Saturday, January 1, 2011

Artikel ini agak bersahaja tetapi ada juga manfaatnya.

Salam semua.

Setiap hari aku menulis, ada yang berkualiti dan ada yang tidak, tetapi yang banyak kutulis nampaknya kurang berkualiti , orang yang kurang ilmu seperti aku tidak mungkin dapat tulis yang hebat-hebat, Aku pun tidak tahu berapa kilogram ilmu yang aku miliki, sekiranya boleh ditimbang begitu, aku akan maklumkan kepada anda dalam bentuk kilogram supaya anda senang faham atau lebih faham lagi, sekali gus dapat mengenaliku secara yang lebih mendalam lagi, ilmu sifatnya abstrak dan maknawi tidak dapatlah aku maklumkan kepada anda demikian rupa.

Sebenarnya aku ketandusan idea pada hari ini, ( Sabtu 01.01. 2011 ), sebab hari ini tahun baru masihi maka aku pun teringin nak tulis sesuatu walaupun ketandusan idea, mungkin hari ini aku nak tulis perkara-perkara yang merapu sahaja, pada masa-masa yang lalu pun ada jugak aku tulis perkara merapu tatapi yang banyaknya aku suka tulis mengenai aqidah Islam dan adat-adat yang ditakuti menjadi penyebab kepada syirik.

Semasa mula-mula aku buka blog ini aku bertekat nak tulis mengenai aqidah Islam kerana orang yang menguasai ilmu Aqidah tidak akan terlibat dengan perbuatan syirik sebab itu aku namakan atau aku beri tema blog ini "Kehidupan Bersih", harapanku, aku dapat menyampaikan ilmu tersebut melalui tulisanku yang tidak sepertinya ini, sekurang-kurangnya dengan ilmu itu dapat membersihkan hati dari pengaruh yang merosakkan aqidah dan betul-betul meredai Allah sebagai Tuhan yang Maha Esa, Islam sebagai pegangan dan Muhammad.s.a.w sebagai Nabi.

Bila kita bercakap mengenai syirik, ada juga mereka yang pandang ringan, pada hal syirik itu adalah kafir iaitu keadaan seseorang yang kekadang Islam, kekadang kafir, pagi Islam, petangnya kafir pula, keadaannya tidak menentu kerana mereka kekadang mempercayai kuasa ghaib sehingga menyamakan kuasa ghaib itu dengan kuasa Allah, kepada Allah mereka percaya dan kepada kuasa ghaib yang lain pun mereka percaya ada kuasa tertentu, kekadang mereka memohon pertolongan dan kekadang pula mereka takut sehingga ketahap mengadakan sesuatu atau hidangan persembahan untuk menghilangkan ketakutan itu, macam di kampung aku masa dulu-dulu mereka percaya semangat padi dan banyak lagi kepercayaan karut yang lain, mereka menyempurnakan semangat padi itu dan meletakkannya di dalam jelapang ( tempat simpan padi ), kata mereka kalau semangat padi itu tidak disempurnakan kononnya padi tidak subur dan hasil akan kurang, apakah pandangan anda?, bukankah situasi itu menunjukkan mereka percaya kepada dua tuhan dan bukan percaya kepada Allah Yang Maha Esa sahaja. Inilah yang dikatakan syirik itu ( menyengutukan Allah )...hukumnya kafir...

Masih wujudkah di negara kita kepercayaan seperti yang tersebut di atas , jawabnya masih ada, cuma situasinya sahaja yang berbeza, dalam banyak-banyak adat yang diamalkan di kalangan masyarakat kita terdapat juga adat yang membawa kepada terjejasnya aqidah, kalau dibuat kajian insya Allah akan bertemu dengan adat yang berbahaya tersebut.

Aku tangguhkan dulu ceritaku ini......

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Salam ustaz,

Kakak pun suka menulis walau tidak sehebat dan secantik Kehidupan Bersih. Walau penulis merasa tiada manafaat tapi ramai pembaca (seperti anak kakak) menimba dari apa yg ditulis tanpa meninggalkan komen dalam blog ini.

Seperti diperkatakan masih ramai yg melakukan perbuatan syirik tanpa sedar walau N3 dah banyak memberi panduan dan pedoman.

Leenoh said...

W,salam Kakzakie.

Mereka yang syirik dengan Allah mengelirukan masyarakat Islam yang lain dan orang yang terlibat dengan perbuatan syirik ini biasanya tidak menyedari situasi tersebut.

Hanya ilmu Aqidah yang tersemat di dada sahaja yang dapat membezakan sama ada syirik atau tidak.