Monday, October 12, 2009

Berdoa untuk kebaikan semua.



Salam semua.

Berdoa untuk kebaikan semua .

Berdoa adalah salah satu senjata orang mukmin untuk mendapatkan sesuatu kebaikan dan kebaikan itu pula adalah kebaikan yang sejati dan hakiki. Islam menyuruh penganutnya sentiasa berdoa untuk kebaikan diri sendiri, ibu bapa dan sekalian kaum muslimin, muslimat, mukmin dan mukminat.

Walau apapun pelaksanaan ikhtiar perlulah melalui usaha, bekerja keras, berdoa dan akhirnya berserah atau bertawakkal kepada Allah, kita hanya merancang Allah jua yang menentukan.

Suruhan untuk berdoa kepada sekalian kaum muslim terserlah di dalam setiap khutbah solat, khasnya di dalam khutbah solat Jumaat di mana ianya menjadi salah satu rukun yang menjamin sahnya khutbah. Demikanlah kemahuan ajaran Islam agar umatnya bersatu padu dan menghubungkan silaturrahim di antara mereka dan manusia amnya. Merujuk kepada rukun khutbah itu ternyatalah bahawa " Berdoa untuk kebaikan semua" adalah digalakkan dan disuruh oleh ajaran Islam. Kutuk mengutuk, caci mencaci sudah tentu dilarang oleh ajaran Islam yang mulia itu.

Memaafkan semua orang Islam yang telah melakukan kesalahan dan kejahatan terhadap diri kita , memohon pada Allah supaya mengampunkan segala dosa,
serta memohon agar dikejutkan dari tidur di ambang Subuh pada pagi esoknya supaya dapat menunaikan solat Subuh dengan sempurna . Ini dilakukan sebelum kita melelapkan mata untuk tidur pada setiap malam adalah suatu perbuatan dan amalan yang amat baik .Kebiasaan tersebut akan mensejahtera dan mententeramkan jiwa kita. sudah tentu dapat mengurangkan rasa ego dan sombong yang tersirat di dalam hati.

Bila kita berfikir tentang perbuatan kita mendoakan kebaikan untuk semua orang muslim , sedangkan kita bergaduh dan berselisih faham dan pendapat dengan seseorang secara melampau tentulah perbuatan kita berdoa tadi sudah menjadi heporit dan pura-pura sahaja, dengan itu tentulah ada kemungkinan tiada di sana kemakbulannya. Orang yang beriman kepada Allah adalah orang yang bijak, mereka tidak melakukan perbuatan yang bercampuraduk seperti itu.

Tegasnya berdoa untuk kebaikan semua ini adalah dituntut oleh Islam, malah juga dituntut supaya kita bersangka baik kepada bukan Islam dengan menaruh harapan mungkin pada suatu hari nanti mereka akan memeluk Islam, lantas kita juga berdoa agar mereka diberi taufik dan hidayah oleh Allah . Orang Islam diperintahkan supaya berdakwah dan mengajak mereka supaya bersama-sama kita beriman kepada Allah Tuhan Pencipta sekalian alam ini.
__________________

Kutulis entri di atas pada 12 Okt.2009 kini salah satu gejala yang kusebut di atas menunjukkan terdapat kesinambungannya dan masih berlaku berterusan serta membuktikan ianya sudah menjadi perkara biasa. Sila baca beritanya di bawah ini. Berita dipetik dari laman Kedahlanie.

13 October 2009

Mayat bayi dibiar di pintu masjid

Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam satu bungkusan yang ditinggalkan dalam sebuah masjid di Taman Keladi di Sungai Petani pagi ini.

Mayat itu ditemui oleh pengerusi kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa), Zulkifli Said, 56, ketika beliau memasuki masjid itu untuk memperbaiki bumbung yang bocor.

.................Berita selanjutnya sila klik entrinya

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

No comments: