Wednesday, December 30, 2009

Kebun Pak Awang.

Salam semua.

Sebaik sahaja saya duduk untuk menyiapkan entri ini teringat pula Rancangan Drama Radio Malaysia pada suatu ketika dahulu, iaitu Kebun Pak Awang di mana yang turut berlakon dalam drama ini ialah Abu Bakar Ahmad, kalau tidak salah saya beliau adalah bapa kepada Ramli Abu Bakar yang juga pesenaliti radio dan tv, mungkin Wahnuar , Tumok dan Pak Cha lebih mengingatinya dari saya.
_________________________

Ramli Abu Bakar sebenarnya bukan anak kepada Abu Bakar Ahmad seperti saya sangka.Baca ulasan di bawah ini.

Blogger attiah said...

would like to put things in perspective:
Abu Bakar Ahmad has no son by the name of Ramli. I know this because I am his daughter.
Would you know how I can get the whole series of the radio show ' Kebun Pak Awang'?
Regards

May 31, 2010 11:28 PM

__________________________________________

Saya bukan hendak menceritakan pasal drama itu , sebaliknya ingin memaparkan gambar-gambar dari kebun buah-buahan yang saya lawati pagi tadi, dalam perjalanan balik dari Ayer Hitam saya sempat singgah di kebun ini, sebenarnya kebun ini bukan lagi layak dipanggil kebun kerana keluasannya itu, setelah saya paparkan gambar-gambarnya nanti anda akan dapat menilai dan mengetahuinya. Gambar ini mungkin boleh menjadi motivasi kepada anda yang berminat dalam bidang ini.



Sekian.Wassalam.

2 comments:

Unknown said...

would like to put things in perspective:
Abu Bakar Ahmad has no son by the name of Ramli. I know this because I am his daughter.
Would you know how I can get the whole series of the radio show ' Kebun Pak Awang'?
Regards

Leenoh said...

Salam attiah.

Terima kasih kerana memberi ulasan dan mengesahkan bahawa kenyataan saya yang dalam keadaan tidak pasti menyatakan bahawa Ramli Abu Bakar adalah anak kepada Pak Awang adalah tidak tepat dan tidak betul.

Saya memohon maaf kira tidak disenangi.