Thursday, October 1, 2009

Jadilah kapal, jangan jadi rumah api.


Salam semua.

Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikan dan kepala sama hitam, hati lain-lain. Pepatah tersebut menggambarkan manusia yang terdapat di dunia ini mempunyai berbagai ragam, tabiat dan memiliki perbezaan pendapat serta pendirian hidupnya. Dengan sebab itu maka berlakulah perselisihan dan perbalahan di antara mereka. Apabila perbalahan dan perselisihan itu tidak dapat didamai dan diselesaikan ianya akan merobek kehidupan manusia dan masyarakatnya.


Apakah sebenarnya yang menyebabkan seseorang itu tidak pandai bertolak ansur?. Mungkinkah kerana egonya yang sangat tinggi atau ilmunya kurang dimanfaatkan atau tiada kemahiran untuk beralah ketika bergaduh atau tidak memiliki kemahiran memaafkan orang lain atau mereka tidak menyedari bahawa manfaat beralah itu sangat besar. Jika kita memaafkan orang lain. Allah akan ampunkan dosa kita pula, kalau kita susah hendak memaafkan orang lain maka Allah juga susah hendak ampunkan kita. Soalnya mampukah kita beralah sedangkan kita mempunyai kekuatan dan layak mendapat kemenangan dan diisytiharkan sebagai juara.Nampaknya kita terpaksa mengenali dan mengetahui pula arti pengorbanan dan meraih keuntungannya di kemudian hari.

Kata orang bijak pandai kalau seorang di antara yang bergaduh itu atau berselisih faham itu telah menjadi rumah api,pendiriannya statik, kaku dan tidak mampu bergerak, maka yang seorang lagi perlulah menjadi kapal kerana kapal boleh mengelak dari berlaku pelanggaran terhadap rumah api, oleh itu tidak berlakulah kerosakan. Kapal sememangnya mempunyai kelebihan untuk mengelak daripada sesuatu yang berbahaya kepada dirinya, kapal boleh ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan.

@@@@@@@

"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,

(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan".
Surah Ali.Imran ( 133-134)

@@@@@@@


Begitulah berbagai kaedah digunakan untuk menasihat dan mendamaikan orang yang tidak sependapat,
termasuk menggunakan perbandingan dan seumpamanya, mungkin berlaku di pejabat atau di mana sahaja di dalam kehidupan harian masyarakat.

Entri ini saja kutulis untuk membersihkan dan menggerakkan mindaku sendiri, ibarat tiada kerja cari kerja, hehehe....
Mungkin di sana ada manfaatnya, kalau terselit sekadar 0.99% manfaatnya pun sudah memadai kerana sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Sekian.Wassalam.

2 comments:

Mak Su said...

sentiasalah ada give and take dalam kehidupan kita :)

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Itulah nasihat yang paling baik, memberi dan menerima,

kalau salah satu tak terima nasihat, nampaknya yang satu lagi kenalah jadi kapal.

Maafkan semua orang bila nak tidur dan minta Allah ampunkan segala dosa, insya Allah kita akan miliki ketenangan.