Friday, April 3, 2009

Redza Ujian Allah. (puisi)

Allah Maha Sempurna.

Engkau Maha Berkuasa.
Engkau Maha Berkehendak.

Engkau Maha Mentadbir.

Engkau Maha Pemurah.
Engkau Maha Penyayang.

Kesejahteraan doa hambaMu.
Keamanan doa hambaMu.

Keadilan doa hambaMu.

Kesejahteraan berlaku dengan izin.
Kesengsaraan berlaku dengan izin.
Kezaliman berlaku dengan izin.

Semuanya dengan izinMu.

KeizinanMu bersyarat.
KeizinanMu dengan pujian.
KeizinanMu dengan kemurkaan.

Semuanya perancanganMu.

semuanya iradahMu.
Semuanya qadar dan qadakMu.
Semuanya perancangan dan pelaksanaanMu
Semuanya ujianMu.

Aku redza. Kami redza.
Kami redza dengan ujianMu.

_____________________

Diprosakan secara ringkas.

Allah Maha Sempurna;
Sesungguhnya Allah itu sifatNya Maha Sempurna dan t
iada sedikitpun cacat cela pada diriNya. Orang Islam wajib percaya dengan yakin hakikat ini dan sentiasa tersimpan serta beriktiqad demikian di dalam hati.

Engkau Maha Berkuasa.
Engkau Maha Berkehendak.
Engkau Maha Mentadbir.
Allah Maha Berkuasa bermaksud Allah mempunyai
kuasa yang sempurna, tidak memerlukan pertolongan dan bantuan untuk menyempurnakan kehendakNya.
Allah juga melakukan sesuatu atas kehendakNya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana semua pihak adalah di bawah kuasa dan kehendakNya jua.
Allah jualah yang mentadbir seluruh alam ini baik di laut, di darat, di udara dan di mana-mana sama ada yang nyata atau yang ghaib.

Engkau Maha Pemurah.
Engkau Maha Penyayang.
Allah bersifat Maha Pemurah membawa maksud Allah itu sifatNya Maha Pemurah kepada sesiapa sahaja, memberi rezeki dan kesejahteraan di dunia ini kepada semua makhlukNya samada manusia, binatang, unggas, serengga, kuman dan se
umpamanya. Semua makhkluk tersebut akan merasai dan menikmati sifat pememurah Allah itu.
Allah Maha Penyayang hanya kepada mereka yang beriman kepada Allah dan mengabdikan diri kepadaNya, habuan atau balasan kepada mereka ini di akhirat nanti ialah kehidupan bahagia buat selama-lamanya di syurga nanti . Balasan atau ganjaran ini hanya terhad kepada mereka yang beriman sahaja dan tiada untu
k mereka yang kafir.

Kesejahteraan doa hambaMu.
Keamanan doa hambaMu.
Keadilan doa hambaMu.
Kita sebagai hamba Allah hendaklah sentiasa berdoa untuk kesejahteraan, keamanan dan keadilan terhadap kehidupan kita seharian.

Kesejahteraan berlaku dengan izin.
Kesengsaraan berlaku dengan izin.
Kezaliman berlaku dengan izin.
Semuanya dengan izinMu.
Segala perkara yang berlaku di dunia ini adalah dengan izin Allah, samada kesejahteraan, kesengsaraan dan kezaliman se
muanya adalah dengan izin Allah. Manusia atau makhluk tidak mampu menurunkan hujan, mendatangkan kemarau, tegasnya manusia tidak mampu memberi kebahagiaan atau kesengsaraan tanpa izin Allah.

KeizinanMu dengan bersyarat.
KeizinanMu dengan pujian.
KeizinanMu dengan kemurkaan.
Semua perkara yang berlaku adalah dengan izin Allah t
etapi apa yang berlaku di atas diri manusia itu walaupun diizinkan tetapi masih bersyarat iaitu samada perkara yang berlaku ke atas manusia itu mematuhi syariat Allah atau tidak atau dalam keadaan taat atau derhaka. sekiranya berlaku di dalam keadaan manusia taat kepada Allah ianya akan mendapat ganjaran atau pujian Allah. Sekiaranya berlaku dalam keadaan derhaka maka keadaan itu telah menempah kemurkaan Allah. jika tiada keampunan, balasannya menerima azab di neraka.

Semuanya perancanganMu.
Semuanya iradahMu.
Semuanya qadar dan qadakMu.
Semuanya perancangan dan pelaksanaanM
u.
Semuanya ujianMu.
Semua aktiviti yang berlaku di dunia ini adalah perancangan dan kehendak Allah, Allah mengatur dan merancang serta melaksanakannya. Maka terjadilah segala apa yang telah kita lihat dan kita dengar atau yang kita tidak mengetahuinya, s
amada berlaku pada diri kita atau pada orang lain atau makhluk lain. Segala-galanya itu adalah ujian kepada manusia yang berakal.

