Monday, November 17, 2008

Johor negeri kenanganku



Untungnya Johor,
Bila Johor becakap, Kedah faham.
Untungnya Johor,
Bila Johor bercakap, Kelantan faham.
Untungnya Johor,
Bila Johor bercakap, Trengganu faham.
Untungnya Johor,
Bila Johor bercakap, N.Sembilan faham.
Untungnya Johor,
Bila Johor bercakap, semua orang faham.

Kelirunya Johor,
Bila pergi Segamat,masih kena pergi Johor.
Kelirunya Johor,
Bila pergi Kluang, masih kena pergi Johor.
Kelirunya Johor,
Bila pergi Skudai, masih kena pergi Johor.
Johor itulah , Johor Bahru, Johor.
Untungnya Johor,
Bila tua semuanya dipanggil Aji.
Untungnya Johor,
Bila tua didoakan agar dapat haji.
Untungnya Johor,
Balik Mekah sekali lagi mendapat Haji.

Kenangan di Johor,
Tempat kupernah mencari rezeki.
Kampong Pasir Batu Lima.
Tempat aku mula diami.
Di Taman Johor tidaklah lama.

Kg. Mohd.Amin letaknya asrama.
Bukit Siren istana terdekat.
Putera EC penghuni utama.
Pelajar khas prestasi meningkat.


Jaya Salam namanya hebat.
Tasik Banding menjadi kenangan.
Agaknya dia yang terlibat.
Mungkin dia empunya gerangan.

Dia dididik bersama kekawan.
Wan Nik, Miskam, Shaharuddin Sidek.
Ahmad Istat, Zakaria Sarman.
Kini dewasa penuh cerdik.

Ramai lagi dalam kenangan.
Tidak upaya nama disebut.
Jika membaca ini karangan.
Jemput ke rumah sudi disambut.

Tangan menaip hati sebak.
Airmata seperti embun pagi.
Ingat mereka tidak serempak.
Mustafa, Kamaruddin pernah ke mari.

Asrama Kapt.Mohd.amin tempatnya tinggi.
Kawasan dijaga Mijor Paiman.
Meninggalkan kenangan kekal abadi.
Kini kawasan tinggal halaman.

Pantai Lido panggilan dahulu.
Danga Bay namanya baru.
Kalau engkau kenali diriku.
Memang daku lama mencarimu.

Karangan ditulis berangkap-rangkap.
Puisi bukan seloka pun bukan.
Kalau ada salah silap.
Hamba memohon segera dimaafkan.

Wassalam.

___________________________________________________________________

Carian berhasil:

Assalammualaikum.

Guru Leenoh ku yang ku hormati dan disayangi serta keluarga yang dicintai,

Alhamdulillah dipertemukan kita di dalam ruangan ini. Saya memang masih tercari2 di manakah Guruku ini.

Saya adalah anak murid Cikgu yang bernama Shaharuddin Sidek.

Cikgu Leenoh, hasil anak didik Cikgu ramai yang telah berjaya dan mendapat tempat di Jabatan2 Kerajaan dan Swasta.

Saya Alhamdulillah dikurniakan 4 orang anak (3 perempuan dan seorang lelaki) Farah Hani (17), Farah Liyana (13), Farah Nadiah (10) dan Muhammad Farid (8). Isteri saya Zaharimah Abdul Kadir seorang Doktor, Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

kali terakhir saya berkomunikasi dengan Cikgu ialah tahun 80an ketika saya menuntut di London dalam bidang Kejuruteraan Awam.

InsyaAllah banyak lagi kita boleh mengimbas kembali zaman silam kita bersama.

Kepada anak2 Cikgu Leenoh, Abah anda telah banyak menabur jasa dan bakti yg tidak dapat dinilaikan kepada anak2 bangsa di Johor,kebanyakkan malah semua anak didik Abah (Cikgu Leenoh) menjadi orang yang berguna dan berbakti Kepada Ugama Bangsa Dan Negara.

Semoga kita berhubung semula serta mengeratkan lagi tali silaturrahim kita yang terpisah lama sejak 1976 (32 tahun).

Salam hormat dari saya,
Anak murid setia Cik Gu

Ir. Haji Shaharuddin Hj Sidek
Pengurus Besar
Pantai Medivest Sdn Bhd

Wassalam.

12 comments:

wanridzuan said...

nape johor??
best ke kat johor...??
teringin gak nak pegi yp xtau la bila ade peluang

Unknown said...

of coz johor is the best among other state..TINTA proud to be johorian..rugi siapa x ke negeri Johor, n cume di johor saje ade kuih ARISSA...(salah satu daya tarikan masakan orang Johor)...
anyway Leenoh, i luv ur poem, look spontaneous, but berasas n creative...

Leenoh said...

