Saturday, April 18, 2009

HARTA DAN MANUSIA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Berfikirlah untuk Kebaikan Bersama.

____________

Salam Semua.

Harta adalah salah satu daripada kurnia
an Allah kepada manusia di dunia ini, Apa sahaja yang disediakan di dunia ini adalah untuk manusia memanfaatkan atau untuk menguji mereka, Sememangnya kejadian alam ini juga untuk makhluk lain selain manusia tetapi semuanya itu akhirnya adalah untuk manusia, binatang berbagai jenis, hidupan air juga berbagai jenis, buah-buahan, biji-bijian dan seumpamanya adalah juga untuk manusia, Semuanya adalah untuk manusia memanfaatkannya dan mereka diberi tanggungjawab menguruskannya dengan sebaik-baiknya dan seadil-adilnya.

Sebelum dimiliki oleh sesi
apa, maka harta tersebut terbuka kepada sesiapa sahaja untuk berusaha bagi mendapatkannya atau mendapatkannya melalui berjualbeli atau muamalat dan melalui urusan lain sesama mereka , dalam masa berusaha atau meneroka untuk mendapatkannya itu, manusia terpaksa melalui berbagai-bagai halangan, cabaran dan bersaing di antara mereka, begitulah juga keadaannya bagi kehidupan binatang, pada dasarnya tidak jauh bezanya, mereka juga bersaing sesama masyarakat mereka dengan cara mereka, Semuanya itu adalah kehidupan ciptaan Allah,

Manusia disediakan panduan dan peraturan untuk memudahkan mereka menguruskan kehidupan kerana manusia dilantik menjadi khalifah di atas muka bumi ini, Merekalah pengurus yang diamanahkan Allah untuk mengatur kehidupan di atas muka bumi ini dengan adil sesama manusia dan juga adil terhadap makhluk lain di dunia ini.

Dalam usaha mendapatkan rezeki di dunia ini terdapat berbagai ragam manusia, ada yang tamak, pemurah, penting diri, bertolak ansur, sentiasa mahukan kemenangan dan ada juga sanggup beralah.

Sikap atau sifat sederhana adalah akhlak yang boleh diterima oleh semua pihak, Sikap ini senang difahami secara teorinya , untuk mengamal dan menghayatinya adalah suatu masalah yang lain pula, biasanya sukar direalisasikannya.Bertolak Ansur adalah Amalan yang Baik.

Kita mengetahui banyak teori atau falsafah yang menjurus ke arah menjana kebaikan hidup tetapi sukar untuk mengaplikasikannya sehingga ianya menjadi kenyataan di dalam kehidupan. Kenyataan ini bukan hendak menuding jari untuk menunjukkan kesalahan sesiapa sebaliknya jari itu adalah juga menunjukkan kepada diri sendiri. Betapa diri sendiri bercakap tidak serupa bikin dan kata dulang paku serpih, kata orang kita yang lebih. Apabila bermuhasabah diri, inilah bayangan yang datang mengusik jiwa.
________________


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

_________________

Agaknya inilah muqaddimah untuk seseorang itu bertaubat dan disebabkan rasa dosa itu telah ada dalam diri, maka penyesalan pasti ada bersama dan taubatnya nanti akan menjadi taubat nasuha, Taubat nasuha sebenarnya menjadi idaman semua muslim.

Kita mengetahui bahawa makan itu hanya sekadar menghilangkan lapar sahaja, mengumpat adalah dilarang, memfitnah bahaya lebih berat daripada membunuh, dusta salah satu sifat munafik dan seumpamanya tetapi semua perkara ini kita tidak dapat menyempurkannya mengikut piwaian syarie sepenuhnya. Kita sentiasa terlalai daripada menjagainya atau mematuhinya, kekadang tersasar juga ke arah lain atau daripada kawalan yang sepatutnya.
_____________________

"Dan Dialah yang menjadikan
kebun-kebun yang berjunjung
dan yang tidak berjunjung,
pohon kurma, tanam-tanaman
yang bermacam-macam buahnya,
zaitun dan delima yang serupa (bentuk
dan warnanya), dan tidak sama
(rasanya). Makanlah dari buahnya
(yang bermacam-macam itu)
bila dia berbuah, dan tunaikanlah
haknya di hari memetik hasilnya
(dengan dikeluarkan zakatnya);
dan janganlah kamu berlebih-lebihan.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai
orang-orang yang berlebih-lebihan."
Surah An.An'aam (141)


"Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah harta-hartamu dan
anak-anakmu melalaikan kamu
dari mengingat Allah. Barang siapa
yang membuat demikian maka mereka
itulah orang-orang yang rugi".
Surah Al.Munaafiquun (9)

_______________

Begitulah rasanya kebanyakan manusia di dunia ini memiliki kelemahan yang hampir sama, walaupun disamping mereka disediakan dan dibekalkan dengan panduan hidup yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW untuk disampaikan kepada manusia, malah telah disampaikan dengan sewajarnya dan penuh tanggungjawab tanpa sedikit pun disembunyikannya.

Sebenarnya tiada siapa yang lulus ujian ini melainkan Rasul-rasulNya yang maksum sahaja. Manusia masih bernasib baik kerana disediakan ruang untuk mereka memohon maaf dan keampunan di atas kesalahan dan ketelanjuran yang telah dilakukan, lagi sekali manusia bernasib baik kerana Allah bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang serta Maha Pengampun.

Sifat tamak dan mementingkan diri sendiri adalah suatu sifat yang mengikat dan menambat umat manusia daripada berkembang maju, sebaliknya menjadikan manusia itu statik dan mati daya majunya. Orang kaya akan menjadi semakin kaya tetapi kekayaan itu tidak dapat digunakan sepenuhnya, sebahagian besar daripada kekayaan akan beku dan statik, mengapa tidaknya, Bagi seorang manusia berapalah sangat kadar harta yang diperlukan untuk keperluan hidupnya berbanding dengan harta yang dimilikinya, Andainya , Seseorang manusia itu memiliki wang simpanan juta-jutaan ringgit atau jutaan hektar tanah hanya dimanfaatkan oleh sekumpulan kecil manusia, keluarga dan pekerjanya sahaja, bermewah-mewah di dalam kehidupannya tanpa memikirkan orang lain yang juga memerlukannya dan tanpa memikirkan kesan perbuatan mereka itu terhadap kesejahteraan aktiviti ekonomi yang setiap saat bergerak secara global dari utara ke selatan dan dari timur ke barat samada melalui darat, laut, udara atau alam maya.

Islam tidak pernah melarang penganutnya mengumpul harta secara beradab dan halal, tetapi hendaklah dimanfaatkan atau nafkahkan seperti yang diperintahkan. Malah pujian dan rasa kagum dilahirkan pula kepada mereka yang berjaya.

Harta kepunyaan mereka yang tamak dan mementingkan diri sendiri ini tidak akan menjana sewajarnya kehidupan manusia lain kerana manusia begini tiada bagi mereka aktiviti zakat, derma atau menolong orang lain secara ihsan.

Sesungguhnya manusia memerlukan sikap sederhana , kerjasama, tolong menolong, kesian belas, simpati dan empati di antara satu sama lain. sikap mulia ini akan menolong manusia bertolak ansur dalam mengagihkan harta di dunia ini supaya masing-masing mendapat habuan yang adil.

Sesungguhnya Allah telah mengurniakan harta kekayaan di dunia ini cukup untuk manusia menikmatinya, Hanya manusia tidak pandai mengagihkannya kerana terdapat di antara mereka bersifat tamak haloba dan mementingkan diri sendiri.
___________________________

Untuk Renungan.

"Dialah Yang menjadikan bumi
sebagai hamparan bagimu dan langit
sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan)
dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan
hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki
untukmu; kerana itu janganlah kamu
mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah,
padahal kamu mengetahui".
(Surah Al.Baqarah ayat 22).
________________

"Adakah patut kamu menyuruh manusia
berbuat kebaikan dan kamu lupa dirimu sendiri,
sedangkan kamu membaca kitab.
Tidakkah kamu memikirkan ?".
(Surah Al.Baqarah, Ayat 44)

___________________

"Dan janganlah sebahagian
kamu memakan harta
sebahagian yang lain di antara kamu
dengan jalan yang batil dan (janganlah)
kamu membawa (urusan) harta itu
kepada hakim,
supaya kamu dapat memakan
sebahagian
daripada harta benda orang lain itu
dengan (jalan berbuat) dosa,
padahal kamu mengetahuinya".

