Sunday, September 13, 2009

Kerepek House Banting - Kuala Langat.


Salam semua.

Semalam (Ahad) selepas balik dari Pasar Tani saya ke Banting pula kerana ingin membeli kerepek untuk hidangan Aidil Fitri, sesampai sahaja di sana masya Allah ramainya pelanggan Kerepek House, Banting; Kuala Langat ini. Inilah kali pertama saya sampai di sini, saya hanya menjengokkan kepada ke dalam bangunan letakpamer kerepek itu dan tidak masuk ke dalamnya kerana pembeli p
enuh sesak, cuma dua orang sahaja daripada rombongan kami yang masuk membeli. Saya melihat di dalamnya dipenuhi dengan kerepek yang disusunatur di atas rak yang tingginya hampir mencecah bumbung, macam mana tak ramai hari ini hari minggu, lagipun sudah minggu keempat kita berpuasa Ramadan bermakna Aidil Fitri sudah hampir tiba. Nampaknya tahun depan kena bersedia lebih awal.


Saya hanya menunggu di bawah teduh pokok rambutan ini, sambil hati-hati takut-takut nanti dikencing dan digigit dek kerengga yang pinggangnya ramping itu. Kerengga ini ada baiknya kalaun hiupnya di atas pokok buahan seperti rambutan, langsat, dukung dan seumpamanya kerana buah-buahan tersebut dijaganya sehingga sentiasa kelihatan bersih he3.

Cuba klik besarkan, mungkin boleh nampak kerengga yang dimaksudkan.

Seronok ya, menjalankan perniagaan yang mendapat sambutan ramai dari pelanggan. kalau anda ingin membuat perniagaan kerepek datanglah memborong di sini, memangpun kerepek keluaran di sini teredar sehingga ke utara Tanah Air atau ke mana-mana di dalam Malaysia. Di mana ada usaha di situ ada kejayaan.



Sambil saya menunggu di luar bangunan Kerepek House saya pun ambillah gambar-gambar yang tertera di entri ini untuk tatapan anda.

lll
Gambar ini diabadikan sambil saya sedang mengasuh anak kecil sebab itu terdengar suara rengekkannya dan suara pujukan he3, mungkin dia jemu dan gelisah menunggu terlalu lama.

Selamat Berpuasa dan semoga anda sihat walafiat. adanya. Wassalam.

4 comments:

Nl said...

salam pak ngah...

jauh benar pi cari kerepek nyer...



kenapa saya tak nampak kerenga
yang ramping tu huhuhuh


kerepek pisang tu best...
kalau makan byk2 pun tak per huhuhu

Leenoh said...

Salam Naqeeb.

Mana jauhnya, Pak Ngah duduk atas keta ja, kemudian dlm sejam lebih dah sampai ke destinasi.

Sebenarnya Pak Ngah ikut depa ja. hahaha. kan Pak Ngah tak masukpun.

Bagi kelabu sikit sebab tak minta izin, nanti kerengga tu marah pula, sebarkan gambar depa.

DrSam said...

Salam Pak Ngah,

Kat sini rupanya pusat kerepek yang selalu rakan-rakan saya dok selalu pergi bila dah dekat raya. Insyaallah ada masa terluang kita sampai ke sana. Terimakasih info tersebut

Leenoh said...

Salam Dr.Sam.

Tidak jauh dari bandar Banting, sampai simpang bertentangan dengan Bangunan Polis Di Raja yang tinggi tu belok kiri, terletak tidak jauh dari jalan tersebut.

Ketika itu Pak Ngah percaya Dr.Sam sudah miliki GPS....hahaha.. dah senang dah.