal faktanya yang tertentu, begitulah sifat berita akan hilang keasliannya kerana beberapa sebab di antaranya kurang ingatan, tokok tambah, berbohong, kurang pendengaran dan banyak lagi sebab lain yang menyebabkan sesuatu cerita itu menjadi menyeleweng dan terpesong dari kenyataan atau cerita asalnya.

Cerita ini kalau nak tokok tambah pun tidak jadi masalah kerana cerita suka-suka sahaja, semata-mata untuk sengih dan hiburan sahaja...... hehehe.

Maka tersebutlah cerita mengenai seorang manusia yang berasal dari negeri Kedah yang kaya raya tetapi berprofil sederhana, lagi baik orangnya, dia  pergi ke Makkah mengerjakan Umrah untuk membiasakan diri dengan Tanah Suci itu sebelum dia pergi mengerjakan Haji tidak beberapa bulan lagi . Dalam fikirannya kalau dia tahu lebih sedikit mengenai selok belok Makkah dan Madinah, maka senanglah nanti bila dia mengerjakan Haji nanti, lagi pun aku ada duit, kata hatinya.

Hatinya berbisik lagi, " kalau aku ambil umrah sekarang, nanti datang pula terus sahaja aku ambil haji kerana umrah ini jatuh pada tahun yang sama, kalau buat macam ni jadilah Haji Tamattuk".

Di Makkah dia menginap di hotel yang agak mewah juga, setelah berehat sehari bagi menghilangkan penat, barulah dia berkira-kira hendak pergi mengerjakan umrah pula, setakat ini dia baru mengerjakan umrah buat kali pertama iaitu pada hari dia sampai. ini bermakna dia sudah bertawaf, sae dan tahlul ( bercukur ).

Untuk mengerjakan umrah kali kedua dia terpaksalah keluar dari Tanah Haram untuk berniat umrah dan kembali bertawaf , sae dan tahlul ( bercukur). Dia berhasrat keluar bersendirian kerana pada ketika ini pengunjung atau para penziarah tidak begitu ramai seperti pada bulan Ramadan.

Lokasi stesen teksi atau kereta sewa tidak berapa jauh dari hotelnya, sesampai sahaja di stesen teksi kelihatan ramailah pemandu mencari pelanggan dengan melaung dan menyebutkan destinasi yang mereka selalu membawa penupang  berulang alik, mereka pun melaungkanlah tempat itu dengan suara yang kuat supaya didengari oleh bakal pelanggan mereka, di antaranya; Tanain Haram.... Haram Tanain.... Haram Jakranah.... Jakranah Haram dan berbagai-bagai lagi destinasi yang disebut mereka. Dia mendengar dan mengamatinya dengan rasa kurang serasi dengan jiwanya, nak bertanya orang atau kekawan tidak mungkin kerana dia datang berseorangan, kalau ada pun Pak Arab dan bukan orang yang dikenalinya, bangsa asing pula yang tidak menimbulkan keinginan untuk dia bertanya.Mungkin dihalang oleh bahasa yang digunakan, masing-masing tidak memahami di antara satu sama lain.

Dia terus berdiri dan berfikir........sedang dia berfikir itu, tiba-tiba kedengaran di belakangnya....Haram Jadah....Haram Jadah....Jadah Haram....Jadah Haram...Haram Jadah...Haram Jadah. demikianlah kedengaran di telinganya,. Kali ini dia tidak fikir panjang lagi terus sahaja berpatah balik ke hotel penginapannya yang kurang lebih 300 meter sahaja jaraknya .

Sesampai sahaja dia di hotel budak Kedah yang bekerja di hotel itu hairan dengan pelanggan hotelnya ini, apa sebab pula dia balik ke hotel, budak itu pun tidak membuang masanya terus sahaja bertanya; Kenapa Pak Cik balik ?, ." aku panas telinga dengak Tok Arab tu dok maki hamun, haram jadah, haram jadah" jawabnya ringkas dan Budak itu pun memberi penjelasan kepadanya; " La Pak Cik, bukan dia maki hamun, Haram tu, Tanah Haram ni lah, jadah tu Judah, dia kata Jeddah bukan jadah, yang ni Pak Cik salah dengak kot, sebenaknya teksi yang dia pandu tu, bawa orang berulang alik dari Tanah Haram ni ke Judah".....Mana aku nak tau aku dengak macam dia dok maki hamun, haram jadah, haram jadah, mana aku tak hangat hati, kalau begitu aku dah fahamlah ,dia bukan maki, takpalah petang ni aku pi lain, jawab Pak Cik tadi dengan selamba sahaja.

Hahaha inilah yang dikatakan takdak keja cari keja.......cerita ini hanya rekaan sahaja...siapakah penggubah asalnya wallahu aklam.

Sehingga kita bertemu lagi ...
Insya Allah.









5 comments:

Dee said...

hehehe..lawak gak..selamat tahun baru sdra leenoh..

Leenoh said...

Salam,

Semoga Allah memberikan kita lebih cemerlang pada tahun baru ini.

Diharap kita berhijrah ke arah yang lebih baik.

Anonymous said...

Salam leenoh,
Salam maal hijrah,semoga kita diberi kekuatan bagi mencapai keredhanNya.Kelakar juga hang no,dalam kelakar dalamnya mesej tersirat, bagi saya bukan pokok cerita tapi mesej.tu lah akibat salah dengar dan salah tafsir.Sebab tu lah kita disuruh faham betul2,supaya dapat amal dgn betul terutamanya dalam urusan agama agar tidak keliru.(arba)

jannahazwan said...
This comment has been removed by the author.
Leenoh said...

Salam sdr.Arba.

Alhamdulillah, nampaknya kita masih diberikan Allah sihat walafiat,
Semoga pada tahun ini ( 1431H) akan lebih cemerlang lagi dan sentiasa diberkati Allah.amin