Tuesday, November 11, 2008

Kalau kita tak tampak dia. Dia akan tampak kita.


___________________________________


Hari ini saya ingin menulis dalam bahasa Melayu yang bercampur dengan loghat Kedah mengenai pendidikan anak-anak.
( Maaf ya kalau kurang faham )


Pasai didik anak, perkara macam ni kita kena share, mana kita boleh didik anak dengan dua laki bini kita saja, kalau ada orang mengaku dia didik anak dengan bini dia saja, dia tu pembohong la tu. habak dia bohonglah diri dia sendiri, jangan bohong orang lain , Kalau anak kita dah berjaya, kita kena bersyukur dan berterima kasih dengan banyak pihak, dengan ramai orang. Dalam mendidik anak ni ramai yang tolong kita, ramai sangat, kalau nak tulih tak cukup keghetaih, sebab ghamai sangat, walau macam mana pun kita sebagai ibu bapa yang kena buat keputusan atas depa. kalau silap rosaklah depa, nayalah depa nanti. Jangan mengambil pendekatan yang melampau, jangan manja melampau, jangan garang melampau dan apa-apa yang melampau tu jangan buat. Jadi kenalah sederhana, macam Nabi habak kita tu.

Orang tua-tua pesan, anak-anak ni kalau kita tak tampak depa masa kecik-kecik, nanti bila depa besak depa tampak kita, betui, betui, betui. Betui sungguh, pasai pa kata betui,sebab masa budak tu kecik bila dia buat salah, cuma larang gitu-gitu saja, buatlah berapa kali salah pun, macam tu lah jugak, larang sikit- sikit saja, orang yang prihatin rasa ai ni tak berapa nak kena, didik anak macam ni,kena habak kat depa supaya janganlah manja anak macam tu, nanti besak kepala hangpa dia kerabat, lani tak pa la, dia budak lagi semua orang suka, bila dia dah besak, kalau dia tak kenai baik buruk, orang akan meluat, dengan mak pak dia sekali depa meluat.

Kalau dah besak macam mana nak kenai baik buruk, kalau dok cik ooi, cik ooi, cik ooi, dari pagi sampai petang. Penaiklah suara sikit, tampaklah budak tu sikit bagi kesalahan yang berulang-ulang. barulah dia tau yang mana boleh dan yang mana pulak tak boleh. Cuba tengok ibu bapa dulul-dulu, depa cenge, kalau kita buat salah depa pukui, dan ranting, rantinglah, depa pukui kita dengan ranting pun, pukui nak ajak , bukan nak bunuh, janganlah pukui panaih baghan. kalau macam tu, dah campok dengan iblis, janganlah pakat dengan iblis macam tu. ikutlah ajaran Islam.

Cikgu dulu pun cenge, sampai lani kita dok ingat depa. kita hormat depa, berbanding dengan budak-budak lani, cikgu dia, dia cekik, dia tendang dan macam-macam lagi kita dengak. Bukan semua, tapi ramai juga yang macam tu. baik lelaki, baik pumpuan.

Saya rasa betuilah orang dulu kata, anak-anak kita , kalau kita tak tampak depa lani, bila depa besak depa tampak kita. Bukan takat kita, dia tampak, cikgu dia, dia tampak. Orang dulu suruh tampak bukan tampak hentam kromo, tapi tampak yang adil yang akan memberi kebaikan kepada depa bila depa dewasa nanti. Kalau budak tidak buat salah apa, pasai apa nak tampak, itu zalim namanya, maksud suruh tampak di sini ialah setelah melalui proses larangan dengan menggunakan lisan atau bercakap tetapi tidak berkesan, barulah kita buat tindakan tersebut.

Lani kononnya depa nak pakai psaikoloji semata-mata, kalau nak didik macam tu pun boleh jugak, tapi kalau lima orang anak maknanya kena ada lima buah buku psaikologi yang berlainan kerana perangai anak-anak bukan sama. Sebenarnya denda tu psaikologi jugak. Lani cara didik anak ramai yang dah tak berapa betui, sebab tu, budak-budak lani jadi macam-macam.(bukan semua).Ditambah pula cabaran yang canggih yang terpaksa budak-budak lani hadapi, KESIAN DEPA.

Pada pendapat saya psaikologi memang kena pakai dan denda pun kena pakai. Jangan sampai tidak boleh sentuh langsung. Apa yang Nabi kata, jangan diketepikan, nanti kita tak selamat.

