Friday, April 10, 2009

Solat Jumaat dan Sedutan Khutbahnya..


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Pada hari ini Jumaat 14 Rabiul Akhir 1430 bersamaan 10 April 2009 jam 12.40 saya pun bertolak ke Masjid yang tertera gambarnya di atas dan di bawah ini untuk menunaikan solat Jumaat, waktu zohor pada hari ini jam 1.17 tengah hari, Kebetulan selepas solat sunat tahiyatul masjid Tuan Imam menyampaikan tazkirah berkaitan dengan kepentingan ilmu, saya duduk tidak berapa jauh jaraknya dengan Imam tetapi tazkirahnya disampaikan dengan suara yang kurang jelas, suaranya tenggelam timbul, pada saya perkara seperti ini berlaku sedikit kerugian kerana ahli jamaahnya ramai tetapi dapat didengari sebahagian sahaja daripada sidang hadirin tersebut.

Setelah masuk waktu bilal pun berazan, kemudian seperti biasa para jamaah pun mendirikan solat sunat jumaat,
Biasalah akan memakan masa beberapa minit bagi menyelesaikan solat sunat Jumaat itu.
Kemudian barulah khatib menaiki mimbar dan menyampaikan khutbah. Alhamdulillah semasa berkhutbah siaraya tidak bermasalah, suara khatib didengari dengan jelas dan
lantang.

Mauduk khutbat hari ini berkaitan dengan pemimpin, dijelaskan bahawa pemimpin bukan sahaja mereka yang memerintah negeri , negara atau mereka yang memegang sesuatu jawatan di dalam masyarakat atau sektor awam sahaja. Tetapi pemimpin itu meliputi semua orang. setiap orang adalah pemimpin dan mereka bertanggungjawab di atas kepimpinannya dan akan disoal oleh Allah SWT sejauh mana tanggungjawab kepimpinan itu dilaksanakan.
Nabi Muhammad.S.A.W adalah pemimpin yang terbaik, baginda membawa contoh yang baik kepada masyarakat. Apabila kita menyatakan pemimpin berteladan, pemimpin itu adalah Rasulullah.S.A.W. kerana baginda adalah pemimpin agung dunia. Pemimpin yang dilantik sendiri oleh Allah SWT.



Selain daripada Rasulullah.S.A.W. ialah para sahabat baginda yang juga telah menunjukkan teladan kepimpinan yang hebat dan cemerlang.


Sebagai contoh Saiyidina Omar Al.Khattab semasa pemerintahannya beliau sanggup ke keluar pada waktu malam untuk meninjau keadaan hidup rakyatnya, akhirnya beliau bertemu dengan seorang ibu yang sedang memasak tetapi sebenarnya di dalam periuk itu hanya ketul-ketul batu, ibu itu hanya pura-pura memasak sesuatu supaya anak-anaknya yang sedang lapar itu akan
tertidur semasa menunggu masakan tersebut. Ibu tersebut terpaksa berhelah kerana pada malam itu beliau tidak mempunyai makanan untuk dimasak.

Sebaik sahaja Khalifah Omar Al.Khattab mengetahui kedudukan sebenar ibu tersebut, beliau pun terus balik mengambil gandum dan dibawa dan ditanggung sendiri ke khemah ibu tersebut dan dimasaknya sendiri serta melayan sendiri ibu dan anak-anak tersebut makan pada malam itu.

Ibu dan anak-anak tadi tidak menyedari bahawa yang memberi mereka makan itu adalah khalifah yang sedang memerintah negeri mereka iaitu pemimpin agung ketika itu. Saiyidina Omar ketika itu tidak mengingati kedudukan dan pangkatnya tetapi yang beliau ingat ialah rasa bersalah yang amat mendalam di dalam hatinya kerana terdapat rakyat di bawah pimpinannya susah dan sengsara.

Pemimpin berjiwa besar seperti inilah yang patut dijadikan contoh dan teladan. Demikian ditegaskan oleh khutbah pada hari ini. Katanya lagi pemimpin hendaklah bertindak berani, didekasi, adil dan bertanggungjawab.

Khutbah juga mengingatkan ahli Jamaah supaya merujuk kepada ajaran Islam untuk memantapkan kepimpinan masing-masing.
Hanya sekadar ini yang dapat saya ingat
kerana ketika mendengar khutbah tadi saya tidak membuat apa-apa catatan. Di dalam khutbah tersebut tentulah beberapa potongan ayat-ayat Al.quran dan Al.Hadis telah dibacakan. oleh kerana entri ini hendak diringkaskan saya hanya mengambil atau memetik bahagian tertentu sahaja untuk disiarkan di sini.

Lapangan letak kereta telah kosong kerana masing-masing bergegas balik ke tempat kerja untuk menyambung tugas yang ditinggalkan sementara waktu sebentar tadi untuk datang menunaikan solat, hari ini bukan hari cuti umum .

sekian.Wassalam.

__________________________

Ulasan anda dihargai:

Blogger zaidi ali said...

Salam,

Pada zaman kepemimpinan Rasulullah SAW dan Khalifah Ar-Rasyidin dahulu para pemimpin tak perlu pun PRU & PRK untuk turun menjengok masalah rakyat.

Pemimpin sejati bukan datangnya dari majoriti bilangan kertas undi tetapi dari ketulusan hati pemimpin itu sendiri. Inilah kelemahan utama Demokrasi bila Persepsi mengatasi Ketulusan.

April 11, 2009 8:13 AM

Delete
Blogger izan said...

leenoh,

dalam rumahtangga juga kena ada pemimpin yang berdedikasi, prihatin dan saksama.

itu juga bonus untuk menjadi pemimpin terbilang di luar sana... barulah masyarakat yakin untuk memberi undi.

April 11, 2009 10:51 AM

Delete

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Pada zaman kepemimpinan Rasulullah SAW dan Khalifah Ar-Rasyidin dahulu para pemimpin tak perlu pun PRU & PRK untuk turun menjengok masalah rakyat.

Pemimpin sejati bukan datangnya dari majoriti bilangan kertas undi tetapi dari ketulusan hati pemimpin itu sendiri. Inilah kelemahan utama Demokrasi bila Persepsi mengatasi Ketulusan.

Unknown said...

leenoh,

dalam rumahtangga juga kena ada pemimpin yang berdedikasi, prihatin dan saksama.

itu juga bonus untuk menjadi pemimpin terbilang di luar sana... barulah masyarakat yakin untuk memberi undi.