Sunday, April 12, 2009

Aku Menangis Bersyukur PadaNya

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Gambar hiasan
______

Mauduk kali ini sekali lagi saya membuat sorotan kembali peristiwa lampau yang pernah menjadi kenangan yang mengusik jiwa, kenangan yang meninggalkan kemusykilan yang sampai saat ini belum terongkai sepenuhnya. Apakah peristiwa itu berlaku semata-mata Allah ingin menduga dan mendewasakan hambaNya, juga menyedarkan hambaNya bahawa sesungguhnya manusia ini lemah dan jahil, samada jahil yang disedari atau jahil yang tidak disedari.

Bernasib baiklah mereka , apabila jahil yang tidak disedari itu diberikan pertunjuk melalui pengalaman atau peristiwa tertentu. sebelum mereka mengatur langkah melakukan kesalahan demi kesalahan yang memudaratkan diri samada di dunia atau di akhirat.

Dua peristiwa yang hampir sama telah berlaku pada diri saya ketika bertugas di Maktab Sultan Abu Bakar ( EC ), Johor Baru; Johor. iaitu pada tahun awal tujuh puluahan
( antara tahun 1974 - 1977 ).

Peristiwa Pertama:

Sikap tegas seseorang guru sangatlah penting bagi mengekalkan kepatuhan murid kepada mereka dan sikap itu juga dapat menolong seseorang guru itu dapat mengawal kelas terutamanya ketika sedang mengajar, sebijak mana guru itu dan setinggi mana kelulusan guru itu jika tidak mampu mengawal kelas segala ilmu yang ada pada dirinya tidak mungkin dapat dipindahkan kepada para pelajarnya.

Untuk meringkaskan cerita pada suatu hari ketika sedang mengajar seorang murid mengikuti pengajaran yang agak berlainan situasinya dengan kawan-kawannya yang lain. Seolah-olah pandangannya terhadap pengajaran yang diberikan itu menampakkan pandangannya itu semata-mata pandangan mata tanpa bersama tumpuan perhatian minda. seolah-olah mindanya ke arah lain, pandangan matanya itu hanya untuk menyelesaikan masalah disiplin ketika guru sedang memberi penerangan dan penjelasan.

Memberi nota di dalam sesuatu pengajaran adalah suatu kebiasaan dan juga keperluan. disamping beberapa soalan untuk dijawab bagi menguji tahap kefahaman mereka terhadap topik tersebut.

Sebuah buku khas untuk mencatat nota memang dimiliki setiap pelajar dan semua pelajar mencatatkannya di dalam buku tersebut. Sedang semua pelajar mencatat nota di dalam buku masing-masing, tiba-tiba pelajar tersebut sedang menulis di dalam sehelai kertas. Pada kebiasaannya jika berlaku peristiwa seperti ini saya akan marah atau terus marah kerana lalai sehingga terlupa membawa buku nota.Tetapi pada hari tersebut sikap saya berbeza dan berbeza jauh daripada hari-hari yang telah lalu, saya dengan perlahan-lahan mengambil kertas itu tanpa disedari oleh sesiapapun melain diri saya dan pelajar tersebut dan saya berjalan keluar darpada kelas dan membacanya. Siapapun tidak melihat saya membaca surat tersebut kerana dilindungi oleh dinding. semasa saya membaca satu persatu isi surat tersebut saya tidak dapat menahan air mata yang keluar mencurah-curah , selepas saya menangis teresak-esak dan mengesat air mata, saya masuk balik ke dalam kelas dan menyerahkan semula surat itu kepada pelajar istimewa tersebut, kemudian saya bergerak terus ke bilik air untuk menyuci muka supaya para pelajar tidak menyedari peristiwa tersebut. Apabila sampai diperenggan ini sekarang inipun saya masih tidak mampu menahan air mata dan terpaksa mengesatnya beberapa kali.