Aku redza. Kami redza.
Kami redza denga ujianMu.
Maka kita sebagai hamba Allah yang berakal hendaklah menerima ujian tersebut dengan rela hati atau redza. Dan hendaklah meneruskan kehidupan berlandaskan syariat yang telah ditetapk
an oleh Allah . Manakala syariat ini telah pun disampaikan oleh Junjungan kita Nabi Muhammad.s.a.w. Oleh itu manusia hendaklah memahaminya, tanpa kefahaman yang betul, hasrat untuk mematuhi syariat akan gagal.

Demikianlah prosa ringkas yang dimaksudkan, sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan mereka yan g menyedarinya berkewajiapan membantu untuk memurnikannya. jika terdapat kekur
angan juga memerlukan penambahan.
______________________

sekian. Wallahu aklam.

_________________________________________

Ulasan Pembaca.
Blogger KUNTONG said...

Sesungguhnya Allah maha pengasih dan maha penyayang. Hanya hambaNya sahaja yang kadangkala tidak kasih dan sayang kepada diri sendiri, lantaran itu membuat segala perkara yang di larang oleh Allah swt.
Mudah-mudahan kita tidak tergolong di dalam kumpulan itu.
Terima kasih. Wasallam.

April 3, 2009 12:04 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Hanya mereka yang beilmu dan beriman sahaja yang mengetahui rahsia tersebut.
Semoga kita diampunkanNya dan hidup sentiasa diberkati.
Wassalam.

April 3, 2009 12:37 PM

_______________
Delete
Blogger Izzah Marzuki said...

indahnya puisi ni. puitis. betul, dunia tempat ujian, setiap saat diuji. semoga kita sama² berjaya menempuhnya, walaupun keputusan ujian itu nanti hanya Dia Yang Maha Mengetahui.. =)

April 4, 2009 12:24 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Izzah Marzuki,
Segala pujian kembali kepada Allah. Sebenarnya saya tidak pandai mengarang secara prosa maka berhelah dengan berpuisi.
Lebih banyak kepada syok sendiri he3 berbanding dengan keindahannya. Apapun mesejnya sangat mulia.
Terima kasih kerana memanfaatkannya.

April 4, 2009 9:10 PM

____________________

Blogger zaidi ali said...

Firman Tuhan yang bermaksud,

"Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia." (Maryam 19:35)

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-Hadid 57:22)

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (al-Hadid 57:23)

"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz)." (ar-Ra'du 13:39)

Wajib kita beriman kepada Qada dan Qadar. Setiap kejadian yang telah berlaku pada setiap milisaat adalah ketetapan dan ketentuan dari Allah semata-mata. Kita tidak mampu merubah atau menghalangnya.

Hendaklah juga kita fahami bahawa setiap sesuatu yang akan berlaku adalah ketetapan yang yang telah tertulis di Lohmahfuz sejak azali lagi. Maha Kuasa Tuhan tidak merancang tetapi menetapkan. Hanya kita makhluk lemah yang merancang. Hanya Allah yang menentukan segala ketetapanNya.

Walaupun sedemikian ketetapanNya, kita sebagai manusia masih mampu berusaha dan berdoa kerana segala ketentuan juga datang dari Allah.

Misalnya telah tertulis ketetapan di Lohmahfuz bahawa kita akan menjadi pencuri di suatu hari nanti. Sekiranya kita berusaha dan berdoa agar kita sentiasa dirahmati dan dijauhi dari menjadi pencuri, maka Tuhan Maha Mengasihani untuk menentukan ketetapan tersebut.

Tuhan juga telah menetapkan bahawa Perang 22 Hari ke atas Palestin di Gaza berlaku dan ketentuanNya ialah seramai 1,300 penduduk Gaza terkorban syahid dan bukannya 1.3 juta penduduk Gaza. Kemungkinan jika tiada usaha mempertahan oleh para pejuang dan tiada doa dari seluruh umat Islam, ketentuan Tuhan ialah 1.3 juta dan bukannya 1,300 penduduk.

April 5, 2009 2:41 AM

Delete
Blogger zaidi ali said...

Salam Sdr Leenoh,

Petang tadi saya MERANCANG untuk berjemaah Maghrib di masjid.

ALLAH telah TETAPKAN (di Lohmahfuz) bahawa hujan lebat sekarang sudah berlanjutan hampir 2 jam dan hambaNya, Zaidi bin Ali tidak akan pergi berjemaah Maghrib pada 9 Rabiulakhir 1430. Saya pula malas meredah hujan dan tidak mahu berusaha ke masjid. KETENTUANNYA ialah saya tidak pergi berjemaah.

ALLAH Maha Sempurna. ALLAH PENETAP dan PENENTU segala kejadian. MERANCANG hanya sesuai untuk manusia dan tidak boleh menggambarkan sifat ALLAH yang Maha Sempurna.

