Saturday, January 17, 2009

Babi masih menjadi tajuk utama.




Babi masih menjadi tajuk utama dalam perbualan harian dan juga akhbar serta laman blog tempatan kerana Manusia masih membabikan babi untuk menghina dan menimbulkan kemarahan orang lain





Saya sekali lagi terpanggil untuk menulis tajuk seperti disebut di atas walaupun telah saya tulis pada pos yang lalu dengan tajuk " Kalau babi itu namanya rasuah" dan "Anjing dan babi hukumnya najis". Kali ini pula dengan tajuk seperti disebut di atas dan di sana terselit rangkaikata "Manusia masih membabikan babi" yang mana maksudnya mungkin saya sahaja yang memahaminya kerana bahasa yang digunakan bukan bahasa baku, sebaliknya hanya bahasa perasaan atau bahasa pasar yang susah hendak dijaga tentang kebakuannya.

Orang Islam khasnya orang Melayu mendidik anak supaya memandang jijik dan kotor kepada babi kerana babi adalah sejenis binatang yang hukumnya najis berat ( Najis Mughallazah ) di samping anjing dan keturunan keduanya atau keturunan keduanya dengan binatang lain.
__________________________________
_______________________

Kepala babi yang telah dibelah dua diletakkan di dalam Surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya disedari jam 5.00 pagi pada 16.01. 2009 demikian dilaporkan oleh beberapa laman blog tempatan.
____________________________________________________________
Orang Melayu tidak sama sekali akan memakan babi ketika mereka berkeadaan sedar dan mengetahui kerana rasa jijik dan loya tekak Melayu terhadap babi sangat tinggi dan kukuh. Kalau diberi makan tanpa diketahui dan diberitahu kemudian pasti mereka akan muntah dan terkeluar segala apa yang ada di dalam perut.


Arak atau minuman keras juga hukumnya najis tetapi Najis Pertengahan ( Najis Mutawassitah ) bukan najis yang dianggap berat tetapi hukumnya tetap najis dan diharamkan orang Islam meminumnya, hukum ini disebutkan dengan jelas di dalam al.Quran dan al.Hadis, namun demikian terdapat juga orang Islam melanggar larangan tersebut, mereka minum tanpa rasa jijik dan dosa. Inilah perbezaan didikan yang pernah saya sebutkan dahulu, golongan yang minum arak ini pula terdiri daripada berbagai golongan termasuk yang terpelajar, kaya, miskin, bandar dan kampung, cuma orang Islam yang tidak berakhlak seperti ini tidak ramai bilangannya.

Diakui ramai bahawa minum arak banyak membawa keburukan berbanding dengan kebaikannya, sekiranya diminum sampai mabuk, seseorang itu telah hilang kewarasan dan boleh melakukan apa sahaja, mungkin perbuatannya boleh membawa kepada murtad, membunuh atau berlaku kemalangan jika memandu dalam keadaan mabuk.

Berbalik kepada cerita babi dibawa masuk ke dalam surau oleh manusia yang siapa pun belum mengetahui siapakah gerangannya sama ada beseorangan ataupun bergerombulan, sebaik sahaja babi dijumpai begitu rupa keadaannya, maka Malaysia dan dunia sekali lagi berasa terkejut dan timbul berbagai persoalan mengusik jiwa dan minda.

Usikan itu telah menjadi kecil sedikit buat masakini kerana minda orang Islam masih berputar memikirkan masalah keganasan Yahudi yang dirasuk syaitan yang mendiami sekitar kawasan mereka. Yahudi itu adalah Yahudi , seperti Yahudi yang dijelaskan berulang kali di dalam al.Quran. Orang Islam tidak sepatutnya berasakan Yahudi yang hidup zaman ini Yahudi yang lain.

Peristiwa membabikan babi ini mampu menjana fitnah bertaraf global kerana telah pun tersebar di alam maya,

sekali lagi jin dan syaitan berpesta merayakan kemenangan mereka dalam program memperkotakatikkan manusia supaya sama-sama menghayati akhlak mereka dan masuk ke neraka bersama mereka.