(Surah Al.Baqarah,. Ayat 188)

________________________

"Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu
dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat
kejahatan (kikir); sedang Allah menjanjikan
untukmu keampunan daripada-Nya dan kurnia.
(jika bersedekah).

Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya)
lagi Maha Mengetahui".

(Surah Al.Baqarah. ayat 268).

___________________________


" Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan
harta yang dikurniakan Allah kepadanya menyangka,
bahwa bakhil itu baik bagi mereka.
bahkan kejahatan bagi mereka.
Harta yang mereka bakhilkan itu akan
dikalungkan ke leher mereka pada hari kiamat nanti.
Dan bagi Allah pusaka langit dan bumi.
Dan Allah Maha Mengetahui
apa yang kamu kerjakan".


( Maksud: Surah Ali-Imran Ayat 180)
________________________________


Sekian , wallahu aklam. Wassalam.

____________________

Ulasan anda dihargai.

Blogger Ad Rifza said...

Moga kita dapat manfaat dari entri ini yea..Insyallah..sama2lah kita berfikir dan menghayati..

April 18, 2009 8:55 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Ad.Rifza.
Terima kasih kerana memberi respon dan memanfaatkannya.

April 18, 2009 9:36 AM

Delete
Blogger KUNTONG said...

Sdr Leenoh:
Entri yg penuh bermakna, semoga sama-sama difikirkan oleh kita semua.
Tk.

April 18, 2009 6:51 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Sdr.Kuntong.
Mungkin setengahnya sedang berfikir,
Kalau dihurai panjang menarik juga.

April 18, 2009 7:35 PM

Delete
Blogger zaidi ali said...

Salam Sdr Leenoh. Entri yang penuh bermenafaat.

Ayat "...dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat..." difirman Tuhan hampir 30 kali di dalam al-Quran. Begitulah pentingnya zakat yang disebut berulang kali bersama fardhu solat. Zakat dan sedekah bertujuan menyucikan harta. Kekadang kita terlupa bahawa rezeki yang diberi Tuhan melimpah ruak bukannya semata-mata untuk diri kita sahaja. Ramai antara kita bersyukur atas limpahan rezeki kurniaan Tuhan tetapi kekadang kita terlupa bahawa rezeki melimpah yang diberiNya kepada seseorang adalah sebagai suatu saluran untuk disampaikan kepada golongan miskin yang memerlukan. Misalnya negara Malaysia yang kaya ini adalah saluran rezeki kepada semua rakyatnya. Arab Saudi yang melimpah ruak kekayaannya merupakan saluran rezeki kepada rakyatnya dan juga rakyat di negara asing yang kebuluran.

Limpahan nikmat rezeki juga merupakan ujian Tuhan bertujuan untuk mengingatkan rezeki itu datang dariNya (dan boleh ditarik tanpa notis). Kita lihat ramai yang bertambah kaya kerana ingat. Ramai juga jutawan yang jatuh bangkrap sekelip mata kerana lupa.

Sedekah ikhlas di jalan Allah akan diganda seperti firman Tuhan yang bermaksud,

"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh buah, pada tiap-tiap buah: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (al-Baqarah 2:261)

Sama-samalah kita bersedekah semampu boleh bukan sahaja kepada manusia malah kepada haiwan semoga kita "berjaya didunia, berjaya juga di akhirat". insya Allah.

April 18, 2009 11:16 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Ulasan yang sangat baik dan senang difahami, insya Allah akan dimanfaatkan, Terima kasih.

April 19, 2009 5:18 AM

Delete
Blogger Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Pak Ngah,

So, bila nak belanja we all? hehehe.. concept sharing and caring.. kenala belanjakan harta tu, jangan simpan.. Hehehe.. We are ready!

April 19, 2009 7:36 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Hani,
Pak Ngah ni, dah hampir dengan golongan asnaf yang lapan, mana ada yang disimpan.
Walaupun begitu, jangan bimbang, Bila ada rezeki insya Allah Pak Ngah belanja, sementara itu kita merasa yang Hani belanja dulu, hehehe.

April 19, 2009 9:20 AM


Delete
Blogger HeroHuruHara said...

Grafik dua ekor kambing itu memberi erti yang universal.

Rendah kita dari kambing tadi jika masih bernafsu berlumba-lumba membolot dunia tanpa niat MUAMALAT.

