Tuesday, November 24, 2009

Apa nak buat selepas peperiksaan SPM & STPM.


Salam semua.

Manfaatkan masa cuti.

Beberapa hari ini semua orang pakat sebok dan kalut dengan urusan masing-masing. Para pelajar sedang bergelut dengan peperiksaan dan setengahnya terpaksa bergelut dengan banjir yang melanda rumah dan dewan peperiksaan.

Ibubapa dan guru-guru tentu sekali berasa risau dan bimbang takut para pelajar tidak dapat menghadiri peperiksaan seperti yang dirancangkan atau masa mentalaah anak-anak mereka terganggu.

Pengetua, PPD, Pengarah dan Menteri sendiri tentu sekali bimbang terhadap kelancaran peperiksaan di bawah seliaan masing-masing terganggu atau tidak dapat dijalankan langsung. jika ini berlaku tentulah semua pihak akan mengalami kerugian. Apapun tiada siapa dapat mengatasi kehendak yang Maha Esa. Kita kenalah terima seadanya dengan hati yang redza.

Berbalik kepada topik apa nak buat selepas peperiksaan nanti. Sekarang sebahagian besar para pelajar sedang bercuti dan para pelajar SPM dan STPM akan mula bercuti panjang selepas peperiksaan berakhir nanti. Mungkin ibu bapa dan anak-anak remaja dapat sama-sama merancang program yang berfaedah dalam masa cuti panjang ini.

Berkemampuan.
Mereka yang berkemampuan banyak pilihan yang boleh dimanfaatkan di antaranya:
Menghadiri:
1. Kursus jahitan.
2. Kursus masakan.
3. Tuisyen ; Bahasa Inggeris, Mandarin, Bahasa Arab,Matematik, Sains dll.
4. Kem ( Khemah ) motivasi meningkatkan kefahaman dan penghayatan Islam.
5. Kelas Tahsin Tilawah al.Quran.
6. Berbagai kursus mengenai komputer.
7. Balajar memandu dll..

Kurang berkemampuan.
Bagi mereka yang kurang berkemampuan tentu sekali boleh mendapatkan kemahiran dan pengalaman melalui apa-apa sahaja pekerjaan yang bermanfaat seperti menolong ibubapa , berkerja di pasaraya, di warung-warung atau di mana-mana sahaja yang boleh memberi manfaat kepada mereka dalam tempoh percutian yang panjang tersebut.

Untuk renungan.
Kalau hendak seribu daya, kalau tidak hendak seribu dalih.

Hendak jadi orang senang, susah. Hendak jadi orang susah, senang.

Man jadda wa jada, (siapa usaha dia dapat).

Kalau tidak pecahkan royong, manakan dapat sagunya.

Sekian.Wassalam.

4 comments:

Mak Su said...

pening gaks saya ni uncle memikirkan bab xtvt cuti sekolah ni :(

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Memang begitulah Pak Ngah dulu pun,
Boleh juga meminjam buku di Perpustakaan Awam bagi depa baca, minta depa buat rumusan ringkas utk membuktikan yang depa memang membacanya.

Hunny said...

Pak Ngah,

Kerja Part time pun ok gak...

Leenoh said...

Salam Hani.

Betul,betul, betul...he3...cari pengalaman.