Apakah kandungan surat yang ditulis oleh pelajar Tingkatan Satu ini. Sebenarnya beliau menulis surat kepada ibu yang dikasihinya yang entah di mana tempat kediaman ibunya, di antara ayat yang saya masih ingat katanya, " Sejak ibu bercerai dengan ayah, sebenarnya anakanda tidak mengetahui di mana tempat tinggal ibu tetapi ada orang mengatakan ibu berada di Muar iaitu di alamat ini, jika surat ini sampai ke alamat ibu, ibu jawablah surat ini " mungkin tidak tepat tetapi itulah maksudnya. Bayangkan kalau saya marah beliau kerana tidak membuat nota atau tidak menulis nota di dalam Buku Nota yang telah diseragamkan.
Saya masih terbayang rupa paras pelajar lelaki tersebut, budaknya seorang yang segak, berkulit kuning langsat dan tidak kelihatan seperti bermasalah.

Masya Allah, tabarakallah, bersyukur kepada Allah kerana saya terselamat daripada melakukan kesilapan atau kezaliman terhadap anak istmewa ini, sehingga sekarang saya masih tidak pasti samada Allah menyelamatkan saya atau menyelamatkan budak itu menjadikan peristiwa itu berjalan tanpa keburukan di antara saya dengan anak murid saya yang sangat istimewa itu

Setakat ini saya merumuskan bahawa Allah memberi pertolongan kepada kami berdua tetapi yang paling utama adalah pelajar tersebut..

Peristiwa Kedua:

"Tiada lagi Kebahagian"

Pada awalnya saya ingin menceritakan dua peristiwa di dalam entri ini tetapi sekarang nampaknya telah terlalu panjang, mungkin anda akan jemu membacanya, oleh itu cerita yang berikutnya saya akan muatkan di dalam mana-mana entri yang akan datang.

Sekian. wallahu aklam. Wassalam.

___________________

Ulasan anda dihargai:
Blogger KUNTONG said...

Orang berpengalaman, memang boleh melihat sesuatu masaalah yang dihadapi oleh muridnya.Guru bukan hanya memberi pengajaran dalam bilik darjah, tetapi guru kadangkala terpaksa menyelesaikan masaalah murid yang menghadapi masaalah diluar bidangnya. Itulah tugas guru. Profession guru memang mulia, tetapi guru jugalah yang menjatuhkan maruah guru. SELAMAT PAGI CIKGU.

April 12, 2009 1:30 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam.
Memang benar kata Sdr.Kuntong.Sesiapa sahaja yang mempunyai ilmu boleh menyampaikan ilmu itu kepada orang lain tetapi menjadi guru dalam arti kata yang sebenarnya adalah suatu perkara yang lain pula.
Menjadi guru hendaklah dengan minda, roh dan akhlaknya atau dengan jiwa raganya.

April 12, 2009 1:39 PM

Delete
Blogger ijechan said...

memang kenangan mengusik jiwa..

di sekolah ada murid darjah 2 yang beritahu saya dia sedih. saya ty kenapa, dia cakap mak n ayah dia dah bercerai.

budak 8 tahun pun tahu sedih. dia jadi mangsa keretakan rumah tangga. hmm

April 12, 2009 3:54 PM

Delete

Blogger Leenoh said...

Salam.
Punca atau sebab-sebab perceraian ini sebenarnya banyak, di antaranya ego terlalu tinggi, terlalu pentingkan diri sendiri, tidak sanggup bertolak ansur atau kompromi, menghambat yang lebih baik tetapi itu kekadang hanya sangkaan sahaja, yang sebenarnya yang lebih baik itu sedang berada di sisi, pihak ketiga masuk campur, kurang memikirkan kehidupan orang lain.
Semua sifat tersebut adalah kelemahan yang tidak dapat diatasi.
Apapun yang menerima akibat buruknya adalah anak-anak yang belum mengetahui apa-apa.
Kekadang mengetahui atau ada pelajaran Islam tetapi tidak pandai merealisasikannya atau menghayatinya .
Keadaan begini kalau berlaku satu pihakpun akan bercerai juga,Jika pergaduhan sudah bermula, satu baik dan satu lagi tidak baik, suasana itu bukannya suasana kompromi.
Satu baik dan satu lagi tidak, bila diusahkan sehingga menjadi sederhana dan menerima seadanya, itulah kopromi dan perceraian insya Allah tidak akan berlaku. Semoga kita sentiasa mendapat pertunjuk dan pertolongan Allah.

wallahu aklam.

