Tuesday, January 11, 2011

Senario kehidupan.

Salam semua.

Hakikat kehidupan makhluk Allah, masing-masing inginkan makanan untuk menyara hidup dan kepentingan diri.
Kalau masing-masing berebut-berebut dan bersaing secara tidak sihat, makanan dan rezeki Allah yang terdapat di atas muka bumi ini tidak akan dapat dinikmati secara adil.

Setiap individu perlulah berfikir secara adil bahawa setiap orang memerlukan makanan , rezeki dan kesejahteraan. Oleh itu rezeki kurniaan Allah itu perlulah dibahagikan secara adil dan buangkan segala ketamakan yang tersemat di dalam hati....???.



Catatan:
Bersatu, berpakat dan bekerjasama untuk kebaikan akan memberi manfaat kepada semua.

No comments: