Thursday, January 8, 2009

MUSAFIR YANG BERWAWASAN.



______________________


JADIKANLAH MASJID ITU GEDUNG SEGALA ILMU

Dalam pertemuan ini saya ingin menjelaskan secara ringkas dan mendatar sahaja tentang beberapa konsep yang telah disebutkan terdahulu, untuk memahami secara lebih mendalam pembaca perlulah merujuk kepada kitab-kitab yang berkaitan.

Ilmu/Pengetahuan:
Ilmu membawa maksud mengetahui sesuatu sama ada secara kognitif sahaja atau melebar kepada afektif, psikomotor, analisis, penghayatan dan lain-lain.

Iman:
manakala iman bermaksud percaya dengan yakin, menyebutkannya dengan lidah, melaksanakannya dengan anggota badan terhadap perintah Allah dan meninggalkan larangan- Nya.

Islam:
Islam bermakna selamat (sejahtera), Iaitu menyerah diri serta tunduk kepada Allah dan menerima serta patuh ajaran (syariat) Allah dengan sepenuh hati, merujuk kepada orang Islam pula ialah mereka yang mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mengakui bahawa Nabi Muhammad. s.a.w itu pesuruh Allah. Orang Islam yang baik dan bersih ialah mereka yang tidak fasik, tidak munafik dan tidak syirik . Semestinya mereka itu melaksanakan serta mematuhi semua prinsip rukun iman dan rukun Islam.

Walau pun tuntutan iman dan Islam telah disempurnakan tetapi masih terdapat sebahagian kecil dari mereka memiliki sifat mazmumah ( negatif ) atau bercampuraduk antara mahmudah dam mazmumah , sebenarnya kita masih ada lagi tuntutan yang perlu diamalkan dan dihayati bagi menyempurnakan akhlak manusia terhadap Allah dan sesama manusia iaitu ihsan.

Apakah ihsan ?.
Merujuk kepada Ihsan Nabi Muhammad.s.a.w menjelaskan melalui sabda baginda bermaksud, -
" Hendaklah engkau beribadat seolah-olah engkau melihat Allah maka apabila engkau tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihat engkau ".

Jika manusia yang beriman menyedari bahawa Allah membuat penilaian terhadap dirinya sepanjang masa sudah tentulah tidak berlaku perbuatan mazmumah (buruk) di dalam kehidupan mereka, maka inilah yang dikatakan Kehidupan Bersih dan Suci. Ihsan berteraskan ikhlas.
Apakah Ikhlas:
Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu kebaikan semata-mata kerana Allah.
(Kadang-kadang kita menggunakan perkataan "ikhlas" ini tidak kena pada tempatnya ). Sebagai contoh kerja yang dilakukanya adalah jenis pekerjaan yang bertentangan dengan ajaran Islam tetapi dinyatakan bahawa ianya dibuat dengan ikhlas. Jika merujuk kepada istilah syariat Islam kenyataan seperti itu tidak tepat, malah mengelirukan dan mengeruhkan keadaan.

Adakah kepatuhan kepada iman, Islam dan ihsan itu terjamin seratus peratus untuk mencapai kehidupan bersih dan suci. walau apa pun manusia tetap tidak maksum seperti mana manusia yang dilantik menjadi nabi dan rasul. Nabi-nabi dan Rasul-rasul adalah maksum iaitu tidak memiliki dosa, kalau adapun dosa, dosa mereka diampunkan.

Manusia seperti kita ini pasti terdapat dosa atau melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, cuma kadarnya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Sebab itulah kita dinamakan manusia sesuai dengan sifat dan kejadian yang telah ditentukan Allah.
Maka sesuai dengan keadaan manusia itulah juga Allah mengutus dan melantik Rasul-rasul untuk memimpin mereka supaya mereka memahami tujuan hidup di dunia ini sebelum sampai ke alam akhirat kerana dunia adalah ladang untuk ditanam segala pokok yang membuah dan menghasilkan segala persediaan dan bekalan yang akan digunakan di akhirat nanti.

Dunia ini bukan tempat berlepak, bukan tempat berpoyo-poya, bukan tempat yang bebas daripada peraturan, bukan tempat bermegah-megah dengan pangkat kebesaran dan kekayaan, bukan tempat berperang atau melakukan pembunuhan. Sebaliknya dunia ini tempat sementara, tempat persinggahan untuk membuat persediaan diri untuk ke akhirat, setiap pergerakan manusia akan dipantau dan dinilai oleh Allah.

Jin, syaitan dan iblis sentiasa berusaha dan menyusup masuk ke dalam darah daging manusia serta mempengaruhi kita supaya menjalani kehidupan yang kotor dan kufur seperti mereka. Tetapi kita masih bernasib baik kerana kaedah untuk menyelamatkan diri masih belum kehabisan iaitu dengan cara sentiasa berdoa , bertawakkal serta bertaubat kepada Allah. Manusia itu bukan malaikat, hakikat ini perlu juga diterima dan difahami.

Jika manusia memahami hakikat ilmu, Islam, iman, ihsan, doa dan tawakkal serta taubat. Maka perjalanan hidup atau musafir mereka di dunia ini tidak akan sesat dan tidak akan tersasar serta matlamatnya akan tercapai dan akan menghasilkan kebaikan dan kebahagiaan yang kekal selama-lamanya. Maka jadilah musafir kita musafir yang berwawasan.

___________________________________________________________________

Belilah produk Malaysia.
____________________________________________________________________

Wallahu aklam. ( Allah Maha Mengetahui ).

Wassalam

8 comments:

Leenoh said...

Salam,
Ke manakah arah musafir, Pengisian musafir dan Musafir yang berwawasan, ketiga-tiga tajuk ini, saya sengaja mengulang-ulang beberapa rangkaikata dan juga isinya bertujuan untuk menyampaikan kefahaman dan tasauwur terhadap Islam sebagai addin (cara hidup) khususnya tentang kesepaduan ilmu,Islam,Iman dan Ihsan.

Saya rasa sangat sukar bagi saya menyampaikan sesuatu mesej dengan tepat kepada orang lain melalui tulisan kerana kelemahan saya dalam bidang bahasa dan penulisan.

Saya memang mengharapkan ulasan yang membina mengenai tajuk ini.

Wassalam.

Baka Kelana said...

Musafir...hidupnya tiada ikatan

Musafir berkelana sepanjang waktu

Ooh...indahnya hidup musafir

abdrahim kassim said...

Telah dijadikan tuhan surga dan neraka. Kedua-duanya akan diisi. Antara yang baik terdapat juga yang jahat. Yang baik balasannya syurga dan yang jahat balasannya neraka.

Leenoh said...

Sdr.Baka Kelana,

Musafir ini ada ikatan dan ada panduan, kepada Allah wajib patuhi, sehingga kelana diakhiri.


Sdr.abdrahim kassim,

Ya, itulah kehendak-Nya,
Semoga kita mendapat syurga-Nya.

Wassalam

KUNTONG said...

Sdr:
Musafir yg ingin berjaya serta mencapai matalamat utama dalam pengembaraannya hanyalah musafir yang berpandukan alquraan. Hanya itu saja tunjuk arah yang tidak akan menyesatkannya.

Syabash.

Leenoh said...

Sdr,Kuntong.

Sama-samalah kita memohon dari Allah supaya diri kita dan keluarga sentiasa mendapat hidayah Allah dan hidup berpandukan al.Quran dan al.Hadis.

Kampung Mampan dan Parit Salam,
Penduduknya sangatlah baik hati.
Kepada semua sampaikan salam,
Pak Uda, Mak Uda jangan dilupai.

Wassalam.

AQisH said...

terasa kerdilnyer diri nih..mmg sgt jarang ke masjid melainkan klu otw nak blk kpg berenti singgah solat..

Leenoh said...

AQisH.

Wanita digalakkan bersolat di rumah pada waktu biasa, kalau dalam perjalanan singgah menunaikan solat di masjid adalah pilihan terbaik atau menghadiri majlis ilmu di masjid adalah langkah bijak.

Lintasan di hati anda itu adalah langkah pertama ke arah kebaikan.

Wassalam