Thursday, April 30, 2009

PENANTIAN ITU SUATU PENYIKSAAN.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Dari Kuala Mengkuang ke Penanti.

Hantar anak belajar mengaji.
Setiap pilihan raya mengarang puisi.
Sekadar sama-sama mengingati.
Diulang tayang berkali-kali.
Agar umat berhati-hati.

Status calon belum dibuat pilihan.
Agaknya ramai telah berangan-angan.
Menjadi pemimpin hasrat dan idaman
Menunggu lantikan suatu ujian
Harapkan kemenangan saat penantian

Penantian itu suatu penyiksaan.
______

Bermewah-mewah dan berpoya-poya.
Sifat mazmumah yang sangat dicela.
Menjadi pemimpin janganlah diminta.
Kerana itu larangan agama.

Saat pemilihan beransur tiba.
Mengapa ramai seperti meminta.
Tidakkah ada ilmu di dada.
Agar orang melantik kita.

Kini calon dipilih sudah.
Seluruh negara telah diwarta.
Setiap pasukan mengaku indah.
Menolong rakyat belum terbela.

Rakyat jelata menanti menunggu.
Hari pemilihan pemimpin rakyat.
Seluruh kampung disuruh bersatu.
Memilih pemimpin berjiwa rakyat.

Lebih sepurnama rakyat menanti.
Memilih pemimpin untuk gantian.
Ramai sudah menetapkan hati.
Agar memilih calon pilihan.

Penanti tempat terpahatnya sejarah.
Menjadi kubu penyebar hidayah.
Rakyat alim kerana madrasah.
Ramai di sana pendukung risalah.

Bila kita sedang berbalah.
Kembalilah ke pangkal ikut risalah.
Jangan hanya pandai bermadah.
Nanti tertinggal ajaran Allah.

__________

6 comments:

Ad Rifza said...

Siap ada pantun pantun lagi..hehe..moga yg hak berdiri megah dan bathil jatuh tersembah..

Leenoh said...

Salam Ad.Rifza.
Sengaja mengusik minda. membuat puisi ringan-ringan, terima kasih kerana beri respon.

Mak Su said...

menanti keputusan penanti

Leenoh said...

Salam Mak Su.
Semakin menanti semakin bertambah usia, apa akan daya, sudah menjadi sunnatullah hidup ini tabiatnya menanti dan menanti.

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Tebar sauh di sebelah Zaitun
Berlabuh pedati ke mana beralun
Pintar sungguh Pak Ngah berpantun,
Penuh erti makna tersusun.

Jawab, jawab, jangan tak jawab!! :)

Leenoh said...

Salam Hani.

Pintar sungguh Pak Ngah berpantun.
Penuh erti makna tersusun.
Bukannya pandai kuhanya berlakon.
Tiada guru tiadalah pantun.

Semua perkataan hanya ulangan.
Hak warisan perlu disebarkan.
Biar di kampung atau di pekan.
Tokoh bahasa sangat mengharapkan.

Bahasa jiwa bangsa perlu dijulang.
Agar sentiasa di atas halang.
Kalau dibiarkan nanti hilang.
Warisan bangsa mesti cemerlang.

Bina negara jangan dilupakan.
Harapan nusa dalam ikatan.
Sambil berpantun mesej disampaikan.
Semoga Malaysia kekal aman.