Wednesday, August 26, 2009

114 resipi masakan dihafaz, cuma sebahagian kecil sahaja digunapakai untuk masakan harian.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Apakah akan terjadi kepada resipi yang dihafaz oleh seorang chef sekiranya sebahagian besar daripada resipi hafazannya ( hafalannya) tidak digunapakai untuk masakan harian di restorannya, mungkinkah orang akan mengatakan chef tersebut miskin ilmu masakan dan tidak mampu mempelbagaikan masakannya atau bukan chef yang bertauliah. Rasanya kemungkinan ke arah tanggapan demikian akan berlaku terhadap dirinya. Walaupun beliau menghafaz sehingga ke tahap 114 resipi dan sering memaparkan artikelnya di dalam majalah masakan terkenal sekalipun kerana resipi masakan itu bukan hanya sekadar untuk dihafaz atau dingat sahaja tetapi yang lebih penting adalah untuk dimasak , kemudian dimakan oleh orang ramai supaya mereka mendapat manfaat daripadanya terutamanya dari segi kesihatan badan dan minda. Menghafaznya sahaja tanpa merealisasikannya di dalam kehidupan sebenar tentulah akan merugikan dan mengurangkan faedahnya. Malah melakukan kerja yang sia-sia dan membuang masa sahaja.

Semua ayat di dalam perenggan di atas dirangkumkan menjadi suatu perumpamaan atau bandingan bagi kita orang Islam yang membaca dan menghafaz al.Quran tetapi tidak mengamalkan atau menghayati sepenuhnya isi kandungannya sama ada di peringkat individu, masyarakat dan juga negara. Apakah maknanya kalau kita bersungguh-sungguh belajar berenang secara teori dan tidak pernah berenang di dalam kolam atau di dalam air yang dalam. Akan berlaku seseorang itu pandai menceritakan secara teori cara-cara berenang atau kaedah berenang tetapi tidak pernah berenang pun. Sekiranya dicampak ke dalam sungai yang airnya dalam tentu sekali beliau akan mati lemas. Ini juga suatu perbandingan kepada pembaca al.Quran yang telah berkhatam berpuluh kali tetapi tidak mengetahui makna dan tafsirannya, jika keadaan ini berlaku bagaimanakah seseorang itu dapat melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah. Adakah sikap ini betul terhadap suruhan Allah supaya kita membaca al.Quran. Untuk apakah al.Quran disuruh baca, bukankah untuk melaksanakan suruhan dan meninggalkan larangan serta mendapatkan teori yang banyak terkandung di dalamnya untuk dikaji atau seumpamanya.

Adakah terjawap apa yang disarankan di dalam al.Quran, sekiranya pembaca hanya setiap kali membaca al.Quran, cukup atau memadai mengambil al.Quran dan membacanya sehingga tempoh masa tertentu, kemudian berhenti membaca dan menutup al.Quran dengan tertib dan menyimpan di tempat yang sesuai. kemudian diulang lagi membaca pada setiap Ramadan atau pada masa yang lain dengan langkah yang sama tanpa mempedulikan dan memahami isi kandungannya. Al.Quran adalah ayat-ayat Allah, atau perkhabaran daripada Allah atau kalam Allah kepada manusia, malaikat dan jin syaitan di dalamnya terkandung suruhan, larangan dan lain-lain panduan untuk dimanfaatkan oleh manusia, kalau hanya membaca ibarat seperti burung kakak tua yang mengeluarkan suara atau pengucapan tetapi diri sendiri tidak mengetahui apapun yang diucapkannya.

Nampaknya pradigma terhadap pembacaan al.Quran perlu dianjak ke hadapan untuk beberapa langkah lagi. Al.Quran perlu diseminarkan dan didiskusikan kandungannya satu persatu dan bagi mereka di peringkat awam perlu membaca terjemahannya bersekali dengan matannya ( ayatnya ) supaya mereka memahami apa yang terkandung di dalamnya. sekurang-kurangnya memahami secara umum, dengan cara ini barulah mereka dapat menjiwai al.Quran atau mendarah dagingkannya di dalam tubuh badan masing-masing.

Ulamak memperjelaskan isi kandungan al.Quran melalui Kitab Tafsir, Kitab Tauhid dan Kitab Fiqh serta Kitab Tasauf, mempelajari buku atau pelajaran tersebut , itulah sebenarnya mempelajari kandungan al.Quran atau mengaji ( mengkaji ) isi kandungan al.Quran untuk dilaksanakan perkara yang disuruh Allah dan meninggalkan perkara yang dilarang-Nya kerana semua kandungan kitab-kitab tersebut adalah berdalilkan al.Quran dan juga al.Hadis ( as.Sunnah).

Kesimpulannya:
Semua ayat-ayat atau lafaz-lafaz atau teori-teori atau isi kandungan yang terdapat di dalam al.Quran adalah untuk diamal, dihayati, direalisasi dan dipraktikkan di dalam kehidupan manusia sama ada di peringkat individu atau di peringkat masyarakat atau negara. Inilah yang dimaksudkan siratal mustaqiim., jalan kehidupan yang lurus. Inilah juga panduan yang membawa manusia mencapai kesejahteraan sama ada di dunia atau di akhirat. kita sebagai orang awam wajib menghayati sekadar upaya kita terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat di persekitaran kita. Manakala para pemimpin sewajarnya lebih baik amalan mereka berbanding dengan masyarakat bawahan sehingga amalan mereka itu mampu menjadi teladan dan mereka berkewajipan pula memastikan anak buahnya mengamal dan menghayatinya kerana pemimpinlah guru yang tertinggi dan berkuasa di sesebuah negara. amanah ini adalah amanah yang diamanahkan Allah kepada mereka.

Sekian. Wallahu aklam.Wassalam.



Sekian.Wassalam.

6 comments:

sentosa77 said...

Salam Pak Ngah.. iya, saya sendiri baca dan ada part2 yng tak faham ..

Leenoh said...

Salam Zaidon.
Apa yang Zaidon tak faham tu, al.Quran ke atau artikel ini.
Kalau tak faham artikel ini memanglah munasabah sebab ditulis oleh orang yang sedang berpuasa hahaha.
tulis sambil tidur atau separuh jaga....he3

Cikgu Ije said...

:)

thx pak ngah ng artikel ni.


btw, ije tak masuk perkhidmatan lagi.
masih belajar.
insyaAllah januari 2010 posting.
boleh lah pergi xm PTK.
ehe

Leenoh said...

Salam ije.
Belajar rajin-rajin nanti Pak Ngah ambik buat menantu hehehe lawak puasa.

Nl said...

salam pak ngah...
betul juga apa yg dikatakan
tapi jangan pula ada diantara kita
yang beralasan tak mahu baca
al Quran sbb tak faham makna dan tafsiran...

baca al quran walaupun tanpa faham
makna pun tetap mendapat pahala berlipat ganda...

lagipun ajaran islam sememangnya dari al quran...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Kalau beri alasan demikin bermakna undur ke belakang pula.
Apa yang disarankan ialah setiap orang Islam perlu memiliki al.Quran Terjemahan bukannya malal seperti Hp yang setiap org miliki tu.
Jika ada persediaan begitu barulah betul dan sempurna.
Budaya ilmu sangat digalakkan, malah kekadang diwajibkan ke atas orang Islam.