Friday, January 7, 2011

Gagal didik guru yang terima (puisi)

Salam semua.

Hidup bersara banyaklah beza.
Tidak kiralah kerani atau guru.
Tiba musim pilihan raya.
Cikgu-cikgu sangatlah laku.

Tiba musim pilihan raya.
Cikgu-cikgu sangatlah laku.
Dijemput dan juga dipelawa.
Mendengar wacana untuk bersatu.

Dijemput dan juga dipelawa.
Agar hadir menambahkan ilmu.
Ucapan disampaikan berjela-jela.
Itulah juga didengar dahulu.

Ucapan disampaikan berjela-jela.
Agar umat hidup bersatu.
Sang ketua lidahnya semanis gula.
Minta bersatu macam dulu.

Sang ketua lidahnya semanis gula.
Wacana dibincang ala kadar.
Bukan wacana agenda utama.
Agenda tersirat hendak dipapar.

Bukan wacana agenda utama.
Hadir wacana paling utama.
Dengar ucap utama semestinya.
Agar sampai mesej pilihan raya.

Hadir wacana agenda utama.
kononnya aku wakil ke sana.
Bertukar-tukar bermacam jenama.
Wakil PIBG dan lain jenama.

Kononnya aku wakil ke sana.
Tinggal sekolah, tinggal semua.
Aku tahu lakonan cuma.
sekarang bebas kerana bersara.

Tinggal sekolah, tinggal semua.
Falsafah Pendidikan lupa sementara.
Biarkan dia kupang tembaga.
Gagal didik guru yang terima.

Falsafah Pendidikan lupa sementara.
Jadi slogan seluruh negara.
Itulah karenah bila berkuasa.
Semua larangan bertukar rasa.

Jadi slogan seluruh negara.
Memberi pendidikan pada yang muda.
Kita selalu ulang tanya.
slogan keadilan untuk siapa.

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam ustaz,

bila berbicara penuh bermadah
berbuih kata diiring senyuman
dalam mata terbayang sudah
kuasa berada dalam genggaman

Leenoh said...

Wsalam.

Berbuih kata diiring senyuman.
Senyuman dilihat sangatlah indah.
Aku bermadah merujuk pengalaman.
Itulah peristiwa yang kuredah.