Sebelum perkara ini dilakukan tentulah telah ada perbincangan, sekiranya tindakan itu dibuat atau dilakukan lebih daripada seorang, agaknya apakah agenda mesyuarat tersebut tentunya berobjektif dan bermatlamat.

Kalau disorot kembali mengenai peristiwa babi digantung di pagar pada peristiwa yang telah lalu pun telah menimbulkan kemarahan, inikan pula berada di dalam surau, bukan sahaja orang Melayu malah semua orang Islam mempunyai perasaan dan cetusan minda yang sama terhadap perbuatan membabikan babi ini. Malah semua orang yang bermoral akan menilaikan bahawa perbuatan tersebut adalah perbuatan yang layak menerima kutukan manusia di dunia ini.


Ini bukan isu perkauman, ini isu kebudakbudakan, ini isu rebut kebendaan, ini isu kejahilan, ini isu hati panas baran, ini isu miskin akhlak, ini isu orang tiada moral.

Isu ini bukan isu tiada berpelajaran tetapi isu tiada berakhlak, isu ini isu ilmu hanya di hujung lidah, isu ini isu berpelajaran tetapi jahil akhlak. Baiknya manusia bukan kerana tegap badannya, bukan kerana banyak dagingnya dan bukan kerana tinggi pelajarannya tetapi baiknya manusia itu kerana baik hatinya.


Semoga Allah memberikan hidayah dan petunjuk kepada mereka yang terlibat dengan perbuatan yang terkutuk itu.


Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui ) .
Wassalam.



Shah Alam :
Sabtu: 17. 01. 2009 .
jam 10.35 malam.



6 comments:

Baka Kelana said...

Yach begitulah manusia
kalau menghina selalu mengumpakan nama binatang

seandainya binatang bisa bicara

Kalau menghinakan mengumpamakn manusia

bagaimana perasaan manusia..?

untung binatang tidak bisa bicara

Leenoh said...

Kekadang manusia tidak menyedari bahawa di dalam dirinya terdapat hidupan yang halus-halus, ada yang boleh dilihat dengan teropong tertentu dan ada yang memang tidak boleh dilihat walaupun menggunakan peralatan canggih.

Jadi diri manusia juga adalah ladang kehidupan makhluk Allah yang lain, terdapat juga hidupan ini mempengaruhi cara manusia berfikir dan bertindak.

Iblis dan syaitan bisa menyelengkan manusia ke arah kehinaan dan kebinasaan serta pergaduhan.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

Manusia kena sedar bahawa babi tak masuk neraka.Tapi isi neraka ialah manusia dan jin.

Leenoh said...

Manusia yang masih mengetahui bahawa dia jahil, manusia itu tidak jahil.

Manusia yang jahil ialah manusia yang menyangka dia mengetahui sedangkan dia tidak mengetahui, inilah yang dikatakan jahi berganda.

Islam menggalakkan kita berdoa supaya beriman selama-lamanya, yakin pada yang benar,amalan solih,luas rezeki dan mengamalkan cara hidup Islam selama-lamanya.

Dengan izin Allah terselamtlah kita daripada siksa neraka.

Wassalam.

Ajeem said...

babi tidak bersalah kerana ia juga ciptaan Allah.manusia la yang harus dipersalahkan kerana memanipulasikan segala perkara walhal ia suatu yang baik...

Leenoh said...

Sdr.Ajeem.

Semua makhluk di dunia ini adalah makhluk Allah, manusia diberi amanah untuk mengurus dan mentadbirkannya tetapi mereka tidak melaksanakan tugas dengan adil seperti yang diperintahkan.

Sesungguhnya Allah jadikan dunia ini tempat ujian, sesiapa yang hidupnya tidak melanggar larangan bermakna mereka adalah orang yang bertakwa, itulah orang yang mulia di sisi Allah.

Sekian.