Thursday, September 10, 2009

Kenangan Ramadan tahun 1430 / 2009.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Orang berbudi kita berbahasa.
Orang memberi kita merasa.

Hubungan silaturrahim adalah di antara perkara yang diutamakan oleh Rasulullah.s.a.w. ketika baginda bersama-sama rombongan sampai dan tinggal di Madinah, orang-orang Muhajirin ( orang yang berpindah ) yang bersama Rasulullah.s.a.w. dan orang Ansar (orang yang menol
ong) penduduk asal Madinah diatur dan ditempatkan serumah, iaitu tinggal bersama dan menumpang di rumah orang Ansur, Orang Muhajirin dibahagi-bahagikan penempatannya .

Orang Ansar sebagai penduduk tempatan diminta supaya menempatkan atau mengambil orang Muhajirin tinggal bersama di rumah mereka supaya bertambah mesra dan menjadi satu keluarga yang akrab, rancangan ini diterima baik oleh pihak Ansar, akhirnya perancangan ini berjalan lancar dan orang Muhajirin yang datang dari Makkah pun tidak kekok lagi berada di Madinah. Orang
Madinah memang sejak dahulu masyarakatnya sangat berbudi bahasa dan bersopan santun.
Dakwah Islam berkembang sangat laju dan cepat ketika Rasullah.s.a.w. berada di Madinah, di antara sebabnya, baginda mendapatkan kerjasama yang amat menggalakkan oleh puak Muhajirin dan Ansar. demikianlah berkatnya hubungan silaturrahim.

Hubungan silaturrahim boleh dipupuk dan dibajai dengan berbagai cara di antaranya memberi hadiah pada ketika tertentu, walaupun hadiah itu tidak mahal harganya tetapi nilai rohaninya amat tinggi dan menjadi ingatan serta mampu mengeratkan persahabatan yang sedia terjalin sekian lama.

Terbukti hadiah itu dapat menggembira dan mengeratkan persahabatan di antara dua pihak. Saya tidak menyangka bahawa saya akan mendapat hadiah pada malam tadi. Salah seorang anak murid saya telah pergi mengerjakan ibadat Umrah pada dua minggu lepas dan telah selamat sampai balik ke Tanah Air
semalam dan pada malam tadi beliau datang membawa bingkisan yang terpapar gambarnya di atas itu. Dihadiahnya kepada saya, saya rasa sangat sesuai dan sangat gembira dengan hadiah tersebut. hati saya tersentuh juga atas ingatan itu.

Beliau bersama kawan pada setiap hari Isnin akan datang ke rumah untuk mempelajari dan memperelokkan bacaan al.Quran bersama saya dan aktiviti ini telah berjalan hampir setahun dan masih diteruskan. Selepas Aidi Fitri ini, insya Allah aktiviti itu akan disambung semula.

Atas bumbung Masjidil Haram.

Dalam bulan Ramadan ini memanglah umat Islam berpusu-pusu ke Makkah dan Madinah untuk beribadat kerana bulan ini adalah bulan berlumba-lumba beribadat . Di sana tempatnya dijanjikan Allah lebih berkat dan banyak pahalanya berbanding dengan tempat-tempat lain. jika mempunyai wang eloklah mengambil peluang ini sementara badan masih sihat walafiat

Terima kasih Zul.



Sekadar ini dahulu dan berjumpa lagi.


Sekian.Wassalam.

2 comments:

Mak Su said...

sy pun ada cita2 nak buat umrah dlm bln ramadhan. moga suatu hari nanti akan tercapai jua :)

Leenoh said...

Salam Mak Su.
Mula-mula angan-angan, kemudian cita-cita selepas itu barulah jadi kenyataan.
Insya Allah jika ada usaha akan berjaya.