Tuesday, August 11, 2009

Gajah sama gajah bertarung kancil mati tersepit..

Salam Semua.

Adalah menjadi tanggungjawab gajah untuk memberi ilmu pengetahuan yang betul kepada para kancil supaya mereka dapat menyelamatkan diri ketika gajah sama gajah bertarung di medan yang dibenarkan oleh undang-undang mereka.

Kalau para Kancil tiada ilmu pengetahuan untuk menilainya lantas mereka akan berpusu-pusu menolong dan membantu jaguh masi
ng-masing dan tentunya ada yang tersepit, malang sekali kalau ada yang cedera atau lebih malang lagi kalau ada yang mati tersepit. Begitulah akibat gajah sama gajah bertarung, kancil mati tersepit. Jika jaguhnya betul dan benar matinya berbaloilah juga tetapi kalau sebaliknya maka matinya tentulah sia-sia sahaja.


Para gajah perlulah berfikir secara rasional dan adil pada diri sendiri dan pada para kancil. Ikut dan taatlah pada peraturan azali yang diwahyukan untuk dipatuhi manusia dan untuk kebaikan gajah, kancil dan semua makhluk di dunia ini.


Hanya coretanku.



Sekian.Wassalam.

6 comments:

DrSam said...

Salam Pak Ngah,
Gajah selalu bergaduh kerana mungkin tiada mempunyai otak cerdik seperti sang kancil. Namun yang malangnya, si kancil (yang kerdil) itulah sealunya menjadi mangsa.

p/s: ini gajah-gajah (dan rusa) di Kuala Gandah ke Pak Ngah?

Leenoh said...

salam Dr.Sam.
Hahaha. Rusa kawan kancil datang ziarah......

sentosa77 said...

aduhai.. :)

Leenoh said...

Salam Zaidon.
Kenapa tersepit ke.

Nl said...

gajah juga yang dipersalahkan heheheee

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Sebab gajah yang bertarung h3