Monday, November 15, 2010

Ingat macam-macam ketika sedang bersolat.

Salam semua.

Berfikir secara sepadu.
Betulkah minda manusia mampu fokus kepada suatu perkara sahaja ?. Secara halusi minda manusia tidak pernah fokus sepenuhnya pada suatu perkara sahaja, minda manusia sentiasa berfikir secara bersepadu, sekiranya minda tidak berfikir secara bersepadu, manusia akan mengalami kemalangan dan tidak mampu mengendalikan diri sendiri. Jika minda tertumpu hanya pada suatu perkara sahaja, manusia tidak akan mampu berdiri dan duduk sekali pun dan mereka juga tidak mampu memandu kenderaan. Sebagai contoh ketika manusia berjalan, mereka perlu memikirkan berbagai perkara. minda perlu mengatur kaki untuk melangkah, tangan untuk melenggang, mata untuk melihat di persekitarannya, telinga untuk mendengar sesuatu yang mungkin membahayakan dan lain-lain lagi.

Khusyuk dalam solat.
Adakah khusyuk di dalam solat itu minda kita terpaksa tertumpa pada suatu perkara sahaja ?. kalau itulah situasinya tentulah kita tidak mencapai khusyuk itu kerana telah disebutkan tadi bahawa minda manusia tidak mampu fokus kepada suatu perkara sahaja. Khusyuk itu memang memerlukan fokus tetapi memadai fokus secara am terhadap apa yang berlaku di dalam solat, khususnya menyentuh mengenai cerita ( ayat al.Quran ) yang diucapkan di dalam solat. Kalau membaca surah al.Baqarah di dalam solat akan terdapat berbagai cerita di dalam surah tersebut, maka kita pun akan teringat macam-macam cerita tersebut, fokuslah kepada bermacam cerita yang sedang dibaca itu, itulah yang dikatakan khusyuk, dalam surah itu terdapat suruhan dan larangan serta cerita teladan, jika minda difokuskan kepada cerita berkenaan, bermakna solat kita telah khusyuk.


Kalau tidak faham?.
Tidak dapat dinafikan ramai di antara kita yang tidak faham apa yang dibacakan tetapi mereka masih ada ikhtiarnya, mungkin mengulang kaji surah-surah yang pendek dan memahami serta mengingati intasarinya pun telah memadai, kalau imam membaca surah Yusuf, makmum boleh mengingatkan kisah Yusuf, kalau sentiasa membaca al.Quran akan memudahkan kita berbuat demikian, sekurang-kurang kita mengetahui isi kandungan surah-surah yang pendek yang kita telah pun menghafaznya.

Hilang khusyuk solat.
Mengingatkan atau teringat bermacam-macam perkara yang berada di luar solat dan tiada kaitan dengannya akan menyebabkan hilang khusyuk, hati kita tidak lagi berpaut dengan Allah dan juga intraksi kita tidak lagi dengan Allah, sebaliknya fokus kita tertumpu kepada hal ehwal alam atau dunia dan terputus hubungan dengan Allah, keadaan ini diistilahkan sebagai tidak khusyuk di dalam solat.( Situasi ini hukumnya makruh ) , jika berlaku situasi begini orang berkenaan perlu kembalikan mindanya mengingati dan mengikuti serta menghayati semula apa yang sedang dibaca di dalam solat tersebut sehingga selesai solat.


Berintraksi dengan Allah.
Segala bacaan yang berlaku di dalam solat adalah ungkapan intraksi kita dengan Allah, ungkapan itu sama ada berbentuk ayat al.Quran (iaitu membacakan cerita dari suruh yang kita pilih di mana surah itu memang datangnya daripada Allah ) atau bacaan kita itu berupa doa, bertaubat, berzikir dan seumpamanya, semasa kita di dalam solat itulah situasi kita yang paling akrab dengan Allah, sepanjang solat hati kita sepatutnya mengingati-Nya, mulai permulaan solat sehinggalah solat selesai dikerjakan.

Sekian...wallahu aklam.

No comments: