Monday, April 13, 2009

BERSILAT BERSAMA HANTU


Gambar hiasan.
__________________

Salam semua.

Pada hari ini saya masih mengajak anda untuk mengikuti cerita dan kisah pengalaman saya semasa bertugas di Maktab Sultan Abu Bakar. Johor Baharu. Johor. khususnya mengenai asrama Jalan Kapt. Mohd.Amin.
Asal bangunan ini ialah sebuah sekolah yang dinamakan Sekolah Rendah Tambatan Tinggi beraliran bahasa Melayu, sebab kekurangan pelajar yang mendaftar di sekolah ini, maka akhirnya sekolah ini terpaksa ditutup dan agak lama juga bangunan ini ditinggalkan, hanya dijagai oleh seorang tukang kebun.
Seawal jam 7. 00 malam tiada lagi masyarakat di kawasan itu berlalu lalang menggunakan jalan yang berhampiran bangunan ini dan laluan lereng bukit arah ke Pantai Lido. kononnya laluan itu berhantu, terutamanya di dalam kawasan sekolah yang ditinggalkan itu. Pada waktu malam kekadang mereka melihat orang perempuan yang memakai telekung berjalan-jalan di situ. sejauh mana kebenarannya saya sendiri pun tidak mengetahuinya.

Sekolah yang ditinggalkan inilah dijadikan Asrama yang kami namakan Asrama Jalan Kapt.Mohd. Amin @ Maktab Sultan Abu Bakar, pada ketika itu pelajar sekolah ini mendiami tiga asrama, dua lagi asrama ialah Asrama Jalan Harun, Kg.Baru dan Asrama Umum, terletak 300 meter daripada sekolah MSAB (EC) di mana asrama ini didiami oleh pelajar daripada berbagai sekolah.

Apabila sekolah ini digunakan atau dijadikan asrama, penduduk di sini berasa sangat gembira kerana kampung mereka akan menjadi meriah kembali seperti dulu sekurang-kurang memberi semangat baru kepada mereka yang takut menggunakan jalan itu selama ini akan berani menggunakannya semula dan hantu yang mendiami tempat itu mungkin akan berpindah.

Kegembiraan mereka itu dapat saya rasai apabila tiba bulan Ramadan mereka akan sedekahkan berbagai jenis makanan kepada para pelajar dengan meletakkanya di bilik makan mereka, kekadang kami tidak mengetahui orang yang bersedekah itu, buah korma berlimpah ruah, saya turut gembira yang amat sangat dengan suasana tersebut.( kegembiraan itu mungkin bukan semua kerana perkara tersebut )

Pada setiap waktu saya memastikan mereka menunaikan solat dan pada malam Jumaat pula kita sama-sama membaca Surat Yasin. mungkin menasabah dan sesuai kalau mereka menjangkakan bahawa hantu telekung itu akan takut mendiami di tempat ini bersama kami.

Sepanjang saya tinggal di situ tidak pernah menghadapi apa-apa gangguan pun , walaupun sering tinggal berseorangan pada masa cuti sekolah. ada juga di kalangan mereka berasa hairan di atas keberanian saya itu, maklumat ini saya dapat kesan daripada pelajar saya, setelah lama kami tinggal di situ, barulah cerita hantu telekung itu dibocorkan kepada asramawan oleh kenalan yang tinggal berhampiran asrama, sebelumnya mereka tidak menceritakan kepada kami, setelah cerita ini dibocorkan para pelajar pun berasa takut dan mulalah mereka merapatkan katil mereka dengan katil kawan, cara ini telah melanggar peraturan, untuk megelakkan daripada berlaku pelanggaran peraturan saya terpaksa memberi tazkirah khas mengenai perkara ini.