~wallahu a'lam~

April 5, 2009 8:03 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Sesungguhnya Allah itu Maha Esa, Maha Berkuasa,Maha Berkehendak dan sesungguhnya Allah Maha Sempurna.
Kefahaman kita terhadap sifat Allah menjadikan kita semakin tenang dan sabar kerana telah mengetahui hakikat putaran dunia yang baharu dan fana ini berjalan serta bergerak begitu rupa.
Kalaupun kita berdoa supaya sesuatu yang buruk itu berubah menjadi lebih baik akan berlaku dalam keadaan kita merayu dan merendahkan diri, bukan mengatur dan jauh sekali mengarahNya.
Kemakmuran alam ini adalah kehendak Allah, kepincangan alam ini juga kehendak Allah. Manusia hendaklah menjalankan aktivitinya berdasarkan sunnatullah atau mematuhi syariat yang diberikan kepada mereka.
Setelah semua kepatuhan telah dibuat, maka terimalah apa yang telah ditakdirkan dan reda dengannya.Terima kasih kerana sumbangan ulasan yang baik dan bernas, diharap akan dimanfaatkan oleh kekawan.
Wassalam.

April 5, 2009 08.14 PM

8 comments:

KUNTONG said...

Sesungguhnya Allah maha pengasih dan maha penyayang. Hanya hambaNya sahaja yang kadangkala tidak kasih dan sayang kepada diri sendiri, lantaran itu membuat segala perkara yang di larang oleh Allah swt.
Mudah-mudahan kita tidak tergolong di dalam kumpulan itu.
Terima kasih. Wasallam.

Leenoh said...

Hanya mereka yang beilmu dan beriman sahaja yang mengetahui rahsia tersebut.
Semoga kita diampunkanNya dan hidup sentiasa diberkati.
Wassalam.

♥ Izzah Marzuki said...

indahnya puisi ni. puitis. betul, dunia tempat ujian, setiap saat diuji. semoga kita sama² berjaya menempuhnya, walaupun keputusan ujian itu nanti hanya Dia Yang Maha Mengetahui.. =)

Leenoh said...

Salam Izzah Marzuki,
Segala pujian kembali kepada Allah. Sebenarnya tidak pandai mengarang secara prosa maka berhelah dengan berpuisi.
Lebih banyak kepada syok sendiri he3 berbanding dengan mesej. Apapun mesejnya mulia.
Terima kasih kerana memanfaatkannya.

Anonymous said...

Firman Tuhan yang bermaksud,

"Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia." (Maryam 19:35)

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah." (al-Hadid 57:22)

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (al-Hadid 57:23)

"Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah terdapat Umulkitab (Lohmahfuz)." (ar-Ra'du 13:39)

Wajib kita beriman kepada Qada dan Qadar. Setiap kejadian yang telah berlaku pada setiap milisaat adalah ketetapan dan ketentuan dari Allah semata-mata. Kita tidak mampu merubah atau menghalangnya.

Hendaklah juga kita fahami bahawa setiap sesuatu yang akan berlaku adalah ketetapan yang yang telah tertulis di Lohmahfuz sejak azali lagi. Maha Kuasa Tuhan tidak merancang tetapi menetapkan. Hanya kita makhluk lemah yang merancang. Hanya Allah yang menentukan segala ketetapanNya.

Walaupun sedemikian ketetapanNya, kita sebagai manusia masih mampu berusaha dan berdoa kerana segala ketentuan juga datang dari Allah.

Misalnya telah tertulis ketetapan di Lohmahfuz bahawa kita akan menjadi pencuri di suatu hari nanti. Sekiranya kita berusaha dan berdoa agar kita sentiasa dirahmati dan dijauhi dari menjadi pencuri, maka Tuhan Maha Mengasihani untuk menentukan ketetapan tersebut.

Tuhan juga telah menetapkan bahawa Perang 22 Hari ke atas Palestin di Gaza berlaku dan ketentuanNya ialah seramai 1,300 penduduk Gaza terkorban syahid dan bukannya 1.3 juta penduduk Gaza. Kemungkinan jika tiada usaha mempertahan oleh para pejuang dan tiada doa dari seluruh umat Islam, ketentuan Tuhan ialah 1.3 juta dan bukannya 1,300 penduduk.

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Sesungguhnya Allah itu Maha Esa, Maha Berkuasa,Maha Berkehendak dan sesungguhnya Allah Maha Sempurna.
Kefahaman kita terhadap sifat Allah menjadikan kita semakin tenang dan sabar kerana telah mengetahui hakikat putaran dunia yang baharu dan fana ini berjalan serta bergerak begitu rupa.
Kalaupun kita berdoa supaya sesuatu yang buruk itu berubah menjadi lebih baik akan berlaku dalam keadaan kita merayu dan merendahkan diri, bukan mengatur dan jauh sekali mengarahNya.
Kemakmuran alam ini adalah kehendak Allah, kepincangan alam ini juga kehendak Allah. Manusia hendaklah menjalankan aktivitinya berdasarkan sunnatullah atau mematuhi syariat yang diberikan kepada mereka.
Setelah semua kepatuhan telah dibuat, maka terimalah apa yang telah ditakdirkan dan reda dengannya.Terima kasih kerana sumbangan ulasan yang baik dan bernas, diharap akan dimanfaatkan oleh kekawan.
Wassalam.

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.