Saturday, September 12, 2009

Kuah Taruh Atas - Entri penjelasan dan sambungan.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
_____________

Sejak sekian lama kita makan nasi secara KTA atau NKTA dan ketika makanpun tidak berkumpul semeja kerana waktu makan tidak sama - siapa lapar siapa makan. yang lapar dulu makanlah dulu sorang-sorang di meja tetapi bila tiba Ramadan kita makan sama-sama. Duduk pula mengelilingi hidangan, semuanya lazat, semuanya mengancam.

Apa itu KTA. mereka yang dah tau diam-diam jangan cerita, tengok mereka yang tak tau, apa depa nak kata. hehehe.

Orang yang tak tau tu cuba teka.
________________________

Lain hulu lain parang.
Lain dulu lain sekarang.

Masyarakat tradisi dahulu kehidupan mereka tidaklah sesebok masyarakat kita sekarang ini. mereka mempunyai banyak masa lapang untuk bersama keluarga dan masyarakat setempat, pada waktu malam kebanyakannya berada di rumah walaupun terdapat juga yang bekerja pada waktu malam tetapi tidak seramai zaman sekarang. kilang-kilang yang ada tidak begitu banyak itu hanya beroperasi pada waktu siang sahaja.

Kebanyakan mereka bekerja sendiri sebagai petani, nelayan dan pekebun getah, kalau terdapat yang bekerja dengan orang lain pun hanya dalam bentuk mengambil upah bukannya bergaji tetap. Mereka akan berehat pada waktu makan dan balik makan di rumah bersama-sama anak-anak, kalau tempat kerja berjauhan mereka akan membawa bekalan makanan untuk makan tengahari, makan tengahari, malam dan sarapan pagi akan mengikut jadual yang tetap supaya dapat makan bersama dengan ahli keluarga kerana hidangan yang ada makanannya terhad kalau makan serentak atau sekali bersama-sama makanan akan mencukupi, kalau makan berasingan mungkin menyebabkan makanan yang disediakan itu tidak mencukupi untuk ahli keluarga, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dirasai ......hehehe. Memang benar Nabi pun menasihatkan kita bahawa makan untuk tiga orang cukup untuk empat orang kalau dimakan sehidang atau dimakan bersama.

Berbalik kepada pertanyaan di dalam entri yang lalu " Apa itu KTA" .
Pada zaman dahulu kalau kita makan di kedai makan ( sekarang restoran), pesanan telah ditetapkan secara hidangan, kita tentukan apa-apa lauk yang hendak dimakan, maka lauk itu akan diisikan di dalam mangkuk atau piring disusun di atas meja bersama dengan nasi dan nasi tambah, kekadang pihak kedai akan meletakkan lauk lebih daripada yang diminta bertujuan menayang makanan itu kepada kita, kekadang kerana lapar kita akan mengambilnya , maka lebihlah jualan dia dan mengenalah perangkapnya itu. kalau dicubit sahaja sedikit, kenalah bayar penuh, biasanya perkara ini berlaku di kedai-kedai mamak, orang Melayu tidak ramai yang membuka kedai makan atau kedai-kedai lain pun. Sebab kurang berkemampuan maka jaranglah orang kita makan di kedai, hanya ketika terpaksa sahaja.

Lama kelamaan keadaan itu berubah, untuk menggalakkan ramai pelanggan makan di kedai mereka. pekedai menawarkan dua cara pesanan makanan. satu cara berhidang dan satu lagi cara KTA iaitu Kuah Taruh Atas ( lihat gambar) bukan sahaja kuah tetapi semua makanan yang dipesan itu diisikan di dalam satu pinggan. Orang Utara memberi istilah KTA kepada cara bufe ini, cara ini lebih menjimatkan pengguna kerana harganya lebih murah, semasa membuat pesanan kita boleh menghadkan kuantiti makanan yang diminta mengikut kehendak dan terpulanglah kepada peniaga untuk menilai harganya. cara ini juga menguntungkan peniaga kerana menerima lebih ramai pelanggan. banyak jualan banyaklah keuntungannya. setelah lama cara KTA ini berlaku barulah wujud pula sistem layan diri seperti sekarang ini. Kemudian barulah cara ini melarat dan berkembang ke kampung-kampung ketika berkhenduri, walupun pada mulanya setengah masyarakat menolaknya tetapi akhirnya telah menjadi kebiasaan.

Pada mulanya reaksi daripada orang yang berada, agak kurang menggalakkan kerana cara itu akan menurunkan status mereka sebagai orang yang berada, masakan tempua bersarang rendah. tetapi lama kelamaan cara itu sudah menjadi mangli dan kebiasaan.

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

2 comments:

Nl said...

salam pak ngah...

errr baru saya tau heheheee

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Betul ka tu, kalau begitu itulah ilmu baru, hehehe.