Wednesday, April 8, 2009

Tenaga Cahaya ( Entri Sumbangan )

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Mauduk ini adalah hasil pena Sdr. Zaidi Ali. Laman blog http://longtambang.blogspot.com

Pelita dalam kaca

Tuesday, April 7, 2009

Tenaga Cahaya

Tenaga Cahaya

Sesuatu yang menarik mengenai cahaya ialah ia mempunyai 2 sifat iaitu bersifat gelombang (berfrekuensi) dan juga bersifat jirim (berfoton). Sifat gelombang cahaya menghasilkan radiasi elektromagnet manakala sifat jirimnya menghasilkan tenaga berfoton dan berkuanta.
Mata kasar manusia hanya boleh melihat cahaya pada julat jarak gelombang 400-700 nanometer. Di luar julat ini jirim cahaya akan 'ghaib'. Cahaya bergerak lurus pada halaju yang amat tinggi. Rekod kelajuan paling tinggi manusia boleh bergerak (dan masih hidup) ialah di dalam roket ketika melepasi tarikan graviti bumi sewaktu hendak keluar ke angkasa lepas.

Halaju Cahaya : 1,079,252,849 km/j

Halaju Melepasi Graviti Bumi : 40,200 km/j

Cahaya yang dipancar dari matahari mengambil masa selama 8.3 minit untuk sampai ke bumi. Akal manusia tidak akan mampu mencipta kapal angkasa yang boleh bergerak selaju cahaya. Sekiranya ada pun, kenderaan tersebut (dan manusia di dalamnya) akan memecah molekul menjadi foton tenaga dan 'ghaib'.

Allah mencipta segala yang di langit dan di bumi. Cahaya dijadikan Allah seperti dua firman Tuhan yang bermaksud,

"Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah an-Nuur 24:35)

"Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang mengetahui." (Surah Yunus 10:5)

Matahari merupakan sumber cahaya yang paling bertenaga. Sumber cahaya bertenaga tinggi selepas matahari ialah dari kilat yang merupakan pengaliran elektron dari awan ke bumi. Api yang membakar sesuatu zarah juga mengeluarkan tenaga cahaya di samping tenaga haba.

Pancaran tenaga cahaya dari matahari, kilat dan api bergerak pada halaju cahaya.

Malaikat dijadikan Allah daripada cahaya, seperti sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan daripada Aisyah RA ,

“Malaikat dicipta daripada cahaya, jin dicipta daripada api dan manusia dicipta daripada apa yang diceritakan kepadamu (tanah)” [Riwayat Muslim]

Jin diciptakan Tuhan dari api yang sangat panas seperti firman Allah yang bermaksud,

"kecuali syaitan yang mencuri-curi (berita) yang dapat didengar (dari malaikat) lalu dia dikejar oleh semburan api yang terang. " (al-Hijr 15:18) "Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas." (al-Hijr 15:27)

Manusia diciptakan Tuhan dari tanah manakala iblis dicipta Tuhan dari api seperti Firman Tuhan yang bermaksud,

"Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis: "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". (al-A'raf 7:12)

"Dan sesungguhnya Kami telah meciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk." (al-Hijr 15:26)

Manusia tidak dicipta bersendirian di cakerawala ciptaan Tuhan ini, terdapat makhluk lain di langit seperti dua firman Tuhan yang bermaksud,

"Dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala sesuatu yang diciptakan Allah, dan kemungkinan telah dekatnya kebinasaan mereka? Maka kepada berita manakah lagi mereka akan beriman selain kepada Al Qur'an itu?" (al-A'raf 7:185)

"Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad) tentang Dia." (al-Furqaan 25:59)

Malaikat dari cahaya manakala jin dan iblis dari api boleh diaplikasikan dengan sifat gelombang dan jirim. Bergerak dengan kelajuan cahaya dan 'ghaib' pada mata manusia.

Persoalannya ada dua:

1. Sekiranya manusia boleh menyamai kelajuan cahaya bergerak mengikut arah (berhalaju), mungkinkah kita boleh melihat malaikat, jin dan iblis?

2. Sekiranya malaikat, jin dan iblis memperlahankan halaju, menyamai halaju manusia atau berkeadaan pegun, mungkinkah kita boleh melihat mereka?

Pada pendapat saya berkemungkinan BOLEH sekiranya diizin Tuhan. Secara saintifiknya boleh diterangkan oleh Teori Relativiti Einstein,

"Dua peristiwa yang dilihat berlaku serentak oleh seorang pemerhati mungkin tidak dilihat berlaku serentak oleh seorang pemerhati yang lain sekiranya kedua-dua pemerhati berada dalam pergerakan yang relatif".

Mungkin juga ET seperti UFO bergerak seperti kelajuan cahaya dan menyamai makhluk halus (jin dan iblis) yang sekejap ada sekejap tiada. Kita kerap terdengar orang berkata hantu, jin, iblis dan malaikat boleh merupakan (menjelmakan) diri untuk dilihat oleh manusia. Secara logik ada kebenarannya "bila mereka berhenti pegun atau bergerak amat perlahan daripada halaju mereka yang asal". Mungkin benar kata orang tua bahawa kilat petir memanah syaitan. Hanya cahaya boleh memanah cahaya!

Manusia tidak boleh bergerak selaju cahaya, mungkin roh manusia boleh!

