السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Hari ini hari keenam kita berpuasa, lagi empat hari agaknya selesailah zon rahmah iaitu suatu kurniaan Allah yang dikhaskan untuk bulan Ramadan, sudahkah anda menimbang berat badan anda, agaknya dah ringan sedikit, kalau berlaku begitu bermakna anda semakin sihat dan semakin selamat.
Rasanya dalam bulan Ramadan ini hidup kita lebih berdisiplin dan dapat mengikut jadual dengan baik berbanding dengan bulan-bulan lain terutamanya ketika berbuka puasa, jika lewatpun hanya beberapa saat sahaja, sebaliknya lebih kerap berbuka pada masa yang tepat, dua tiga minit belum waktu berbuka semua sudah berada di meja makan, tidak perlu dijemput-dijmeput atau dipanggil-panggil untuk makan atau berbuka puasa, demikianlah puasa mengajar dan mendidik kita, berlebih-lebih lagi berbuka tepat pada masanya itu akan mendapat ganjaran pahala yang lebih pula, nampaknya banyak perkara yang kita lakukan ketika kita berpuasa ini lebih memberi keuntungan berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Semua orang gembira dan ceria ketika berbuka puasa, berlebih-lebih lagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa.
Pada zaman dahulu ketika peti ais belum menjadi kegunaan ramai di setiap rumah seperti sekarang, di dalam bulan puasa seperti ini ais ketul akan dijual di tepi-tepi simpang laluan ramai pada jam 5.00 petang tersedialah satu dua bantal ais ketul atau air batu untuk dijual kepada orang ramai. ketul ais itu akan dibaluti dengan serbuk kayu gergaji ( serbuk papan ) yang diambil dari kilang papan berhampiran. ketul ais dibalut untuk melambatkan proses kececairannya sekurang-kurangnya dapat pertahan sehingga waktu berbuka, tindakan itu dilakukan oleh penjual ketika penjual menjualnya kepada pelanggan mereka akan membalut ketul ais itu dengan kertas surat khabar dan dialas dengan serbuk gergaji tersebut tetapi alasnya tidaklah begitulah tebal, apabila sampai di rumah pembeli terpaksa mengorek lubang dan ditanam di dalam tanah buat sementara waktu sehinggalah hampir waktu berbuka, setelah hampir waktu berbuka barulah ketul ais yang ditanam itu dikeluarkan untuk dibancuh bersama dengan pati sirap, air bali atau seumpamanya untuk dijadikan minuman waktu berbuka.
Biasanya cuaca di dalam bulan Ramadan 40 -50 tahun dahulu sangatlah panas berbanding dengan sekarang, tanah sawah menjadi merkah sehingga boleh dimasukkan jari dan keadaan itu juga membolehkan kanak-kanak bermain bola di dalam bendang, dibuang dan dibersihkannya tunggul-tunggul padi atau jerami untuk dijadikan padang bolasepak. Pada ketika itu telaga atau perigi kegunaan harian pun menjadi kering kontang, perkhidmatan air paip atau air pili belum wujud, ketika ini Leenoh masih kanak-kanak lagi, ketika tengah hari di antara jam 1.00 sehingga 3.00 petang orang yang berpuasa akan terasa amat dahaga sekali. Pada suatu hari ketika Leenoh baru belajar berpuasa , semasa perjalanan berjalan kaki balik dari sekolah yang jaraknya hampir dua kilometer dari rumah ketika cuacanya panas terik , apabila sampai sahaja di telaga yang terletak tidak jauh dari rumah, Leenoh tidak boleh menahan dahaganya lagi dan tidak mampu lagi meneruskan puasanya , lantas beliau mendapatkan air telaga itu dan diminumnya beberapa teguk sehingga melegakan tekaknya, pada ketika itu Leenoh berseorangan, kawan-kawan yang lain semuanya telah menyimpang atau membelok ke arah jalan yang menuju ke rumah masing-masing, maklumlah rumah di kawasan sawah keadaannya tidak tersusun ianya berpulau-pulau dan rumah-rumah itu pula didirikan mengikut tapak tanah masing-masing.
Perbuatan Leenoh itu hanya Allah sahaja yang melihatnya. Setelah sampai di rumah beliau mendiamkan diri sahaja dan peristiwa itu beliau tidak menceritakannya kepada sesiapapun, selepas itu beliau meneruskan perlakuan puasanya dengan menahan makan dan minum sehinggalah sampai waktu berbuka dan akhirnya beliau makan bersama-sama keluarga yang berpuasa, seolah-alah puasanya belum batal lagi, Sambil makan sambil beliau teringat peristiwa minum air di telaga tadi, rasa menyesal bermain-main di kepalanya kerana puasa hari itu telah rosak dan pecah dipertengahan jalan, adik-adik masih kecil, mereka belum belajar berpuasa lagi, agaknya beliau menjaga maruah kot hehehe. sebab itu beliau tidak memceritakan kisah itu kepada sesiapapun. Setelah puluhan tahun barulah beliau menceritakan kepada dunia maya ini....cerita dulu-dulu.
Sampai di sini entri ini ditangguhkan buat sementara waktu.........insya Allah akan disambung.
Sekian.Wassalam.

6 comments:
Salam Pak Ngah.. teus teringat kampung, dulu masa kecil kayuh basikal pegi kedai jual ais batu kat tepi jalan... iya memang ais tu balut ngan serbuk papan.. :)
Salam Zaidon.
Hahaha Pak Ngah teringat masa lampau...rupa-rupanya Zaidon pun ingat juga..Ceritalah peristiwa dulu tu..biar kita meriah bersama.
salam pak Ngah...
sampai gitu sekali ker
kena jaga ais batu tu...
siap kena tanam dalam
tanah tu huhuu
betul tu zaman dah berubah...
budak2 sekarang pi sekolah
bawa motor sendiri...
walaupun rumah ngan sekolah tak jauh
huhuhuu
Salam Naqeeb.
Begitulah kira-kiranya.
Tanam dalam tanah bersama dengan
kertas dan serbuk papan tu. barulah lambat cair ketul air batu tu.
Assalamualaikum sdr Leenoh
Mohon izin singgah. Saya alami juga beli air batu berbalut serbuk papan tu. Di Perak. Sampai rumah, biasalah, selalu tinggal separuh, cair atas "karia" basikal! Anak-anak kita tak dapat pengalaman manis begitu. Akan melawati entri sdr seterusnya. Terima kasih.
Salam Temuk.
Basikal macam dalam filem Bujang Lapok tu kan hahaha. ya masih ingat gerek pelantak besak.
Terima kasih kerana menziarahi laman ini, insya Allah saya melawat laman saudara dengan segera.
Selamat berpuasa, semoga anda dan keluarga sihat walafiat dengan itu akan dapat berpuasa dengan sempurna.amin.
Post a Comment