Tuesday, April 7, 2009

Merealisasikan Muhasabah Diri dan Kewajipan Berdakwah

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

______________

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Merujuk kepada maksud ayat 103 . surah Aali-Imran yang tertera di atas dengan berpandukan Tafsir Mahmud Yunus penjelasannya adalah seperti berikut.
Bangsa Arab sebelum kedatangan ajaran Islam adalah saling bermusuh-musuhan , berpecah belah dan berperang di antara satu sama lain. Setelah datang Nabi Muhammad.s.a.w. membawa Islam, menyiarkan ajaran yang suci. maka berubahlah budi pekerti mereka. sehingga menjadi umat yang hidup berkasih sayang sesama mereka. sebabnya; ialah kerana mereka telah berpegang dengan ajaran ( agama) Allah dan menurut perintah yang ada di dalamnya. dan meninggalkan segala larangannya. Begitulah hal mereka semasa hidup Nabi Muhammad.s.a.w. dan khalifah-khalifahnya yang cerdik pandai. Mereka hidup dalam kebahagiaan di dunia dan di akhirat dan tersebarlah ajaran Islam ke seluruh permukaan alam.
Kemudian berlakulah perselisihan di antara Saiyidina Ali ra dengan Amir Muawiyah ra sehingga menyala api peperangan di antara kaum muslimin. Tetapi untunglah mereka terdidik dengan erti perdamaian yang akhirnya tepadamlah punca api perbalahan itu dan wujudlah perdamaian dan tidak terganggu kemajuan Islam.
Namun beberapa lama kemudian terjadilah perselisihan di Baghdad yang sangat hebat di antara orang-orang mazhab Syiah dan Hambali, di antara Syiah dan Sunnah. Di antara punca pereslisihan itu ialah tentang membaca Bismillah di dalam solat samada di baca denga kuat atau perlahan, sehinggalah terjadi peperangan di antara mereka.
Akhirnya rosaklah kaum muslimin dan jatuhlah kerajaan Islam dan hilanglah nama mereka yang harum di seluruh dunia. Daripada keterangan ini, hendaklah kita bersatu padu dan menjauhi perbalahan. dalam perkara yang ikhtilaf hendaklah orang-rang alim mengikut mana yang kuat menurut pendapatnya.
Orang-orang awam pula hendaklah sentiasa bertanya kepada orang alim yang dipercayai.
____________

Seterusnya dalam ayat 104 dalam surah Aali Imran Allah berfirman bermaksud;
" Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu umat (golongan) yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan makruf, ( yang baik ) dan melarang dari yang mungkar, dan mereka itulah orang-orang yang berjaya ".

Keterangan ayat tersebut;
Hendaklah ada satu golongan di antara kamu, yakni satu jamaah yang bertugas untuk menyeru manusia kepada makruf dan mencegah kemungkaran, Ini amat penting sebagai mana adanya satu golongan yang khas untuk mendalami ilmu agama ( yatafaqqahu fiddin ). begitu jugalah dengan kerja dakwah ini. Wujudnya jamaah-jamaah dakwah seperti jamaah ulamak yang bergerak dan mengajar di masjid-masjid.Begitu juga dengan jamaah-jamaah Tabligh yang bergerak di seluruh pelusuk kampung, dari kota ke kota dan ke seluruh dunia. Mereka ini menjalankan kerja dakwah dengan ikhlas dengan diri dan harta mereka sendiri.
Umat Islam harus melibatkan diri dalam usaha-usaha seperti ini supaya tergolong di kalangan umat yang terbaik. Mereka berusaha membentuk iman dan amal yang sempurna. Mereka berusaha di atas hati manusia yang jauh kepada Allah swt supaya menghampiri Allah swt yang dengan sendirinya terhindarlah mereka dari melakukan maksiat dan kemungkaran.
Bagi mereka yang mampu menulis pula, dengan kekuatan ilmiahnya terus menghasilkan bahan bacaan dan buku-buku yang berbentuk dakwah dan tarbiyah.
Pendek kata setiap umat Islam harus melibatkan diri dalam kerja dakwah dan mencegah kemungkaran.
_____________________

Rumusan:
(1) Umat Islam perlu bermuhasabah diri khasnya mengenai perpaduan umat dan memahami perpaduan hakiki yang diperintahkan oleh Allah serta merealisasikanya dengan bersungguh-sungguh.

(2) Untuk menjana perpaduan hakiki manusia memerlukan panduan dan peraturan. Panduan dan peraturan yang dimaksudkan ialah al.Quran , al.Hadis, Ijmak ulamak dan qias.

(3) Apabila bermasalah dan ingin menyelesaikannya hendaklah kembali kepada ajaran Allah dan RasulNya.

(4) Di dalam sesuatu masyarakat perlulah ada satu golongan atau pasukan yang kerjanya menyeru kepada perkara kebaikan dan makruf serta mencegah kemungkaran.

Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.

No comments: