Pagi ini saya ingin terlebih dahulu menumpukan perhatian kepada ulasan yang dipaparkan di bawah ini buat seketika sebelum beralih kepada hal-hal yang lain kerana terdapat di dalamnya kata kunci yang menarik perhatian dan mendorong saya untuk memberi pandangan selanjutnya. Ulasan ini juga menyentuh dan menyokong entri saya yang telah lalu.
Ada dua kata kunci di situ iaitu - perkataan jaga - dan - perkataan kacau -. Jaga atau menjaga suatu perbuatan yang baik, elok dikekal dan dilakukan, manakala kacau atau mengacau suatu perbuatan yang tidak baik dan jahat, jadi eloklah ditinggalkan. Kedua-dua sikap di atas adalah hasil mengikuti perkembangan masyarakat sekeliling dan tindakbalasnya iaitu tindakbalas yang berupa mahmudah dan mazmumah.
Hasil daripada mengikuti perkembangan itu barulah tercetusnya dakwah dan nahi mungkar, juga bergerak ke arah memurnikan kehidupan masyarakat, secara amnya ini adalah tanggungjawab semua orang Islam dan secara organisasinya pula ( wajib ) perlulah ada sekumpulan manusia yang menyeru ke arah kebaikan dan makruf serta mencegah kemungkaran seperti yang disebutkan Allah di dalam surah Ali Imran.
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung".
Surah Ali.Imran ( ayat 104 )
Sekadar ini dahulu.
Sekian.Wassalam.
salam pak ngah,
harapan agar p.ngah sentiasa sihat dan seronok selalu..
seronok baca entri kali ini dgn bahasa org utara..
mengikuti perkembangan itu sangat baik dan diituntut sebenarnya..
gambaran keprihatinan diri terhadap sekeliling..
syabas pak ngah atas prihatin yg tertanam dlm diri.
October 29, 2009 12:18 AM