Dia akan tampak kita;
Maksudnya kita akan menerima tamparan atau kesusahan hasil kegagalan kita mendidik mereka, sama ada betul-betul menerima tamparan anak atau tamparan itu terasa di minda kita sahaja kerana karenah mereka apabila mereka telah remaja. Kalau anak dah terlibat dengan dadah, terlibat dengan awang rempit, mek boh sia' dan berbagai lagi tentulah itu satu tamparan dan pukulan kepada ibu bapa. Kekadang ibu bapa dah buat atau didik betui dah, tapi jadi jugak perkara karut ni, itu nasib kitalah , apa boleh buat, kenalah bersabar banyak-banyak, berdoa banyak-banyak.

Mendidik anak ni sebenarnya kerja susah, bukan kerja senang, sebab tu kita kena sungguh-sungguh, kena sabak, kalau nak berjaya takleh main-main, bangkit pagi kena ingat depa dulu. pesoh depa dulu. tiap hari kena macam tu sampai depa besak, kadang-kadang umur dah 20+ tahun pun kena dok ingat pasai solat, umur 20 tahun lebih, ertinya 20 tahun lebih jugak dok habak pasai tu, tak masuk- masuk dalam kepala jugak. Agaknya inilah yang depa kata umur 40 tahun baru baligh.

Tu la yang depa dok kata, kalau kita tanam lalang, jangan dok harap hasil dia padi, kalau tanam padi barulah buah dia padi. Maknanya kalau kita bersungguh-sungguh dan kerja yang dibuat tu sama dengan matlamatnya insya Allah, Allah akan lorongkan kebaikan kepada kita.

Tampak/Tampar;
Tampak di sini bukanlah semestinya tampak, tampak maknanya denda yang berpatutan dan adil terhadap anak-anak yang degil dan telah melakukan kesalahan.

Mendidik bukan sekadar habak atau beri faham tetapi lebih jauh dan mendalam dari itu.

CONTOH;
Semua orang telah faham bahawa menghisab rokok, minum arak, hisab dadah adalah berbahaya bagi kesihatan dan perbuatan yang dilarang tetapi dibuatnya juga.Mengapa jadi begitu, sebabnya ada beberapa perkara yang kurang di situ, iaitu masih ada di dalam persekitaran anak-anak kegiatan buruk tersebut dan kefahaman yang diberi terhalang daripada meresap ke jiwa kerana persekitaran tadi, hidayah dan doa juga ada peranan. ( Fahaman hanya berada di hujung lidah sahaja tetapi belum meresap ke dalam jiwa dan roh kanak-kanak atau remaja yang kita didik )

Mengkalu kita dah ikut nasihat orang tua dan pesanan Nabi, didikan kita tak menjadi jugak, apa boleh buat, itu terserahlah kepada Allah, Kita hanya merancang , Allah yang menentukan.


Makna perkataan.
tampak = tampar.
cenge = garang.
panaih = panas.
baghan = baran.
loghat = bahasa.
kerabat = panjat.
keghetaih = kertas.
habak = khabar.
pesoh = urus
ghamai = ramai
mengkalu = kalau


Jangan baca saja, bagilah komen.

Wallahu aa'lam bissowab. Wassalam.

7 comments:

jannahazwan said...

Mmm memang betui. tapi budak2 la ni penuh dengan teknologi. lebih mencabar mak bapak la ni nak didik anak2 untuk jadi anak yg berguna, beriman dan soleh...psikologi n tampaqlogi kena guna...kalau x depa naik pala kita.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Memang banyak bezanya dengan kita dulu.Dulu lain,sekarang lain.Masa depan lagi kelainannya.Mungkin masa tu kita dah tak dak lagi.

Leenoh said...

Terima kasih kerana mai jengok blog saya,marilah kita sama-sama berdoa semoga anak cucu kita hidup lebih baik dari kita dan sentiasa mendapat hidayah daripada Allah.

+ mika + said...

betoi tuh betoi...cheq setuju sangat...tapi cheq dulu mummy cheq tak tampaq...dia tibai ja tequih dgn qhotan...huhuhu...padan muka cheq...sapa suqhoh tak dengaq kata... (^^,)

Leenoh said...

Assalamualaikum.

+Mika+.
Ghotan 2 China panggai ghotan ceghedik. Pasai tu mika la dah ceghedik, lani dah pandai guna komputer dan internet. Mengkalu depa tak ghotan, taktau macam mana lani.
Jangan marah ya, gurau ja.
Terima kasih kerana beri komen.
Wassalam.

Anonymous said...

Tampaq cukup2 tapi jangan sampai otak dia goyang nnt kena jaga sampai dia tua pulak.

Leenoh said...

Jangan dera, itu kerja maksiat.Ikut nasihat Nabi,kalau tidak, nanti jadi pula anakku Sazali.
Wallahu aa'lam. Wassalam.