Friday, January 9, 2009

Topik pilihan diulang tayang setelah dimurnikan.



__________________________________-

Topik pilihan penulis ini dipaparkan sekali lagi khususnya untuk generasi muda yang sedang membina keluarga tersayang, Mungkin dapat mengutip inti patinya untuk dihayati.
UTAMAKAN AMANAH

Merujuk kepada keterangan yang lepas tentang kejadian manusia (anak-anak Adam) iaitu kejadian kita semua, di mana ia bermula dari kehidupan alam roh kemudian kejadian jasad dan roh ( janin ) di dalam kandungan ibu setelah sampai tempoh 9 bulan atau kurang kejadian tersebut dilahirkan sebagai bayi, kemudian manusia membesar menempuh berbagai zaman iaitu zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Untuk mencapai kehidupan yang bersih dan suci di atas muka bumi ini, manusia memerlukan pendidikan yang betul dan benar seperti yang dikehendaki Allah. Sejak dalam kandungan lagi seharusnya ibu bapa mengamalkan aktiviti yang positif dan mahmudah. di antara aktiviti atau sifat mahmudah yang dimaksudkan ialah amanah, ikhlas, makan makanan yang halal dan baik, mengamalkan makanan seimbang dan seumpamanya kerana akhlak ibu bapa mempengaruhi janin yang sedang membesar di dalam kandungan ibunya.

Setiap ibu bapa bercita-cita menjadikan anak-anak mereka anak-anak yang baik, berjaya dan cemerlang tetapi usaha yang dibuat ke arah itu kadang-kadang bertentangan dengan matlamatnya atau bercampur aduk dengan perkara-perkara yang akan menggagalkan matlamat, Bak kata orang tanam lalang mengharapkan hasilnya padi. Ini berlaku kerana kejahilan atau kekurangan ilmu atau mendapatkan ilmu dari sumber yang tidak tepat kerana mengabaikan al.Quran , al.Hadis, as.Sunnah, ijmak ulamak dan qias.

Kehidupan yang bersih dan suci dapat diwujudkan hanya melalui pendidikan yang berteraskan al.Quran, al.Hadis, ijmak ulamak dan qias. Inilah panduan samawi iaitu panduan yang berdasar dan bersumberkan wahyu Allah. Seorang kanak-kanak mustahil dapat menyertai atau belajar di semua jenis sekolah dan begitu juga mereka tidak mungkin mempelajari semua bidang yang ditawarkan, belajarlah di sekolah manapun asalkan kurikulumnya tidak bertentangan dengan ajaran Islam atau memilih sekolah yang mengutama dan merealisasikan Islam merentas kurikulum.

Memilih bidang di dalam pendidikan adalah bebas asalkan ilmu fardu ain tidak ditinggalkan. Bidang-bidang yang lain adalah termasuk di dalam fardu kifayah seperti bidang kedoktoran, kejuruteraan, pertanian, ketenteraan, perniagaan dan seumpamanya. Bidang-bidang tersebut sangat diperlukan di dalam kehidupan orang Islam ataupun manusia seluruhnya, sekiranya Orang Islam mengabaikan salah satu bidang yang semestinya perlu wujud di dalam masyarakat mereka maka semua orang Islam akan mendapat dosa.

( Fardu Ain ialah kewajipan yang difardu atau diwajibkan ke atas setiap individu muslim.

Manakala Fardu Kifiyah ialah kewajipan yang difardu atau diwajibkan ke atas semua orang tetapi, jika dilakukan atau dilaksanakan oleh sebahagian mereka, maka terlepaslah dosa atau terlepaslah tuntutan tersebut)
Membuka kedai barangan keperluan dipenempatan orang Islam adalah fardu kifayah.

Apabila wujud ramai individu yang bersih maka dengan sendirinya wujud masyarakat yang bersih. Ketika itu kehidupan manusia menjadi aman dan damai. Inilah kehidupan yang dikehendaki dan dituntut oleh Allah.

Sesungguhnya amat malang bagi rakyat sesebuah negara atau di dunia ini, sekiranya orang bijak berakhlak buruk atau jumlah orang jahat melebihi orang baik kerana kerosakan demi kerosakan akan berlaku, seterusnya rosaklah negara dan binasalah penghuninya. Adalah menjadi kewajipan setiap orang untuk berusaha ke arah kebaikan dan kebajikan kerana itulah sahaja cara untuk memelihara ketenteraman dan keamanan sama ada untuk kehidupan siang atau malam pada setiap masa dan sepanjang zaman
.
Kekejaman ISRAEL terhadap PALESTIN awal Januari 2009


____________________________________________________

Merujuk kepada surah Ali 'Imran ayat (104) Allah berfirman bermaksud; " Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maa'ruf dan mencegah dari yang mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung".
____________________________________________________

Sebenarnya saya utarakan mauduk ini semata-mata ingin menjadikannya sebagai sumber untuk kita sama-sama muhasabah diri, mungkin terdapat idea yang boleh dimanfaatkan, disamping memenuhi masa lapang saya dengan kerja-kerja yang berfaedah untuk diri sendiri dan masyarakat. Sekurang- kurangnya dapat melaksana dan menghayati sepotong ayat al.Quran yang maksudnya dinyatakan di atas. Di mana Allah Taala mengingatkan kita supaya terdapat di kalangan kita orang-orang yang menyeru ke arah kebajikan dan menyeru ke arah perkara makruf serta mencegah perkara mungkar.