Ini adalah cerita benar, nama-nama dan tempat-tempat yang saya sebut pun benar dan sebahagian daripada peristiwa, saya memang mencari mereka, kalau mereka baca sukar saya duga,
Insya Allah mereka datang berjumpa.
Wassalam.

Faizal R said...

hidup johor

Anonymous said...

Johor best. Mcm2 ada. diorang kata kubu kuat. tapi tak kuat mana la rasanya.

Tapi bila kita merantau, tempat rantauan kita tu pasti akan dikenang sampai bila2. Kedah oh kedah

Leenoh said...

Dulu kuat,lani dah kurang sikit,Depa nak ubah p kubu baru kot.
Sapa ni awat tak boh "tanda nama" sendiri, sunat kenai nama.la orang jahat ramai, tak kenai takut gak.
Wassalam

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

untungnya johor kerana banyak jawa:
orang jawa,
itik jawa,
tembakau jawa,
asam jawa.

untungnya johor kerana banyak parit:
parit jawa,
parit sulong

perak juga ada parit.Orang parit selalu cakap : biar pape asai bergaye.

Leenoh said...

Parit sana dah berubah, Pak Cha, cari berkat agaknya.

ompong said...

Sy prnah tinggal di Johor Bahru. Bila saya mai balek, segalanya dah berubah.Di Johor banyak parit tetapi banyak juga yg berSERI.Contohnya Parit Bengkok, Parit Raja dan yg berseri ialah SK. Seri Padang Sari, SK. Seri Manggis dsbnya.Tetapi pusing-pusing tersangkut juga d Kg. Tengah,Kluang,Johor.Sampai la ni.

Leenoh said...

Assalamualaikum.
Aii macam dah kenai lama, nanti bila saya pi Kg.Tengah kita jumpa, boleh kena nasi lemak di kedai Wak 2not atau D.Roslan Kg. Baru.di sini ada capati.

tapi orang Kampung Tengah la kena belanja, mana boleh orang musafir belanja. maaf ya bergurau ja. Terima kasih di atas lawatan Ompong ke blog saya.
Wassalam.

Anonymous said...

Assalammualaikum Guru Leenoh ku yang ku hormati dan disayangi serta keluarga yang dicintai,

Alhamdulillah di pertemukan kita di dalam ruangan ini. Saya memang masih tercari2 dimanakah Guruku ini.

Saya adalah anak murid Cikgu yang bernama Shaharuddin Sidek.

Cikgu Leenoh, hasil anak didik Cikgu ramai yang telah berjaya dan mendapat tempat di Jabatan 2 Kerajaan dan Swasta.

Saya Alhamdulillah dikurniakan 4 orang anak (3 perempuan dan seorang lelaki) Farah Hani (17), Farah Liyana (13), Farah Nadiah (10) dan Muhammad Farid (8). Isteri saya Zaharimah Abdul Kadir seorang Doktor, Ketua Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban.

kali terakhir saya berkomunikasi dengan Cikgu ialah tahun 80an ketika saya menuntut di London dalam bidang Kejuruteraan Awam.

InsyaAllah banyak lagi kita boleh mengimbas kembali zaman silam kita bersama.

Kepada anak2 Cikgu Leenoh, Abah anda telah banyak menabur jasa dan bakti yg tidak dapat dinilaikan kepada anak2 bangsa di Johor,kebanyakkan malah semua anak didik Abah (Cikgu Leenoh) menjadi orang yang berguna dan berbakti Kepada Ugama Bangsa Dan Negara.

Semoga kita berhubung semula serta mengeratkan lagi tali silaturrahim kita yang terpisah lama sejak 1976 (32 tahun).

Salam hormat dari saya,
Anak murid setia Cik Gu

Ir. Haji Shaharuddin Hj Sidek
Pengurus Besar
Pantai Medivest Sdn Bhd

h/p : 019-3291975
email: shaharuddin@medivest.com.my

Leenoh said...

Waalaikumussalam.
Alhamdulillah, saya sebak sekali lagi dan air mata gembira keluar tanpa disedari kerana amat gembira di atas respon pertama ini.

saya masih terbayang muka awak ketika zaman persekolahan tetapi saya tidak pasti mengenali wajah awak sekarang.kerana sekarang telah dewasa,

Sudah tentu saya rasa amat gembira di atas kejayaan awak dan kawan-kawan Asramawan Jln Kapt.Mohd.Amin.

Tetapi anda semua penghuni Asrama Jln Kapt.Mohd.Amin adalah mereka yang teristimewa bagi saya.

Peliharalah kejayaan yang telah berolehi supaya ianya membawa berkat. Jagalah anak isteri dengan baik kerana mereka adalah amanah Allah kepada kita.

Saya sekarang telah berhijrah ke Shah Alam, Insya Allah saya akan hubungi Shaharuddin nanti.

Wassalam.