April 19, 2009 4:51 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam.
HeroHuruHara.Habuan dan rezeki masing-masing telah dibahagikan sebaik sahaja melihatnya. Tetapi masing-masing terdapat halangan untuk mendapatkanya.setelah berfikir dan bertolak ansur serta bersepakat akhirnya mereka berjaya mendapatkannya.Kalaulah tiada moral ini, memang tepat seperti kata anda.

April 19, 2009 5:39 PM

Delete
Blogger Mak Su said...

Bersederhanalah dalam apa jua perkara.

April 20, 2009 11:25 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Mak Su.

Sederhana adalah sikap yang terbaik, itulah juga pesanan Nabi kita.

April 20, 2009 11:50 AM


12 comments:

Ad Rifza said...

Moga kita dapat manfaat dari entri ini yea..Insyallah..sama2lah kita berfikir dan menghayati..

Leenoh said...

Salam Ad.Rifza.
Terima kasih kerana memberi respon dan memanfaatkannya.

KUNTONG said...

Sdr Leenoh:
Entri yg penuh bermakna, semoga sama-sama difikirkan oleh kita semua.
Tk.

Leenoh said...

Salam Sdr.Kuntong.
Mungkin setengahnya sedang berfikir,
Kalau dihurai panjang menarik juga.

Anonymous said...

Salam Sdr Leenoh. Entri yang penuh bermenafaat.

Ayat "...dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat..." difirman Tuhan hampir 30 kali di dalam al-Quran. Begitulah pentingnya zakat yang disebut berulang kali bersama fardhu solat. Zakat dan sedekah bertujuan menyucikan harta. Kekadang kita terlupa bahawa rezeki yang diberi Tuhan melimpah ruak bukannya semata-mata untuk diri kita sahaja. Ramai antara kita bersyukur atas limpahan rezeki kurniaan Tuhan tetapi kekadang kita terlupa bahawa rezeki melimpah yang diberiNya kepada seseorang adalah sebagai suatu saluran untuk disampaikan kepada golongan miskin yang memerlukan. Misalnya negara Malaysia yang kaya ini adalah saluran rezeki kepada semua rakyatnya. Arab Saudi yang melimpah ruak kekayaannya merupakan saluran rezeki kepada rakyatnya dan juga rakyat di negara asing yang kebuluran.

Limpahan nikmat rezeki juga merupakan ujian Tuhan bertujuan untuk mengingatkan rezeki itu datang dariNya (dan boleh ditarik tanpa notis). Kita lihat ramai yang bertambah kaya kerana ingat. Ramai juga jutawan yang jatuh bangkrap sekelip mata kerana lupa.

Sedekah ikhlas di jalan Allah akan diganda seperti firman Tuhan yang bermaksud,

"Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh buah, pada tiap-tiap buah: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (al-Baqarah 2:261)

Sama-samalah kita bersedekah semampu boleh bukan sahaja kepada manusia malah kepada haiwan semoga kita "berjaya didunia, berjaya juga di akhirat". insya Allah.

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Ulasan yang sangat baik dan senang difahami, insya Allah akan dimanfaatkan, Terima kasih.

Hunny said...

Pak Ngah,

So, bila nak belanja we all? hehehe.. concept sharing and caring.. kenala belanjakan harta tu, jangan simpan.. Hehehe.. We are ready!

Leenoh said...

Hani,
Pak Ngah ni, dah hampir dengan asnaf yang lapan.mana ada yang simpan.
Walaupun begitu, jangan bimbang, Bila ada rezeki insya Allah Pak Ngah belanja, sementara itu kita merasa yang Hani belanja dulu, he3

HeroHuruHara said...

Grafik dua ekor kambing itu memberi erti yang universal.

Rendah kita dari kambing tadi jika masih bernafsu berlumba-lumba membolot dunia tanpa niat MUAMALAT.

Leenoh said...

Salam.
HeroHuruHara.Habuan dan rezeki masing-masing telah dibahagikan sebaik sahaja melihatnya. Tetapi masing-masing terdapat halangan untuk mendapatkanya.setelah berfikir dan bertolak ansur serta bersepakat akhirnya berjaya mendapatkannya.

Mak Su said...

bersederhanalah dalam apa jua perkara.

Leenoh said...

Salam Mak Su.

Sederhana adalah sikap yang terbaik, itulah juga pesanan Nabi kita.