Saya tidak berhajat menceritakan secara panjang lebar mengenai asrama ini oleh itu saya terpaksa memberhentikan di sini, walaupun banyak lagi cerita yang lain mengenainya dan sekarang saya terus masuk topik mengenai " Bersilat Bersama Hantu "

Pada suatu malam setelah saya balik daripada mengajar Kelas Malam (FEC) di sekolah, sesampai sahaja di asrama berhampiran Bilik Mentaah atau bilik studi, kedengaran riuh rendah suara pelajar, ada yang berlari, ada yang berkumpul di suatu tempat, pada hal ketika itu mereka sepatutnya berada di meja masing-masing untuk membaca atau membuat kerja-kerja sekolah.
Saya pun cepat-cepat menghampiri mereka, dari jauh kelihatan tiga pelajar sedang bersilat dan pelajar yang agak berani memerhatikannya. Saya dengan segera menguruskan keadaan dan mengarahkan para pelajar yang berasa takut dan seram supaya balik ke bilik kediaman masing-masing, arahan demikian dibuat kerana ditakuti keadaan itu akan merebak pula kepada pelajar yang lain. Para pelajar yang berani mereka memberi bantuan dan menolong saya.
Sebenarnya pelajar yang terlibat itu lebih daripada tiga orang tetapi keadaan mereka itu tidak berlarutan, di antara mereka yang terlibat kalau tidak salah ingatan ialah;

Kamaruddin
Fadzil.
Md.Said
Wan Nik.
Jaya Salam.
_________________________________________

Sebelum saya meneruskan cerita di atas saya ingin menyatakan di antara pengetahuan saya yang sedia ada dalam minda pada ketika itu mengenai hantu (iblis) ini adalah sekadar info di bawah samada benar atau salah wallahu aklam:

(1) Hantu tidak akan dapat menguasai kita, kalau kita tidak takut kepadanya, bila kita bercakap dengan hantu atau orang yang dirasuk hantu hendaklah menggunakan aura kita yang tinggi setinggi - tingginya.
(2) Manusia boleh menipu hantu. sebagai contoh, pada zaman dahulu ramai orang kita memelihara hantu, apabila mereka tidak mahu lagi memelihara hantu itu ( jenis hantu raya - jamu hantu ) pada masa mereka memberi jamuan terakhir, mereka menyatakan kepada hantu peliharaan mereka itu , " inilah makanan kamu pada kali ini dan makanan berikutnya kamu tunggulah sehingga matahari naik di sebelah barat setelah itu kamu akan diberi lagi makanan , kamu duduklah di sini dan jangan ganggu sesiapa pun ".
Informasi ini saya perolehi daripada salah seorang orang tua di kampung tetapi siapa gerangannya saya pun tidak ingat lagi .
______________________________________________

Setelah itu saya meminta para pelajar berdiri membuat bulatan serta mengepung mereka dan tiga pelajar yang bersilat itu berada di tengah-tengah kepungan seperti berada di gelanggang silat, untuk menyelesaikan masalah ini saya menggunakan pendekatan nombor satu di atas. pelajar ini bersilat dengan menyerang kekawan mereka, di antara mereka yang bersilat itu ada yang menggunakan seni langkah (tapak) harimau, Sedang mereka menyerang kekawan itu saya minta supaya mereka bertiga serang saya. di antara kata-kata yang saya sebut, " kalau awak berani , awak seranglah saya" perkataan ini saya ulang beberapa kali, mereka tidak berani serang saya, Saya ulang dengan perkataan lain pula, dengan menyatakan, " Awak semua tahu tak, Saya bos di kawasan ini, siapapun tidak boleh lawan saya, saya dilantik menjaga kawasan ini' dengan suara yang lantang. Saya ulang lagi, " kalau awak tidak mahu serang saya, saya akan serang awak satu persatu, Saya sedikit pun tidak takut dengan awak semua" - " seranglah saya kalau berani buat apa awak serang kawan awak", selepas itu, " ok , sekarang saya serang awak" . Kemudiannya saya pun menyerang (menangkap) salah seorang daripada mereka dengan memegang kedua-dua tangannya, setelah meronta-ronta kemudian jatuh ke bawah dan diangkat ke bilik dan diberi rehat, seterusnya saya bertindak mengkap seorang demi seorang sehingga selesai, ketiga-tiga pelajar tersebut di bawa ke bilik sama untuk berehat.
Setelah jatuh badan mereka menjadi lemah dan lembek, kemudian barulah mereka sedar dan waras.
Semasa berehat ketiga-tiga pelajar tersebut berasa dahaga dan meminta air, saya tidak terus memberi air kepada mereka kerana bimbang akan tindakbalasnya , sebaliknya menjemput jiran berhampiran iaitu Pak Cik Saidi untuk memberi pertolongan dan membuat sedikit air penawar. Rumah Pak Cik Saidi terletak di seberang jalan dan rapat dengan pagar Istana Bukit Siren.Jiran lain yang berdekatan ialah En.Ibrahim, Cikgu Kalthom , Kakak dan abang angkat saya ( En.Abd.Rahman Hj.Daud dan Khatijah Jidon ) serta keluarga Ah Kaw, mereka sekeluarga fasih berbahasa Melayu