( Perlu ada pendakwah di dalam sesuatu masyarakat )

Wallahu aklam ( Allah Maha Mengetahui )

Wassalam.
(10.01.2009)

__________________________________________________________

Ulasan terpilih;

Kata Ummu Sarah;

Assalamualaikum tuan,

Saya setuju dgn pendapat tuan...Wajib ada pendakwah di kalangan masyarakat. Jika kita belajar kisah2 dr Al-Quran, kita akan tahu bahawa Allah swt tlh menghantar ribuan nabi2 dan rasul2 utk membimbing manusia sepanjang zaman. Kita lihat, setelah nabi2 itu wafat, manusia mula terpedaya dan lalai. Manusia mula terpesong dr kehidupan yg lurus. Maka Allah swt dgn kasih sayangnya tlh mengutuskan nabi2 yg baru utk mengingatkan manusia. Membawa mrk kembali kpd Allah swt.
Namun, berbeza pula dgn keadaan kita, umat Nabi Muhammad saw. Telah lebih 1400 tahun kita ditinggalkan tanpa nabi. Adakah kerana Allah tlh murka terhadap kita? Tidakkah Allah swt ingin kita dibimbing ke jalan yg diredhaiNya? Tidak...Allah swt tidak pernah melupakan kita. In fact, Allah swt tlh memuliakan kita, umat akhir zaman dgn satu tugas yg istimewa. Inilah tugas kita. Sebagai umat nabi Muhammad saw, kita harus ambil fikir risau nabi...kita harus mangajak kpd yg baik & mencegah dr yg mungkar. Tidak akan turun lagi nabi kpd kita. Tanggungjawab kita utk saling pesan memesan kpd kebaikan. Bukankah Nabi Muhammad saw tlh berpesan,mafhumnya : agama itu adalah nasihat.

Wallahu aklam

January 9, 2009 9:41 PM


_______________________________________

>BELILAH PRODUK MALAYSIA<
_______________________________________________________

7 comments:

UmmuSarah said...

Assalamualaikum tuan,

Saya setuju dgn pendapat tuan...Wajib ada pendakwah di kalangan masyarakat. Jika kita belajar kisah2 dr Al-Quran, kita akan tahu bahawa Allah swt tlh menghantar ribuan nabi2 dan rasul2 utk membimbing manusia sepanjang zaman. Kita lihat, setelah nabi2 itu wafat, manusia mula terpedaya dan lalai. Manusia mula terpesong dr kehidupan yg lurus. Maka Allah swt dgn kasih sayangnya tlh mengutuskan nabi2 yg baru utk mengingatkan manusia. Membawa mrk kembali kpd Allah swt.

Namun, berbeza pula dgn keadaan kita, umat Nabi Muhammad saw. Telah lebih 1400 tahun kita ditinggalkan tanpa nabi. Adakah kerana Allah tlh murka terhadap kita? Tidakkah Allah swt ingin kita dibimbing ke jalan yg diredhaiNya? Tidak...Allah swt tidak pernah melupakan kita. In fact, Allah swt tlh memuliakan kita, umat akhir zaman dgn satu tugas yg istimewa. Inilah tugas kita. Sebagai umat nabi Muhammad saw, kita harus ambil fikir risau nabi...kita harus mangajak kpd yg baik & mencegah dr yg mungkar. Tidak akan turun lagi nabi kpd kita. Tanggungjawab kita utk saling pesan memesan kpd kebaikan. Bukankah Nabi Muhammad saw tlh berpesan,mafhumnya : agama itu adalah nasihat.

Wallahualam

Leenoh said...

Waalaikumussalam.

Ummu Sarah.

Ulasan anda menepati tajuk, padat dan bernas serta bermanfaat.

Perkara baik perlu disebarkan oleh itu saya akan paparkan bersama tajuk ini sebagai ulasan terpilih.

Diucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian memberi ulasan tersebut, insya Allah akan mendapat ganjaran dari-Nya.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

sdr leenoh,

tadi aku tengok sekejap siaran kawin mawi/ekin.Menyampah ku lihat.

Astro dakwah sakan dari kita.

hai apa nak jadi ?

Leenoh said...

NGINAP SRENGENGE (Sdr.Pak Cha)

Apa boleh buat kita takdak TV, kita tulis ini pun belum tentu ada orang baca. kalau berdasarkan klik tu ramai jugak la tetapi klik tu cuma beberapa saat saja yang depa berhenti, kekadang jengok ja tak baca pun.

Takpalah kita tulis jugak walaupun sedikit sahaja orang membacanya. Walaupun kita ada ilmu sikit saja, tapi sikit pun kena sebar utk kebaikan umat dan diri kita sendiri.

Wassalam.

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said...

leenoh,

insyaallah.

Kita umpama burung tiak yang cuba nak memadamkan api raja namrud.

Anonymous said...

...please where can I buy a unicorn?

Anonymous said...

Algo no sale asГ­ nada http://nuevascarreras.com/tag/comprar-cialis/ comprar cialis en espana Invece, i critici scrivere meglio la loro opzioni. cialis precio espana tuodcdhfso [url=http://www.mister-wong.es/user/COMPRARCIALIS/comprar-viagra/]comprar viagra[/url]