___________________________________

Setinggi-tinggi penghargaan kepada:
Sdr. Zaidi Ali ( http://longtambang.blogspot.com ) di atas kesudiannya membenarkan saya menyiarkan semula mauduk yang bermanfaat ini untuk bacaan umum melalui laman blog Kehidupan Bersih.

___________________________________________

Sekian, Wassalam.

____________________________

Ulasan anda dihargai:

Blogger MDFarid said...

Salam...

Bila bercakap tentang ini, saya teringat kisah Isra' Mikraj Rasulullah SAW. Baginda manusia yang dapat merasai kelajuan seperti cahaya dan merasai alam ghaib yang tidak dapat dinilai mata kasar. Subhanallah!

Syaitan boleh selinap masuk melalui cahaya.

April 8, 2009 9:00 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam MDFarid.

Terima kasih kerana memberi respon berupa pendekatan kepada Isra' dan mikraj Rasulullah.s.a.w. yang mana dahulunya manusia sukar hendak memahaminya tetapi sekarang telah banyak kejadian yang semakin memperjelaskan peristiwa tersebut.
Bagi mereka yang mempercayainya menjadikan mereka itu semakin yakin.
Diharap anda tidak salah faham entri ini adalah entri sumbangan, Saya sendiri kurang faham mengenainya, ulasan saya hanya secara umum.

April 8, 2009 9:46 PM

______________
Blogger zaidi ali said...

Salam...

Israk Mikraj adalah suatu perjalanan sepantas kilat Nabi Muhammad s.a.w. pada satu malam (dengan kekuasaan Allah) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Kemudian Baginda naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha sehingga sujud di bawah Arasy Allah s.w.t.

Peristiwa Israk dan Mikraj dan kisah-kisah yang terjadi sepanjang peristiwa itu merupakan salah satu di antara mukjizat-mukjizat kenabian yang tidak dapat dikaji secara saintifik. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa yang sama sekali tidak dapat ditandingi oleh manusia biasa walaupun pada zaman moden ini.

Peristiwa Israk berlaku seperti firman Tuhan yang bermaksud,

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (al-Isra' 17:1)

Peristiwa Mikraj di Siratil Muntaha diterangkan dalam surah an-Najm ayat 1 hingga 18. Rasulullah s.a.w. diberi mukjizat untuk melihat "sebahagian" tanda-tanda kekuasaan Allah "yang paling besar".

Bagi menerangkan perkara bersifat mukjizat seperti ini di samping menjaga akidah, kita mesti berpegang kepada firman Tuhan yang bermaksud,

"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah". Lalu jadilah ia." (al-Baqarah 2:117)

Secara saintifiknya jasad manusia biasa (bukan nabi yang bermukjizat) akan musnah ghaib pada kelajuan cahaya.
Ada juga perbezaan pendapat di kalangan beberapa saintis Islam yang mengatakan bahawa "jasad dan buraq di tinggalkan di Masjidil Aqsa, hanya roh yang naik ke langit" dengan kelajuan cahaya. Hujah mereka ialah roh mengawal jasad maka roh lebih layak mewakili manusia berbanding jasad. Misalnya sekiranya sebahagian jasad dipotong, manusia masih dapat hidup.
~wallahu a'lam~

April 8, 2009 11:49 PM

3 comments:

MDFarid said...

Salam...

Bila bercakap tentang ini, saya teringat kisah Isra' Mikraj Rasulullah SAW. Baginda manusia yang dapat merasai kelajuan seperti cahaya dan merasai alam ghaib yang tidak dapat dinilai mata kasar. Subhanallah!

Syaitan boleh selinap masuk melalui cahaya.

Leenoh said...

Salam MDFarid.

Terima kasih kerana memberi respon berupa pendekatan kepada Isra' dan mikraj Rasulullah.s.a.w. yang mana dahulunya manusia sukar hendak memahaminya tetapi sekarang telah banyak kejadian yang semakin memperjelaskan peristiwa tersebut.
Bagi mereka yang mempercayainya menjadikan mereka itu semakin yakin.
Diharap anda tidak salah faham entri ini adalah entri sumbangan, Saya sendiri kurang faham mengenainya, ulasan saya hanya secara umum.

Anonymous said...

Salam...

Israk Mikraj adalah suatu perjalanan sepantas kilat Nabi Muhammad s.a.w. pada satu malam (dengan kekuasaan Allah) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Kemudian Baginda naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha sehingga sujud di bawah Arasy Allah s.w.t.

Peristiwa Israk dan Mikraj dan kisah-kisah yang terjadi sepanjang peristiwa itu merupakan salah satu di antara mukjizat-mukjizat kenabian yang tidak dapat dikaji secara saintifik. Perjalanan ini adalah perjalanan istimewa yang sama sekali tidak dapat ditandingi oleh manusia biasa walaupun pada zaman moden ini.

Peristiwa Israk berlaku seperti firman Tuhan yang bermaksud,

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (al-Isra' 17:1)

Peristiwa Mikraj di Siratil Muntaha diterangkan dalam surah an-Najm ayat 1 hingga 18. Rasulullah s.a.w. diberi mukjizat untuk melihat "sebahagian" tanda-tanda kekuasaan Allah "yang paling besar".

Bagi menerangkan perkara bersifat mukjizat seperti ini di samping menjaga akidah, kita mesti berpegang kepada firman Tuhan yang bermaksud,

"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah". Lalu jadilah ia." (al-Baqarah 2:117)

Secara saintifiknya jasad manusia biasa (bukan nabi yang bermukjizat)akan musnah ghaib pada kelajuan cahaya.