Dua hari selepas peristiwa itu dua pelajar datang memberi tahu saya bahawa setiap kali mereka solat berseorangan setelah memberi salam terakhir mereka terlihat makmum berjubah hijau berada di belakang mereka. kata mereka ini berlaku sejak sebelum peristiwa tersebut. Mereka meminta pandangan saya siapakah gerangan makhluk itu, saya menyatakan kepada mereka Malaikat tidak menakutkan orang dan tidak menyusahkan orang, kata saya rasanya makhluk itu adalah makhluk jin.
Rupa-rupanya para pelajar ini menuntut atau belajar seni silat pada setiap hari sabtu iaitu hari kelepasan asrama.
Kemudian para pelajar yang terlibat dinasihatkan supaya berhenti daripada mempelajari silat tersebut.
________________

Untuk Renungan

"Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan
harta-harta mereka kerana riya kepada manusia,
dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah
dan kepada hari kemudian. Barang siapa yang
mengambil syaitan itu menjadi temannya,
maka syaitan itu adalah teman yang
seburuk-buruknya".
Surah An.Nisak. Ayat 38
___________________
Catatan:
Jin dan syaitan berada di mana-mana, di udara, di dalam tanah dan di dalam air.
Ini bermakna mereka juga boleh hidup di dalam badan kita.
Banyakkan beribadat dan berpegang teguh kepada aqidah yang benar, insya Allah jin, syaitan dan iblis akan menjauhi kita.
________

Sekian dahulu sehingga bertemu lagi, wassalam.

__________________

Ulasan anda dihargai:

Delete
Blogger KUNTONG said...

Salam:
Wah, ini ceta lama,macam boleh jadi bomoh. Bomoh orang yang terasuk syaitan. Tahniah. Cara yg anda lakukan memang tepat.
Tahniah.

April 13, 2009 10:24 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam.
Teringat masa dulu., zaman banyak hantu, sekarang hantu dah lari masuk komputer bergerak di alam maya, kita boleh tangkap dia dengan Broadband. hai lawak pula Leenoh jadi tok Moh,
Nak tegelak la hang kata macam tu. tak dak apa nak cerita, ambik yang tersimpan dalam stor minda last kopek punya. hehehe

April 13, 2009 10:59 PMDelete


Blogger Ad Rifza said...

Wahh boleh tangkap antu ek?..hehe..
Ramai sangat antu skrg..Dalam TV pn semua cite skrg banyak cite antu jer..huhu...

April 14, 2009 7:31 AM

Delete
Blogger zaidi ali said...

Salam,
Jin, iblis & syaitan kerjanya menyesatkan. Semakin kuat iman semakin banyaklah taktik digunakan. Manusia yang runtuh iman sememangnya sudah 'saudara'.

Hati-hatilah menuntut ilmu silat kebatinan yang banyak besahabat dengan jin. Sekiranya lemah iman lebih baik jauhkan.

April 14, 2009 9:25 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Ad.Rifza.
Sebenarnya bukan tangkap hantu, tangkap orang yang dirasuk hantu syaitan,
Selepas ditangkap, pelajar berkenaan menjadi lemah longlai dan sedar diri kembali dan dia berasa lemah dan dahaga.
kalau tangkap hantu, itu lain pula ceritanya, saya hanya tangkap orang je. he3

April 14, 2009 11:17 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam zaidi Ali.
Memang betul kata anda,Islam melarang kita berpakat atau berkawan dengan hantu.
Islam mengajar kita supaya sentiasa menjauhkan diri daripada hantu atau syaitan sebab itu setiap kali kita memulakan pekerjaan atau makan disurah baca taauwuz ( Aauzubillahi minasy syaitaanir rajiim - aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam )

April 14, 2009 11:26 AM

Delete
Blogger Dee said...

Pengalaman yg menarik leenoh..seronok baca..

April 14, 2009 2:46 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Dee,
Saya bernasib baik sahaja, dapat menyelesaikan masalah itu. Bukan kerana kepakaran yang ada.
Pada masa itu masih muda, belum berpengalaman, tindakan yang dibuat itu hanya tekaan kepada petua yang sedia ada, nasib baik mengena.
Bekalan sebenar yang saya miliki ketika itu ialah tiada perasaan takut kepada hantu atau situasi yang sedang berlaku.

April 14, 2009 2:54 PMDelete

________________________________

Blogger ijechan said...

salam pak ngah..

naik bulu roma walaupun baca entri ni petang-petang gini. ehe.

teringat kisah seram masa duk asrama dulu. asrama maktab ni pun tak kurangnya. dah 55tahun usia maktab ni.


alhamdulillah, sepanjang 5 tahun ije kat sini, takde sebarang benda pelik yang berlaku pd ije. =D

April 14, 2009 3:49 PM

_________________________
Delete
Blogger Mak Su said...

hijau? itu jin tu.

rasukan? ada gaks pengalaman tgk org kena rasuk kat asrama. wah.. menarik ni, nanti saya nak ceritakanlah.

April 14. 2009 6.16 PM
Delete
Blogger Leenoh said...

Salam,
Ijechan n Mak Su.
Saya perhatikan hantu syaitan atau jin syaitan ini mereka suka mempengaruhi atau merasuk orang yang imannya sederhana yang kekadang ingat kekadang lupa atau orang tempat saya sebut sebagai sam-sam, kalau kuat iman, mereka tidak berani kacau.
Juga kalau manusia berperangai macam jin pun mereka tak kacau sebab agaknya dah jadi geng.
Ijechan dan Mak Su jangan pula percaya, ini bukan kajian, hanya agakan kromo saya je, hehehe...

April 14, 2009 6:35 PM

_______________________________


Blogger zaidi ali said...

Salam.
Cermin kereta saya pernah di hentam objek berbungkus kain putih sebesar bayi. Waktu tu jam 10 mlm ketika melalui L/raya Timur Barat menuruni Gunung Paku. Objek melayang tepat menghentam cermin sisi dengan bunyi yang kuat. Alhamdulillah saya langsung tidak terkejut atau takut dan dapat kawal kereta. Mungkin sebab saya ada membaca surah2 sepanjang perjalanan dari Jeli. Sebelah kiri cenuram, sebelah kanan ada sebuah kereta bertentangan arah. Jalan pula licin sebab hujan.

Jelas sekali syaitan hendak menakutkan saya supaya berlaku kemalangan maut dan mati dalam keadaan sesat (takutkan hantu bukan ingat Tuhan sedetik sebelum kemalangan maut). Alhamdulillah saya ingat Allah SWT semasa kejadian dan terselamat dari sebarang kemalangan.

Mungkin sudah banyak berlaku kemalangan maut yang disebabkan jelmaan hantu syaitan. Semoga dilindungi Tuhan.

April 14, 2009 9:20 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.
Suatu pengalaman yang menakutkan.

April 15, 2009 12:01 AM

Delete
Blogger Ibnurashidi said...

Salam,

Ya Jin ada dimana-mana..dalam saluran darah kita juga..

Jemput ke domain baru saya:

http://www.faridrashidi.com

April 15, 2009 10:48 AM


Blogger Leenoh said...

Salam,
Kerap juga anta hijrahkan domain, rajin sbb ada kemahiran. Ana dah kemaskini link utk anta.

