Friday, April 24, 2009

BAHASA MELAYU KITA


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Jom. kita usik-usik minda sama ada kita masih menguasai atau tidak "Bahasa Melayu Kita" sekurang-kurang dapat menunjukkan kecintaan kita kepada bahasa tersebut. Kata orang Bahasa Jiwa Bangsa. Pada pemerhatian secara sambil lalu, maksudnya tidak begitu serius terhadap pemerhatian yang dimaksudkan. Orang kita biasanya sangat mengambil berat mengenai kesalahan dan kesilapan dalam ejaan atau struktur bahasa Inggeris tetapi kurang mengambil berat mengenai bahasa kita sendiri, saya harap anda tidak percaya dengan kenyataan ini kerana kenyataan ini bukanlah hasil kajian teliti dari mana-mana pihak atau institusi, sekadar tanggapan saya sahaja.Oleh itu biarlah perkara ini berlaku di dalam minda saya seorang sahaja.

Baiklah untuk meringkaskan masa dan cepat menuju ke matlamat dan objektif tulisan ini. Saya mengajak anda membuat penilaian terhadap beberapa ungkapan bahasa atau ayat bahasa Melayu kita yang akan diperturunkan di bawah ini, iaitu sejauh manakah betul atau salahnya penggunaan ayat tersebut. jika anda seorang yang menyedari dalam hal ini atau ahli bahasa Melayu atau mahasiswa atau mahasiswi dalam bidang berkenaan tentulah dapat memberi huraian kepada saya atau kepada pembaca tajuk ini.

Pendirian saya tentang perkara tersebut masih was-was atau belum yakin tentang salah atau betulnya itu dan belum layak diketengahkan untuk diterimapakai. Oleh itu saya akan menunggu ulasan dan teguran anda.

Di antara ungkapan atau ayat tersebut ialah:

(1) Tuan Pengarah.........., Tuan Pengetua........, Tuan Pengerusi.......... dan seumpamanya.

(2) Datuk Setiausaha Kerajaan......., Datuk Pengerusi ......, Datuk Seri Presiden... dan seumpamanya.

(3) Sekolah Menengah Agama Hutan Tebal, Sekolah Agama Kelapa Sebatang dan seumpamanya.

(4) Pejabat Agama Pekan Lama, Pejabat Agama Sri Menanti dan seumpamanya.

Apa yang dicatatkan di atas adalah sebahagian daripada contoh-contohnya sahaja, mungkin ada banyak lagi yang boleh diketengahkan atau dikongsi bersama.


Ulasan lanjutnya sila baca tajuk " Inginkan Kepastian"


Sekian. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Wassalam.

No comments: