Friday, August 7, 2009

Mensyukuri Nikmat Allah dan Bersegera memohon keampunan Allah


Salam Semua.

Pada petang yang mulia ini saya ingin memaparkan ringkasan atau rumusan kuliah dan khutbah Jumaat sebentar tadi.

Penceramah kuliah pada tengahari ini telah mengingatkan kita bahawa betapa perlunya kita mensyukuri nikamt Allah yang begitu banyak sehingga tidak terhitung banyaknya itu. Nikmat dan rezeki Allah yang begitu banyak di dunia ini terpulanglah kepada Allah kepada siapa yang hendak Allah kurniakan kepada hamba-Nya melebihi hamba-Nya yang lain tetapi, sebenarnya setiap hamba-Nya telah menerima nikmat, rezeki dan rahmat kurniaan Allah itu tidak terkira banyaknya.

Firman Allah brmaksud:
"Allah menentukan pemberian rahmat-Nya itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar".
Surah Ali.Imran (74)

Manusia sepatutnya bersyukur kepada nikmat Allah yang telah mereka perolehi pada setiap saat kehidupan mereka. Nikmat yang diperolehi itu tidak terbayar sekiranya dituntut untuk berbuat demikian, sekiranya manusia bersyukur nescaya Allah akan menambahkan lagi nikmat-Nya kepada mereka dan jika sebaliknya iaitu kufur kepada nikmat Allah. Allah telah menyatakan bahawa siksaan-Nya di akhirat nanti sangat dahsyat.
Bersyukur yang dimaksudkan ialah bersyukur dengan hati, dengan lidah, dengan anggota badan, di mana kombinasi dan kesepaduan ketiga-tiga itu akan memperlihatkan seseorang itu melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya, dengan itu terbentuklah akhlak yang mulia pada diri manusia tersebut.

Sekiranya manusia memiliki akhlak yang mulia sudah tentulah kehidupan masyarakat manusia menjadi aman dan damai. Adakah wujud suasana tersebut pada masakini?. Keadaan masyarakat masakini sangat menyedihkan, kes-kes jenayah semakin meningkat sama ada pada waktu siang atau malam , sama ada rompakan kedai atau di jalanan. Senerio ini menunujukkan manusia tersebut tidak mensyukuri nikmat Allah kerana perbuatan itu menunjukkan mereka melanggar perintah Allah.

#########

Khatib pada hari ini mengajak ahli-ahli Jamaah supaya bersegera memohon keampunan Allah kerana kematian, tanah perkuburan, pertemuan jodoh dan segala-segalanya adalah ketentuan daripada Allah Taala. Manusia tidak mengetahui masa mereka akan mati maka sebab itulah disarankan supaya bersegera memohon keampunan daripada Allah.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
"Dan bersegeralah kamu kepada ( mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat )ke ampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa",

Surah Ali.Imran (133)

Setiap anak Adam melakukan kesalahan atau dosa, sebaik-baik dosa ialah dosa yang diikuti dengan bertaubat, demikian dijelaskan oleh Rasulullah.s.a.w. Oleh itu sewajarnyalah kita sentiasa mengerjakan amal yang baik dan memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.

Sekadar itu sahaja yang dapat dipaparkan untuk petang ini.


Mungkin anda ingin membaca info di bawah ini.

FATWA QARD HASAN:
Misi Terakhirku di MAIS
-

Mengambil peluang berpuasa
sempena meraikan Nispu Syaaban.



Sekia. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

No comments: