Sunday, April 12, 2009

Tiada Lagi Kebahagian.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

_________________

Pada malam ini saya mempunyai masa lapang untuk menyambung cerita yang telah saya janjikan di entri yang telah lalu, di mana peristiwa yang kedua yang juga merupakan kenangan yang mengusik jiwa saya sehingga ke saat ini dan mungkin juga sehingga ke akhir hayat, kedua-dua peristiwa tersebut meronton jiwa saya supaya berasa sedih , kesal dan bercampur marah. Seolah-olah peristiwa tersebut menimpa atas diri saya sendiri kerana terasa anak-anak murid itu seperti anak kita sendiri. Persoalan terpaku di kepala mengapakan peristiwa seperti itu harus berlaku kepada pelajar yang usia mereka masih muda dan fikirannya masih mentah dan kehidupan mereka masih bergantung kepada ibu dan bapa.

Adakah terdapat di kalangan manusia yang pentingkan diri sendiri sehingga tidak dapat menjiwai perasaan orang lain, walaupun anak dan darah dagingnya sendiri. Bukankah kasih sayang itu melimpah ruah dikurniakan Allah kepada kita, kasih sayang ibarat cahaya di dalam sebuah bilik samada seorang atau beberapa orang berada di dalam bilik tersebut tidak akan mengaburkan cahayanya, semua orang akan menerima cahaya kadar yang sama. Begitulah juga sepatutnya ibu dan bapa mengagihkan kasih sayang mereka kepada anak-anak. Tetapi hakikatnya terdapat juga yang tidak dapat berbuat demikian.

Pada suatu petang, sebaik sahaja saya masuk ke dalam kelas, lantas seorang pelajar telah memberontak dengan menyerang kawan-kawannya yang telah menegur sikapnya yang kurang disenangi. Saya cepat-cepat bertindak mengawal keadaan dengan menyuruh mereka diam dan mengambil tempat masing-masing, semua kembali ke tempat duduk masing-masing, kecuali pelajar tersebut, walaupun ditegur beberapa kali beliau tidak memberi kerjasama, pada kebiasaannya tidak begitu, saya pun berasa hairan dengan sikapnya itu, rupa-rupanya pelajar ini telahpun beberapa hari menimbulkan masalah ketika guru lain mengajar, telah banyak laporan diserahkan kepada Penyelia Petang sebelum ini dan kawan-kawannya memaklumkan kepada saya bahawa pada petang tersebut pelajar ini akan didenda oleh Penyelia Petang.

Pada hemat saya pelajar ini tidak patut didenda lagi sebelum dibuat penyiasatan yang melibatkan ibu dan bapa beliau kerana sikapnya menggambarkan beliau menghadapi suatu tekanan yang kita tidak mengetahui dan memahaminya.

Untuk menyelamatkan pelajar ini saya mengambil kesempatan meninggalkan kelas sebentar untuk berjumpa dengan Penyelia Petang supaya menangguhkan dahulu keputusan mendenda pelajar tersebut dengan mencadangkan supaya pihak sekolah pergi ke rumahnya untuk memaklumkan perkara tersebut di samping menyiasat keadaan sebenar.

Pada petang itu juga saya diajak oleh Penyelia Petang supaya turut serta bersamanya ke rumah pelajar tersebut, sebenarnya ibu atau bapa pelajar tersebut telah beberapa kali diminta untuk ke sekolah bagi menyelesaikan masalah anak mereka. Ini berdasarkan maklumat yang disimpan oleh Penyelia Petang, saya tidak mengetahui hal tersebut kerana pelajar ini tidak pernah bermasalah dengan saya semasa pengajaran.

Kami membawa pelajar tersebut balik ke rumah yang jauhnya lebih kurang 4km dari sekolah. Sesampai sahaja di rumah beliau terus masuk ke dalam rumah sambil kami memerhatikan kelakuannya dar belakang, setelah dipelawa masuk oleh ibunya kamipun masuk ke ruang tamu dan memerhatikan kelaku-kelakat beliau dengan adik beradiknya. Bila sampai di rumah rupanya beliau dibuli oleh adik-adiknya, keadaan ini menghairankan kami.

Pemerhatian kami itu ialah ketika kami membuat temubual atau bertanyakan beberapa soalan yang diharapkan boleh merongkai masalah pelajar tersebut dan juga masalah sekolah.

Setelah lama kami berbincang dan bertanyakan soalan kepada ibunya, barulah rahsianya terbongkar, ibunya itu sebenarnya ibu tiri ( bukan semua ibu tiri jahat ) tetapi ibu tiri yang ini tidak melaksanakan keadilan terhadap anak tirinya. dia memenangkan anak-anaknya sebab itu,walaupun beliau berpangkat abang tetapi dibuli oleh adik-adaiknya. Ketika itu bapanya masih di tempat kerja, jadi kami hanya berbincang dengan ibunya sahaja, sepanjang perbualan itu ibu tiri itu berdolak dalik memberi jawapannya menyebabkan kami dapat melihat rahsianya lebih awal, mungkin kami diberi kebijaksanaan lebih daripada ibu tiri tersebut.

Untuk menenteramkan jiwa pelajar tersebut pihak sekolah memberi cuti rehat kepadanya beberapa hari, setelah kami berpuas hati, kami berdua pun balik ke sekolah.

Selepas rehat saya dapati pelajar ini berada di sekolah semula, memang beliau balik ke sekolah semula kerana baginya di sekolah lebih tenteram dan tidak siapa yang berani membulinya, manakala di rumah tiada lagi kebahagian baginya seperti kanak-kanak lain.

Dendamnya kepada adik-adik dilepaskannya geram itu di sekolah dengan membuli kawan-kawan sekelasnya. Ibu dan bapanya sendiri yang telah memusnahkan kebahagiannya kerana perceraian dan meleraikan perkongsian mendidiknya

Kejadian ini berlaku semasa saya bertugas di Johor Baru, untuk mengetahui lebih lanjut semak entri sebelum ini.

Sekian dahulu, sehingga bertemu lagi pada tajuk dan peristiwa yang lain.

wassalam.
________________________

Ulasan anda dihargai.
Blogger Izzah Marzuki said...

Salam,

Sadisnya nasib pelajar tu.. bukan dia yg bersalah, keadaan di sekelilingnya yang menjadikan dia begitu.. ibu bapa yang sepatutnya berikan kasih sayang seadilnya.. bapa sebagai ketua keluarga yang perlu mainkan peranan yang sepatutnya..

April 13, 2009 8:14 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam, Izzah Marzuki.
Marilah kita sama-sama berdoa agar anak-anak kita, juga anak cucu kita sentiasa mendapat rahmat Allah.
Semoga Allah memelihara kebahagian hidup keluarga kita,amin.

April 13, 2009 8:22 AM


2 comments:

♥ Izzah Marzuki said...

Salam,

Sadisnya nasib pelajar tu.. bukan dia yg bersalah, keadaan di sekelilingnya yang menjadikan dia begitu.. ibu bapa yang sepatutnya berikan kasih sayang seadilnya.. bapa sebagai ketua keluarga yang perlu mainkan peranan yang sepatutnya..

Leenoh said...

Salam, Izzah Marzuki.
Marilah kita sama-sama berdoa agar anak-anak kita, juga anak cucu kita sentiasa mendapat rahmat Allah.
Semoga Allah memelihara kebahagian hidup keluarga kita,amin.