April 15, 2009 12:38 PM

Delete
Blogger jannahazwan said...

salam...
budak2 peralihan pun wat cekgu ni naik hantu hari2...
dah tak larat nak naik hantu dah...la ni cekgu masuk tuleh kat papan hitam n suruh tuleh dlm buku.
cekgu terang bagai nk gila kat depan depa dok besembang macam kat market....bila la nak pencen ajaq peralihan...dah tak tahan....bole gila ni...

April 16, 2009 11:01 PM

Delete
Blogger Leenoh said...Salam anakku.

Comelnya cucu Tok Wan hehe. Semoga menjadi anak-anak yang soleh.


Abahpun pernah mengajar kelas Peralihan, ambil alih daripada cikgu lain yang angkat bendera putih kerana terlalu tertekan, munngkin auranya sangat rendah.Guru mengajar Kelas Peralihan adalah Guru Terpilih hehe.
Mungkin juga keturunan kot hehehe. Guru lelaki dah pupus agaknya.
Kawan abah (Cina) yang berpengalaman bagi tip macam mana nak selesai sebahagian masalah, abah pun ikut nasihat dia.
Semasa mengajar budak-budak itu dilarang bercakap sesama sendiri melainkan dengan guru, itupun selepas angkat tangan minta izin dan seorang demi seorang bukan cara beramai-ramai dan salah satu tangan budak-budak tu kena pegang mulut mereka masing-masing untuk memastikan mulut mereka tidak dibuka melainkan ketika menguap atau sangap sahaja dan tangan yang satu lagi digunakan untuk menulis. Ini bukan kejam atau zalim hanya sekadar sesuai dengan akhlak mereka, sehinggalah mereka berjanji dan benar-benar berdisiplin, barulah denda itu ditangguhkan.
Selepas itu kelas pun tenteram dan pengajaran dapat berjalan lancar dan ok. mungkin sebab abah lelaki kot.
Walau apa pun bersabarlah kerana ada orang lain di luar sana lebih susah lagi. jangan terlalu ideal, buat sekadar daya ja.semoga berjaya. Insya Allah.

__________________

Untuk Renungan.
"Wahai orang-orang yang beriman,
mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan sabar dan (mengerjakan) solat,
Sesungguhnya Allah beserta
orang-orang yang sabar".
Surah Al.Baqarah, ayat 153

April 17, 2009 6:42 AM

Delete
Blogger Tonker said...

dah wat segala mcm cara...tp la ni...cekgu pun takleh kerling bdk..depa kata psiko.mcm dah tak leh wat apa kat bdk la...la ni mmg akak x sentuh depa pun(rotan).dah tak tahan..tekanan....silap2 cekgu disalahkan takda sapa pun backup...:'(

April 22, 2009 9:58 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam.
Saya amat simpati dengan cikgu, semasa bertugas dulu, saya pernah menjadi guru disipin dan ramai guru perempuan mengadu hal seperti itu kepada saya kekadang cikgu sedang mengajar datang minta tolong, sedang saya juga sedang mengajar, untuk kebaikan bersama saya tinggalkan kelas dan pergi mengawal keadaan.
Perkara begini berlaku biasanya pihak sekolah tidak mahu menerima risiko dan kurang keberanian di pihak pentadbir untuk bertindak, jika ini berlaku maka sekolah berkeadaan seumpama sebuah negeri yang tiada undang-undang dan tiada mahkamah serta tiada penjara.
Disiplin pelajar tidak dapat diredakan kerana masalah yang dihadapi tidak dapat lagi ditangani dengan lidah dan air liur.
Kalau keadaan seperti ini cikgu terpaksalah ambil jalan sendiri yang lebih selamat dan sudah tentulah kena banyak bersabar,
setiap hari sebelum ke sekolah hendaklah mengadu kepada Allah Taala supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik pada hari tersebut dan hari-hari yang mendatang.
Saya rasa saya dapat mendalami secara mendalam perasaan cikgu itu.
Hanya itulah sahaja yang cikgu dapat lakukan buat sementara ini, selain daripada lakukan proses biasa dengan kawan-kawan dan guru disiplin.

April 22, 2009 10:37 PM

Delete
Delete



20 comments:

Rajesh Poudel said...

hi it's nice blog
visit my blog
www.rajesh420.blogspot.com
www.cricinfo33.blogspot.com

KUNTONG said...

Salam:
Wah, ini ceta lama,macam boleh jadi bomoh. Bomoh orang yang terasuk syaitan. Tahniah. Cara yg anda lakukan memang tepat.
Tahniah.

Leenoh said...

Salam.
Teringat masa dulu., zaman banyak hantu, sekarang hantu dah lari masuk komputer bergerak di alam maya, kita boleh tangkap dia dengan Broadband. hai lawak pula Leenoh jadi tok Moh,
Nak tegelak la hang kata macam tu. tak dak apa nak cerita, ambik yang tersimpan dalan stor last kopek punya. hehehe

Ad Rifza said...

Wahh boleh tangkap antu ek?..hehe..
Ramai sangat antu skrg..Dalam TV pn semua cite skrg banyak cite antu jer..huhu...

Anonymous said...

Salam,
Jin, iblis & syaitan kerjanya menyesatkan. Semakin kuat iman semakin banyaklah taktik digunakan. Manusia yang runtuh iman sememangnya sudah 'saudara'.

Hati-hatilah menuntut ilmu silat kebatinan yang banyak besahabat dengan jin. Sekiranya lemah iman lebih baik jauhkan.

Leenoh said...

Salam Ad.Rifza.
Sebenarnya bukan tangkap hantu, tangkap orang yang dirasuk hantu syaitan,
Selepas ditangkap, pelajar berkenaan menjadi lemah longlai dan sedar diri kembali dan dia berasa lemah dan dahaga.
kalau tangkap hantu, itu lain pula ceritanya, saya hanya tangkap orang je. he3

Leenoh said...

Salam zaidi Ali.
Memang betul kata anda,Islam melarang kita berpakat atau berkawan dengan hantu.
Islam mengajar kita supaya sentiasa menjauhkan diri daripada hantu atau syaitan sebab itu setiap kali kita memulakan pekerjaan atau makan disurah baca taauwuz ( Aauzubillahi minasy syaitaanir rajiim - aku memohon perlindungan Allah daripada syaitan yang direjam )

Dee said...

pengalaman yg menarik leenoh..seronok baca..

Leenoh said...

Salam Dee,
Saya bernasib baik sahaja, dapat menyelesaikan masalah tu. Bukan kerana kepakaran yang ada.
Pada masa itu masih muda, belum berpengalaman, tindakan yang dibuat itu hanya tekaan kepada petua yang sedia ada, nasib baik mengena.
Bekalan sebenar yang saya miliki ketika itu ialah tiada perasaan takut kepada hantu atau situasi yang sedang berlaku.

Cikgu Ije said...

salam pak ngah..

naik bulu roma walaupun baca entri ni petang-petang gini. ehe.

teringat kisah seram masa duk asrama dulu. asrama maktab ni pun tak kurangnya. dah 55tahun usia maktab ni.

alhamdulillah, sepanjang 5 tahun ije kat sini, takde sebarang benda pelik yang berlaku pd ije. =D

Mak Su said...

hijau? itu jin tu.

rasukan? ada gaks pengalaman tgk org kena rasuk kat asrama. wah.. menarik ni, nanti saya nak ceritakanlah.

Leenoh said...

Salam,
Ijechan n Mak Su.
Saya perhatikan hantu syaitan atau jin syaitan ini mereka suka mempengaruhi atau merasuk orang yang imannya sederhana yang kekadang ingat kekadang lupa atau orang tempat saya sebut sebagai sam-sam, kalau kuat iman, mereka tidak berani kacau.
Juga kalau manusia berperangai macam jin pun mereka tak kacau sebab agaknya dah jadi geng.
Ijechan dan Mak Su jangan pula percaya, ini bukan kajian, hanya agakan kromo saya je, hehehe...

Anonymous said...

Salam.
Cermin kereta saya pernah di hentam objek berbungkus kain putih sebesar bayi. Waktu tu jam 10 mlm ketika melalui L/raya Timur Barat menuruni Gunung Paku. Objek melayang tepat menghentam cermin sisi dengan bunyi yang kuat. Alhamdulillah saya langsung tidak terkejut atau takut dan dapat kawal kereta. Mungkin sebab saya ada membaca surah2 sepanjang perjalanan dari Jeli. Sebelah kiri cenuram, sebelah kanan ada sebuah kereta bertentangan arah. Jalan pula licin sebab hujan.

Jelas sekali syaitan hendak menakutkan saya supaya berlaku kemalangan maut dan mati dalam keadaan sesat (takutkan hantu bukan ingat Tuhan sedetik sebelum kemalangan maut). Alhamdulillah saya ingat Allah SWT semasa kejadian dan terselamat dari sebarang kemalangan.

Mungkin sudah banyak berlaku kemalangan maut yang disebabkan jelmaan hantu syaitan. Semoga dilindungi Tuhan.

Leenoh said...

Salam Zaidi Ali.
Terima kasih kerana berkongsi pengalaman.
Suatu pengalaman yang menakutkan.

Ibnurashidi said...

Salam,

Ya Jin ada dimana-mana..dalam saluran darah kita juga..

Jemput ke domain baru saya:

http://www.faridrashidi.com

Leenoh said...

Salam,
Kerap juga anta hijrahkan domain, rajin sbb ada kemahiran. Ana dah kemaskini link utk anta.

jannahazwan said...

salam...
budak2 peralihan pun wat cekgu ni naik hantu hari2...
dah tak larat nak naik hantu dah...la ni cekgu masuk tuleh kat papan hitam n suruh tuleh dlm buku.
cekgu terang bagai nk gila kat depan depa dok besembang macam kat market....bila la nak pencen ajaq peralihan...dah tak tahan....bole gila ni...

Leenoh said...

Salam anakku.
Abahpun pernah mengajar kelas Peralihan, ambil alih daripada cikgu lain yang angkat bendera putih kerana terlalu tertekan, munngkin auranya sangat rendah.
Kawan abah (Cina) yang berpengalaman bagi tip macam mana nak selesai sebahagian masalah, abah pun ikut nasihat dia.
Semasa mengajar salah satu tangan kena pegang mulut dan tangan satu lagi guna untuk tulis.
Barulah ok. mungkin dengan sebab abah lelaki kot.
Walau apa pun bersabarlah kerana ada orang yang lain lagi di luar sana lebih susah lagi. jangan terlalu ideal, buat sekadar daya ja.semoga berjaya. Insya Allah.

Tonker said...

dah wat segala mcm cara...tp la ni...cekgu pun takleh kerling bdk..depa kata psiko.mcm dah tak leh wat apa kat bdk la...la ni mmg akak x sentuh depa pun(rotan).dah tak tahan..tekanan....silap2 cekgu disalahkan takda sapa pun backup...:'(

Leenoh said...

Salam.
Saya amat simpati dengan cikgu, semasa bertugas dulu, saya pernah menjadi guru disipin dan ramai guru perempuan mengadu hal seperti itu kepada saya kekadang cikgu sedang mengajar datang minta tolong, sedang saya juga sedang mengajar, untuk kebaikan bersama saya tinggalkan kelas dan pergi mengawal keadaan.
Perkara begini berlaku biasanya pihak sekolah tidak mahu menerima risiko dan kurang keberanian di pihak pentadbir untuk bertindak, jika ini berlaku maka sekolah berkeadaan seumpama sebuah negeri yang tiada undang-undang dan tiada mahkamah serta tiada penjara.
Disiplin pelajar tidak dapat diredakan kerana masalah yang dihadapi tidak dapat lagi ditangani dengan lidah dan air liur.
Kalau keadaan seperti ini cikgu terpaksalah ambil jalan sendiri yang lebih selamat dan sudah tentulah kena banyak bersabar,
setiap hari sebelum ke sekolah hendaklah mengadu kepada Allah Taala supaya pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik pada hari tersebut dan hari-hari yang mendatang.
Saya rasa saya dapat mendalami secara mendalam perasaan cihgu itu.
Hanya itulah sahaja yang cikgu dapat lakukan buat sementara ini, selain daripada lakukan proses biasa dengan kawan-kawan dan guru disiplin.