Monday, August 3, 2009

Jom Balik Kampung Eratkan Silaturrahim - 2


Pokok Kurma

Salam Semua.

Jom Balik Kampung Eratkan Silaturrahim - Meneruskan Perjalanan.

Setelah berbual panjang kamipun minta diri untuk meneruskan perjalanan ke Alor setar, agak lama juga kami melayan nostalgia semasa berada di masjid tadi kerana sebelum tinggal di Shah Alam kami bercadang menetap di sini tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik. Banyak juga aktiviti yang saya terlibat dalam tempoh masa tinggal di sini dahulu.


Masjid Al.Majidi.

Deretan Pokok Kurma

Dapur & Tempat Jamuan

Bangunan biru itu adalah setor.
terletak berhampiran Tanah Perkuburan
dan bangunan di bekangnya - Kuarters Askar.


Jam 3.20 petang barulah kami bertolak ke Alor Setar dalam perjalanan hujan turun lebat, terpaksalah memandu dengan berhati-hati, sampai sahaja di Alor Setar iaitu di Jalan Pegawai ( nama dahulu) kedengaran azan Asar berkumandang di udara dari masjid yang terletak berhampiran restoran yang kami berhenti makan nasi Lemak Ali. Di lokasi ini terletak Sek.Keb.Sg.Korok Lama dan Baru, masjid dan Maktab Mahmud dan Rumah Bersejarah Dr.Mahathir Mohammad bekas Perdana Menteri Malaysia. Pada masa dahulu di sepanjang jalan ini adalah Rumah Kuarters Kerajaan oleh itu ramailah Pegawai Kerajaan tinggal di sini, kawasan ini juga terletak bangunan Dewan Guru. Saya hanya sempat ambil gambar masjid di bawah ini sahaja.

Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke Taman Malaysia iaitu di antara taman yang wujud terawal berbanding dengan taman-taman lain, taman ini di bina dalam tahun 60an kami ke sana untuk menziarahi ahli keluarga . Sebelun ke sana kami singgah terlebih dahulu di tengah-tengah Bandaraya Alor Setar dan mengambil gambar-gambar di bawah ini.

SELAMAT DATANG KE MASJID ZAHIR



Menara jam ini berhampiran masjid. Suatu ketika dahulu dikatakan menara itu digunakan Untuk melaungkan azan.

Perjalanan Balik Kampung belum sampai ke destinasinya lagi, perjalanan akan diteruskan dan ceritanya juga akan diteruskan di dalam entri berikutnya nanti.


Sekian. Wassalam.


2 comments:

Nl said...

Salam pak Ngah...
seronok balik kampuna huhu

pokok kurma tu rasanya tak akan
berbuah...


cantik gambar2 tu....

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Belum pernah berbuah. dulu di salah sebuah masjid di Daerah Baling pernah berbuah, ceritanya gah satu Malaysia.
Kalau berbuah gahlah nanti.