April 12, 2009 5:35 PM

______________________________
Delete
Blogger Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam Pak Ngah,

Saya yakin, Allah yang memberi hidayah dan ilham kepada Pak Ngah untuk menggerakkan tangan dan menarik kertas nota tersebut.. apapun, kesannya, memang menakjubkan.. Pada jiwa Pak Ngah, sebagai guru dan pada jiwa murid tersebut, dan saya yang membaca.. Kerana itu, penting untuk kita berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan, dan pentingnya surah Al-Fatihah itu dibaca setiap kali solat, untuk memohon petunjuk dari Allah, dalam semua perkara dalam ayat Ihdinassirotol mustaqim (tunjukkanlah kami jalan yang benar).. Mudah2an Allah sentiasa memberi petunjuk dan hidayahNya dalam menempuh kehidupan ini..Sekadar pandangan dari seorang hamba yang selalu mengharap petunjuk dariNya..

April 12, 2009 11:23 PM

Delete
Blogger Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Pak Ngah,

Lupa nak pesan,
Kepada semua pasangan suami isteri, amalkan solat berjemaah dan aktiviti lain secara berjemaah (solat, tadarus, berdoa, makan, berkomunikasi, berjalan-jalan) untuk mengekalkan perhubungan. Banyakkan berdoa untuk menjadi soleh/solehah/mendapat anak yang soleh. Mohon pada Allah untuk petunjukNya. Mudah-mudahan kekal bahagia selamanya.. Tips keluarga bahagia dari mak dan ayahku..

April 12, 2009 11:30 PMDelete

Blogger Leenoh said...

Salam Hani.
Pak Ngah sangat suka respon seperti ini kerana ianya tidak terkeluar daripada tajuk yang kita fokus iaitu pendidikan.
Respon seperti ini bermanfaat dan akan dimanfaatkan oleh pembaca dan juga memberi nilai tambah kepada entri.
Sama-samalah kita menyebarkan kebaikan.

April 12, 2009 11:58 PM

Delete

7 comments:

KUNTONG said...

Orang berpengalaman, memang boleh melihat sesuatu masaalah yang dihadapi oleh muridnya.Guru bukan hanya memberi pengajaran dalam bilik darjah, tetapi guru kadangkala terpaksa menyelesaikan masaalah murid yang menghadapi masaalah diluar bidangnya. Itulah tugas guru. Profession guru memang mulia, tetapi guru jugalah yang menjatuhkan maruah guru. SELAMAT PAGI CIKGU.

Leenoh said...

Salam.
Memang benar kata Sdr.Kuntong.Sesiapa sahaja yang mempunyai ilmu boleh menyampaikan ilmu itu kepada orang lain tetapi menjadi guru dalam arti kata yang sebenarnya adalah suatu perkara yang lain pula.
Menjadi guru hendaklah dengan minda, roh dan akhlaknya atau dengan jiwa raganya.

Cikgu Ije said...

memang kenangan mengusik jiwa..

di sekolah ada murid darjah 2 yang beritahu saya dia sedih. saya ty kenapa, dia cakap mak n ayah dia dah bercerai.

budak 8 tahun pun tahu sedih. dia jadi mangsa keretakan rumah tangga. hmm

Leenoh said...

Salam.
Punca atau sebab-sebab perceraian ini sebenarnya banyak, di antaranya ego terlalu tinggi, terlalu pentingkan diri sendiri, tidak sanggup bertolak ansur atau kompromi, menghambat yang lebih baik tetapi itu kekadang hanya sangkaan sahaja, yang sebenarnya yang lebih baik itu sedang berada di sisi, pihak ketiga masuk campur, kurang memikirkan kehidupan orang lain.
Semua sifat tersebut adalah kelemahan yang tidak dapat diatasi.
Apapun yang menerima akibat buruknya adalah anak-anak yang belum mengetahui apa-apa.
Kekadang mengetahui atau ada pelajaran Islam tetapi tidak pandai merealisasikannya atau menghayatinya .
Keadaan begini kalau berlaku satu pihakpun akan bercerai juga, satu baik dan satu lagi tidak baik, suasana itu bukanya suasana kompromi.
Satu baik dan satu lagi tidak, bila diusahkan sehingga menjadi sederhana, itulah kopromi dan perceraian insya Allah tidak akan berlaku.
wallahu aklam.

Hunny said...