السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Jom. Jom. Kita sembang mengenai puasa.
Jom. Jom. Kita sembang mengenai puasa.
Pada hari ini seperti mana kita sedia maklum bahawa pihak berwajib telahpun mengisytiharkan bahawa esok ( Sabtu ) kaum muslimin dan muslimat Malaysia akan memulakan kewajipan berpuasa. Ini berarti pada malam ini merupakan malam pertama kita berniat puasa dan melakukan ibadat Solat Terawih.
Dalam entri ini saya hanya ingin memberi peringatan ringkas mengenai niat puasa sebulan dan niat setiap malam untuk diri saya sendiri dan kekawan yang mengunjungi laman ini.
Pada malam ini eloklah kita berniat berpuasa sebulan di dalam bulan Ramadan tahun ini dan juga berniat untuk berpuasa esok hari. Pada mulanya kita berniat untuk sebulan kemudian diikuti niat untuk esok hari. Tempoh dibolehkan kita berniat ialah sepanjang malam, pilihlah pada waktu manapun asalkan waktu malam. Niat boleh dilakukan sebaik sahaja telah masuk waktu Magrib atau setelah terbenam matahari sehinggalah sebelum masuk waktu Subuh atau sebelum naik fajar Sadik.
Contoh niat untuk sebulan Ramadan:
"Sahaja aku berpuasa sebulan menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala".
( Niat ini hanya dilakukan pada malam pertama sahaja sebagai persediaan kalau-kalau berlaku terlalai pada malam-malam yang akan datang, maka bolehlah digunapakai niat tersebut . Selepas niat untuk sebulan, diikuti pula berniat untuk berpuasa esok hari dan pada malam-malam seterusnya hendaklah berniat pada tiap-tiap malam seperti biasa, jika lupa barulah kita kembali dengan memadai niat yang sebulan itu )
Contoh Niat setiap malam Ramadan.
"Sahaja aku berpuasa esok menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala".
.
Peringatan ringkas ini ditangguhkan sementara.
Mungkin dapat menginsafkan:
Asri Rabbani : Selimut Putih Pembalut Badan

Sekian .Wassalam.
12 comments:
Salam Leenoh.
"Niat Itu Asas Kepada Kejayaan Setiap Ibadah"
Salam Zaidi.
Ya, betul, menulis untuk menyebar dan membetulkan aqidah Islam juga memerlukan niat kerana Allah, sebab iannya asas dan teras ibadat.
Salam Pak Ngah, semoga sihat2 selalu.. gembiranya sbb dah masuk bulan Ramadhan.
Selamat Berpuasa Sdra Leenoh...
Salam Zaidon.
Alhamdulillah sihat tapi Zaidon esok belum tentu ada....he2. Insya Allah masih ada.
Salam Dee.
Ya. sama-sama Selamat Berpuasa, nampaknya Dee kena ronda waktu malamlah ke restoran he2 tapi Pasar Ramadan ada kan. bolehlah berblog dengan Pasar Ramadan pulak.
awal pagi nanti bangun sahur. dah lama tak bangun sahur di bulan ramadhan. pakat bangun ramai2. ehe
Salam ije.
Ije, esok hari pertama jangan dok tersasul pulak. kalau makan kerana terlupa yang kita sedang berpuasa tidak batal puasa tu. kalau buat-buat lupa, batal dan........teruk nanti...he3. Pak Ngah hanya ingatkan saja...bergurau ye.
selamat berpuasa Leenoh :)
Salam Mak Su.
Semoga Mak Su sihat dan dapat berpuasa dgn sempurna.
SELAMAT BERPUASA.
Salam Pak Ngah,
Terimakasih diatas peringatan yang amat berfaedah itu. Sama-sama kita berdoa agar dibulan yang mulia itu nanti, kita akan lebih mengenali serta mendekatkan diri kita kepadaNYA.
Selamat menyambut Ramadhan almubarak.
Salam Dr.Sam.
Kekadang kita ingatkan orang lain, kita pula yang terlupa. harap-harap tidak begitu.
Lebih kurang satu setengah jam daripada sekarang sudah boleh berniat puasa yang dimaksudkan itu.
Semoga Dr.Sam dan keluarga sihat dan dapat berpuasa dgn sempurna.
SELAMAT BERPUASA RAMADAN.
Post a Comment