Monday, April 6, 2009

Respon Pembaca : Majlis Sah Khatam Tilawah al.Quran.

Anonymousالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Ulasan yang disiarkan di bawah ini adalah ulasan yang diberikan merujuk kepada entri Majlis Sah Khatam Tilawah al.Quran , di mana entri ini telah diposkan pada Sabtu 14. MAC 2009 yang telah lalu. Saya baru sahaja menyedarinya , setelah membacanya didapati ulasannya sangat baik untuk kita fikir dan renungi, oleh itu saya mengambil keputusan memaparkannya di sini untuk dimanfaatkan.
( Rujuk entri yang telah lalu " Sah Khatam Tilawah al.Quran")
____________________

Masya Allah.
___________________

Tanpa nama said...

Pandangan dan cadangan anda adalah baik dan patut dan wajar dilaksanakan kerana dapat memperakui kesahihan dan kualiti bacaan Quran terutama masa kini.

.Ramai yang menyatakan telah khatam Quran terutama bulan Ramadan,berbagai majils khatam Al-Quran.Sejauh mana tatacara terhadap peserta pembaca Al-Quran kita tak dapat pastikan samada bertepatan seperti ciri-ciri yang anda nyatakan atau tidak.Kiranya bertepatan Alhamdulillah,maka dapatlah menambah kualitinya.Tetapi jika sekadar untuk bertadarus dan mengkhatam secara bermusim sahaja,sampai bila pun masyarakat kita masih buta Al-Quran


.Yang lebih malang lagi ramai ibubapa kurang peka terhadap pembacaan Al-Quran.Ibubapa sanggup habiskan wang untuk tusyen sains ,matematik tapi tidak sanggup beri tusyen Al-Quran.

Ingatlah dan renunglah wahai kaum muslimim,Al_Quran diturunkan dalam Bahasa Arab maka dituntut membaca dengan lahjah Arab seperti ditegaskan oleh Nabi s.a.w.
Marilah kita muhasabah diri,

kenapa KITA BOLEH BERCAKAP INGGERIS SEPERTI MAT SALEH TETAPI BACA AL-QURAN MACAM ORANG MELAYU?

Kita tidak yakin,kita tidak dapat belajar baca dengan BAIK,kerana kita boleh belajar dalam bidang lain sehingga mencapai master,Phd dan berbagai ijazah.Tetapi dalam bidang agama kita corot,sedang semua orang sedar kita pasti akan mati walau sehebat mana sekali pun.

Alangkah bahagianya orang mati dengan membawa AL-Quran bersamanya.Begitulah sebaliknya.
"Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar dan mengajar Al-Quran,"maksud Hadith Nabi.
Kelebihan Al-Quran begitu banyak sekali,rujuklah dari kitab-kitab.


March 30, 2009 11:58 AM

______________________________________



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Delete
_______________________________

Anonymous Arba said...

Saya tertarik dengan pandangan anda.Alhamdulillah masih ada orang turut merasai risau dengan fenomena yang melanda umat Islam kini.Saya ingin menyimpulkan beberapa kategori orang yang membaca Al-Quran:

1.Orang yang membaca semata-mata
membaca.
2.Orang yang membaca dan menambah
baik kualiti bacaannya.
3.Orang yang membaca dan tadabbur
kandungannya.
4.Orang yang Al-haamilul Quran
(terbaik)


Kategori pertama yang hanya membaca Al-Quran yang mungkin diwarisi sejak kecil dan digunapakai dan diamal bacaan sehingga ke tua,tanpa ambil kisah betul atau salah,janji dia kata dia sudah baca Al-Quran.Golongan inilah yang paling ramai.Sebab itulah dalam majlis baca Yassin khasnya kita dapati ada yang baca kurang menepati hukum tajwidnya.
Golongan ini tidak mahu
untuk bermusyafahah dan bertalaqi dengan guru yang arif.Mereka berpada dengan yang telah ada.

Kategori kedua lebih baik daripada golongan pertama kerana mereka ingin menambahbaik kualiti bacaan dengan bermusyafahah dan bertalaqi dengan guru yang arif.Perlu diingat Al-Quran TIDAK boleh dibaca bersendirian permulaannya,perlu berguru,ditakuti tersalah dantersilap lebih-lebih lagi kita orang Melayu yang tidak faham B.Arab yang boleh tersasar maknanya.Jadikanlah Iktibar Bahawa Rasullullah sendiri bertadarus bersama Jibril a.s.setiap Ramadan.Orang inilah yang semakin baik bacaannya dan bertambah yakin bacaanya setelah ditashih dan diperakui gurunya.

Kategori ketiga adalah lebih baik daripada golongan pertama dan kedua, kerana mereka bukan saja dapat membaca dengan betul dan dapat pula mengetahui isi kandungan Al-Quran yang dibacanya sebagai panduan dan pengajaran.

Kategori keempat AL-Haamilul Quran adalah paling aula(utama).Mereka bukan sahaja dapat membaca setiap masa dengan baik,dapat memahami dan dapat pula mengamal kandungan keseluruhan ayat-ayat Al-Quran(6666 ayat)dengan penuh rasa takzim Kalam Allah itu,inilah dikata sebenar-benar Ulamak warasatul anbiyak.Sebab semua ayat-ayat itu KALAM ALLAH.Kita wajib meraikannya dengan penuh IMAN.

Demikianlah Allah membalas orang yang membaca Al-Quran mengikut kedudukan pembacanya samada kategori pertama,kedua,ketiga atau keempat.Bahagia dan beruntunglah orang berada di kategori keempat.Dan paling bahaya berada di kategori pertama kerana dibimbangi bacanya tidak betul ,lebih-lebih lagi salah dan tersasar dari maksud sebenar disebabkan kelalaian, kejahilan kita menyebut makhrajnya yang berbangga dengan kejahilan mempelajarinya.

Semoga pandangan saya yang sedikit ini dapat memberi manfaatnya bersama bagi mencari kerdhaanNya,Amin!(arba)

March 31, 2009 , 1.34 PM

_________________________


Sekian. Wassalam.
Delete

No comments: