Wednesday, October 14, 2009

Kesilapan dalam menguruskan masa.


Salam Semua.

Beberapa entri yang telah lalu artikelnya agak berat dan rumit serta membebankan. Pada kali ini saya ingin melegakan minda sedikit dengan memaparkan artikel yang ringkas dan sesuai untuk bersantai bersamanya. Kalau melihat pada tajuk kelihatan berat juga kandungannya. memang tajuk ini boleh diisi dengan muatan berat seperti lori tayar sepuluh yang bergerak di atas jalan raya, kekadang kosong sahaja atau separuh muatan sahaja.Begitulah juga tajuk ini saya akan isikan dengan separuh muatan sahaja, walaupun ruang cakupnya amat luas .

Pada suatu ketika dahulu saya terlibat dengan suatu majlis yang dikira rasmi dan berprotokol , program disusun dengan rapi dan diabadikan di atas kertas dan kad jemputan, terutamanya yang dihantar kepada Jemputan Khas.

Kalau tidak salah ingatan saya programnya seperti berikut.
(perkara yang hendak ditunjulkan di sini ialah majlis siap 25 minit lebih awal).

08.0o pagi - Para ahli mengambil tempat.
08.10 pagi - ucapan aluan pengerusi persatuan.......
09.00 pagi - ucapan Pengarah Pendidikan......
10.00 pagi - Jamuan
10.20 pagi - majlis bersurai.

Dalam perancangan di atas didapati peruntukan masa selama 50 minit diberikan kepada pengerusi persatuan untuk berucap, malangnya pengerusi berasakan dirinya tidak begitu mustahak agaknya oleh itu beliau hanya berucap selama 25 minit sahaja .

Setelah pengerusi mengambil keputusan demikian , saya pun rasa gelabah dan terus menghubungi pihak yang menyediakan makanan kerana saya menjangkakan sesuatu yang tidak kena akan berlaku akhir majlis pada pagi Jumaat itu. Saya terlibat dengan Jawatankuasa Jamuan oleh itu sewajarnyalah saya bertindak demikian supaya pembekal makanan menyedari perkara tersebut dan membuat tindakan yang sepatutnya. Pembekal terpaksa menghubungi saya beberapa kali untuk mengetahui perkemabgannya , saya juga ingin mengetahui persediaan di pihaknya. Salah seorang kawan saya menyapa saya katanya buat apa kalut kerana beliau tidak menyedari apa yang akan berlaku sebentar lagi. Setelah saya menceritakan kepadanya barulah beliau juga turut bimbang terhadap perjalanan majlis tersebut, majlis akan berakhir 25 minit lebih awal dan bahagian jamuan tidak sempat menyediakan hidangan sebaik sahaja majlis tamat seperti amalan yang telah lalu atau seperti yang tercatat di dalam program.

Apabila selesai sahaja pengerusi persatuan berucap maka Pengarah Pendidikan pun dijemput untuk memberi ucapannya, masa sejam diperuntukkan kepadanya untuk berucap, untuk meringkaskan cerita Pengarah Pendidikan berhenti berucap setelah berucap selama satu jam seperti tempoh yang diberikan kepadanya iaitu pada jam 9.35. Manakala pembekal makanan tidak berupaya mempercepatkan tugasnya melainkan disiapkan seperti masa yang termaktub di dalam program.

Oleh itu jangkaan saya tadi tepat.iaitu tetamu khas (VIP) dan semua yang terlibat terpaksa menunggu dan menanti makanan yang dimasak dengan cara mengguna dan mendapatkan pertolongan gas dan api, gas dan api tiada tolak ansur dan tidak tahu berbincang, tunggulah air yang sedang direbus itu mendidih, kemudian barulah boleh bancuh teh, kopi atau apa-apa yang dikehendaki.hehehe itulah yang berlaku.

Adakah anda tidak gelabah, jika VIP terpaksa menunggu begitu lama, bayangkan selama 25 minit, apakah layanan sepontan yang akan anda berikan, tidakkah anda berasa terkilan kerana majlis tidak beres mengikut jadual atau program yang telah dirancang. Pada hari tersebut kami bernasib baik kerana Pengarah sendiri menghidupkan suasana ceria seperti tiada apapun yang berlaku. Mungkin beliau mengetahui yang kami sedang gelabah. Sudah tentulah kami memohon maaf atas kelewatan tersebut. Kiranya pada hari itu VIP itu orangnya ego melangit tinggi , sah kena komen atau kena sindir atas kelemahan tersebut.

Demikianlah mustahaknya pengurusan masa ianya perlu diurus dengan teliti dan cermat, masa tidak boleh dilihat dan dipandang secara rambang terutama ketika menyediakan program sesuatu majlis rasmi, semua pihak wajar menghayati program yang digunapakai oleh penganjur. Peristiwa ini penganjur sendiri yang melakukan kesilapan. Perancangan dan pelaksanaan memerlukan kepakaran dan pengalaman untuk merealisasikannya.

Sekian. Wassalam

4 comments:

Nl said...

salam pak ngah....
silap peranangan buleh pening nanti....

Maiyah said...

mmg kene bijak uruskan masa :)

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Silap perancangan kekadang juga boleh rugi dan membazir.

Leenoh said...

Salam Maiyah.

Masa itu emas, kata orang Arab masa itu seperti pedang kalau kita tidak memotongnya , dia akan memotong kita.
Masa itu akan terus bergerak tanpa berhenti sehingga ke kubur, Padang Mahsyar, syurga dan neraka. Pandai-pandailah menguruskannya supaya sampai ke destinasi yang tepat.