Saturday, August 8, 2009

Mengenal Allah dan mengenal Kebesaran-Nya

Salam Semua.

Mengenal Allah dan mengenal Kebesaran-Nya

Maksudnya:
"Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar".
Surah al.Baqarah - 255
.

Inti pati utama:
Allah Maha Esa. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Dia. Dia hidup dan Dia tidak mati. Dia Berdiri Sendiri-Nya, memelihara semesta alam ini. Dia tidak mengantuk dan tidak pula tidur. Bagi-Nya (Milik-Nya) apap-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi. tiada seorangpun (tiada siapapun) yang dapat memberi syafaat melainkan dengan izin-Nya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan (sebelum) mereka dan apap-apa yang di belakang (sesudah) mereka. Kursi-Nya (Ilmu-Nya/Kerajaan-Nya) meliputi seluruh langit dan bumi, dan tidak susah bagi-Nya memelihara semua itu. Dia Maha Tinggi dan Maha Besar.
( ayat ini dinamakan Ayatul Kursi).

#####

Ayatul Kursi ini sangat masyhur dan besar kelebihannya kerana mangandungi dasar Tauhid dan menggambarkan dengan indahnya kebesaran, kekuasaan dan Maha luas ilmu Allah yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam.

Di dalam Hadith-Hadith Rasulullah.s.a.w. sama ada riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lainnya diterangkan bahawa ayatul Kursi ini adalah " Penghulu Ayat-Ayat Al.Quran ". sesiapa yang membaca dan mengamalkan akan terpeliharalah dari ditimpa bala bencana dan dapat menjauhi dari gangguan syaitan serta mendapat pahala yang besar.






Sekian.Wassalam

6 comments:

KUNTONG said...

السلام عليكم: ايلوق كالو دعملكن ستيف هاري سفرت يغ دسارنكن.

Leenoh said...

عليكم السلام
Insya Allah kita sama-sama amalkan dan cuba sedaya upaya menghayati sepenuhnya maksud yang terkandung di dalamnya.

Nl said...

salam pak Ngah...

apa yang saya tahu, Ayat Qursi antara salah satu ayat
yang dibaca sebagai ruqyah untuk merawat ganguan makhluk halus juga merawat penyakit batin...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Memang betul tetapi bacaannya perlu berhati-hati, mengikut hukum tajwid dan makhraj yang betul - kalau tidak syaitan ketawa...hahaha...syaitan pun ketawa..ya betul kena baca bagi betul.....maaf ya ada unsur bergurau. Pak Ngah bergurau.

Nl said...

yer betul tu pak Ngah...
gurauan itu saya faham tak per huhuhu
walaupun saya bukan lah pakar hehe


kalau baca x betul silap2 jin itu kan kata "ek eleh heheee"...

ayat qursi kena baca dalam 9 wakaf dengan segala hukum tajwid...

dianjurkan mengulangi 2 tempat wakaf ayat terakhir...


kalau saya adalah harap ada yg perbetulkan ...

Leenoh said...

salam naqeeb.
ya betul. ada beberapa kaifiat. Pak Ngah hanya baca terus saja, baca terus gitupun kalau dibaca dengan bertajwid dah ok , jika jadikan wirid, insya Allah sejahtera.
Memang banyak rahsianya Pak Ngahpun tak faham sangat.
Naqeeb buatlah satu entri untuk bacaan 9 wakaf tu utk dimanfaatkan oleh kekawan.