Saturday, January 8, 2011

Dulu gula kini minyak pula. (puisi)

Salam semua.
Selepas Pendang ke Kluang pula.
Singgah di kedai untuk berbelanja.
Hendak membeli barang tiada.
Dulu gula kini minyak pula.

Singgah di kedai untuk berbelanja.
Nasib baik duitnya masih ada.
Barang tiada apa pertanda.
Bukankah itu mala petaka.

Nasib baik duitnya masih ada.
Apa guna duitnya ada.
Kalau ke kedai baliknya hampa.
Semua hajat tetap tergendala.

Apa guna duitnya ada.
Kalau hidup tiada kepuasan.
Mungkinkah kerenah orang kaya.
Mengumpul wang untuk ke kuburan.

Kalau hidup tiada kepuasan.
Banyak gejala akan melanda.
Ingatlah mereka yang memerlukan.
Nanti masalah datang bertakhta.

Banyak gejala akan melanda.
Siang malam ada bala.
Tidak kira miskin atau kaya.
Hidup susah dan merana.

Siang malam ada bala.
Tiada gula ada beras.
Berakhlaklah orang kaya raya.
Jauhkan diri dari menindas.

Tiada gula ada beras.
Nasib si miskin terus malang.
Kaya juga mungkin terkandas.
Siapa duga nasib akan malang.

No comments: