Saturday, April 25, 2009

Inginkan Kepastian

Gambar Hiasan

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Persoalan yang telah dikemukan semalam belum terjawab, mungkin persoalan ini kurang tersentuh dan kurang penting untuk dibincangkan, melihat kepada kehadiran pelawat ramai juga yang membacanya, tajuk popular di kalangan pembaca blog ini ialah " Kertas Kerja Kursus Peningkatan Syahsiah (sahsiah) Pelajar Islam". Namun demikian tajuk tersebut juga tiada sebarang ulasan atau komen daripada pembaca tetapi ramai yang memanfaatkannya, alhamdulillah situasi ini dianggap telah mencapai matlamatnya. Tajuk semalam yang belum terjawab itu adalah seperti yang saya ulang siar di bawah ini.

Jom. kita usik-usik minda sama ada kita masih menguasai atau tidak "Bahasa Melayu Kita" sekurang-kurang dapat menunjukkan kecintaan kita kepada bahasa tersebut. Kata orang Bahasa Jiwa Bangsa. Pada pemerhatian secara sambil lalu, maksudnya tidak begitu serius terhadap pemerhatian yang dimaksudkan. Orang kita biasanya sangat mengambil berat mengenai kesalahan dan kesilapan dalam ejaan atau struktur bahasa Inggeris tetapi kurang mengambil berat mengenai bahasa kita sendiri, saya harap anda tidak percaya dengan kenyataan ini kerana kenyataan ini bukanlah hasil kajian teliti dari mana-mana pihak atau institusi, sekadar tanggapan saya sahaja.Oleh itu biarlah perkara ini berlaku di dalam minda saya seorang sahaja. Baiklah untuk meringkaskan masa dan cepat menuju ke matlamat dan objektif tulisan ini. Saya mengajak anda membuat penilaian terhadap beberapa ungkapan bahasa atau ayat bahasa Melayu kita yang akan diperturunkan di bawah ini, iaitu sejauh manakah betul atau salahnya penggunaan ayat tersebut. jika anda seorang yang menyedari dalam hal ini atau ahli bahasa Melayu atau mahasiswa atau mahasiswi dalam bidang berkenaan tentulah dapat memberi huraian kepada saya atau kepada pembaca tajuk ini. Pendirian saya tentang perkara tersebut masih was-was atau belum yakin tentang salah atau betulnya itu dan belum layak diketengahkan untuk diterimapakai. Oleh itu saya akan menunggu ulasan dan teguran anda.


Di antara ungkapan atau ayat tersebut ialah:


(1) Tuan Pengarah.........., Tuan Pengetua........, Tuan Pengerusi.......... dan seumpamanya.

(2) Datuk Setiausaha Kerajaan......., Datuk Pengerusi ......, Datuk Seri Presiden... dan seumpamanya.

(3) Sekolah Menengah Agama Hutan Tebal, Sekolah Agama Kelapa Sebatang dan seumpamanya.

(4) Pejabat Agama Pekan Lama, Pejabat Agama Sri Menanti dan seumpamanya. Apa yang dicatatkan di atas adalah sebahagian daripada contoh-contohnya sahaja, mungkin ada banyak lagi yang boleh diketengahkan atau dikongsi bersama.

Tajuk atau "entri" ini sehingga saat ini belum mendapat apa-apa maklumbalas atau ulasan dari pengunjung. Oleh itu saya akan meneruskan usikan minda di dalam perjumpaan kali ini pula. Semasa saya masih bertugas sebagai guru dahulu, saya dimaklumkan oleh guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu bahawa penggunaan gelaran seperti saya paparkan di atas bukanlah cara yang betul kerana gelaran sepatutnya tidak dipadankan dengan jawatan, sebaliknya gelaran dipadankan dengan individu atau nama individu, sekiranya tulisan seperti itu dituliskan di dalam jawapan peperiksaan Bahasa Melayu sudah tentu akan dipersalahkan oleh pemeriksa. Adakah sekarang telah dibolehkan saya tidak dapat memastikannya, kemungkinan berlaku demikian tidak dapat dinafikan dengan sewenang-wenangnya kerana bahasa sesuatu bangsa itu sentiasa hidup dan berkembang, dan terus berkembang. Buat masa ini saya masih beranggapan bahawa penggunaan seperti di atas adalah tidak tepat. Walaupun sering digunakan di dalam ucapan majlis-majlis yang besar atau ternama.

Kalau mengikut kata guru bahasa Melayu yang memaklumkan perkara ini kepada saya sepatutnya penggunaan tersebut adalah seperti berikut:


(1) Tuan Hj.Ahmad.............., Tuan Syed Kassim.........., Tuan Hj. Harun.......

(2) Datuk Ahmad............., Datuk Syed Kassim........, Datuk Harun.......

(3) dan (4) Perkataan "agama" yang tercatat itu adalah umum, tersiratnya memanglah agama Islam. Itupun jika dibaca oleh orang Islam atau orang Malaysia, mungkin dari segi undang-undang makna tersirat itu tidak boleh digunapakai wallahu aklam.
sekiranya dibaca dari segi tersurat perkataan " agama " yang digunakan itu boleh ditafsir maknanya kepada berbagai agama.( Islam, Kristian, Budha dan seumpamanya ). Ini adalah pada pandangan saya sendiri, mungkin boleh dipertikaikan lagi atau mempunyai pandangan yang lain yang lebih baik dan sempurna.

Demikianlah kesan usikan minda saya terhadap penggunaan ungkapan dan penggunaan perkataan tersebut, Tiada sebarang tujuan disebalik tulisan ini, Cuma paparan ini sekadar inginkan kepastian dan membuka medan perbincangan sahaja.

Sekian. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

salam.. lame x singgah.. blog sy br bgn dr tido.. hehe..

sy suke entri ni. sy pencinta bahasa.huhu.. bila di fikirkn blk ape yg anda tuliskan memang benar mengikut secara logik.

sy nk kongsi satu lg iaitu perkataan "MENGENAI".

contoh: "hari ini kita bincang MENGENAI kereta"

apa yg anda fhm perkataan tersebut? seolah sesuatu objek dilontarkan lalu MENGENAI kereta bukan?

kalo ikut sebaiknya MENGENAI itu ditukarkn kpd TENTANG.. hehe peace!!

Leenoh said...

Salam.
Saya sebenarnya bukan seorang guru bahasa tetapi pernah juga mengajar bahasa dan memeriksa kertas bahasa Melayu SRP dan PMR, buat sekian lama , taraf penguasaan bahasa Melayu hanya di peringkat rendah sahaja,( saya bukan kursus bidang bahasa Melayu)
Pada saya kedua-dua perkataan itu boleh digunakan kerana perkataan "mengenai" itu boleh difahami secara objek ( kena objek) dan yang satu lagi membawa makna secara maknawi atau abstrek.