Wednesday, April 29, 2009

KEWAJIPAN MENUTUP 'AURAT.



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


ULASAN ANDA DIHARGAI


Berikut adalah ulasan yang diposkan oleh pengunjung laman blog ini mengenai tajuk

" HUKUM MENUTUP 'AURAT - WANITA ISLAM " .

Saya rasa sangat tertarik dengan ulasan tersebut kerana ianya sangat membantu dalam usaha ke arah merealisasikan perintah Allah yang dimaksudkan di dalam entri tersebut. Untuk menghargai dan memanfaatkan ulasan tersebut maka saya panjangkan ulasan mereka ke entri ini, dengan harapan lebih ramai lagi pengunjung dapat membacanya.

Berikut adalah ulasan mereka:

Blogger Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Entry yang sangat baik dan sentiasa sesuai dengan masa. Rasa nak terus pakai jilbab dan purdah setelah membacanya.. hehehe.. Mudah-mudahan pesanan Pak Ngah ini dibaca dan difahami oleh semua golongan wanita. Moga-moga kita semua mendapat manfaatnya..

April 29, 2009 7:04 AM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Hani,
Alhamdulillah cara Hani mengenakan pakaian telah mampu memberi contoh kepada orang lain.

Kalau nak pakai jilbab sekali sekala apa salahnya.

Pakaian menutup muka itu hanya jika perlu atau ada keinginan melakukannya, jika seseorang wanita itu tersangat cantik sehingga lelaki terpukau melihatnya, maka ketika itu telah terdapat keperluan menutupnya.

Dalam hal begini Pak Ngah pun rasa berat juga untuk menulisnya kerana di dalam lingkungan sendiri pun masih belum selesai.

Cuma Pak Ngah berpegang kepada kata-kata bahawa kalau tidak mampu melakukan semuanya, janganlah pula ditinggalkan semuanya.

April 29, 2009
7:37 AM

Delete
Blogger zaidi ali said...

Salam.
Menutup aurat wanita hukumnya wajib. Tiada alasan kerana sudah terkalam sebagai perintah Tuhan. Malah kelonggaran dari sebab-sebab kesihatan tidak pula terkalam. Sekiranya ada, perlulah merujuk hadis-hadis sahih dan ijtimak ulamak. Mengenai balasan kepada yang engkar menutup aurat tidak perlu saya sebutkan kerana begitu menak
utkan. Demikianlah secara hukum.

Tujuan dihukum sedemikian sesungguhnya untuk kebaikan dan yang nyata sekali ialah untuk mengelak maksiat mata, maksiat hati (tanggapan buruk), maksiat mulut (fitnah), maksiat tangan (orang lelaki faham), khalwat, sumbang mahram, zina, rogol, anak-anak zina
, cerai dan seterusnya kehancuran sesebuah umat atau negara (rasuah zina).

Nabi Adam sendiri diturun martabat ahli syurga dan dihumban ke bumi kerana engkar arahan Tuhan (memakan buah di syurga yang mengakibatkan aurat Adam dan Hawa terserlah). Berpeganglah kita kepada perintah Tuhan (dalam surah al-A'raf) yang begitu keras yang bermaksud,

"Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka iaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dari mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang yang kekal (dalam syurga)." (ayat 20)

"maka syaitan memujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. Tatkala keduanya telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?" (ayat 22)

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (ayat 26)

"Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman." (ayat 27)

Sama-samalah kita saling mengingati..insya Allah.

April 29, 2009 9:34 AM

_______________________

Delete
Anonymous Anonymous said...

Terima kasih,saudara telah memberi respon di atas tajuk yang saya sarankan.Semoga menjadi peringatan dan renungan kepada orang-orang yang berakal(ulul albab)yang mahu mengambilnya sebagai langkah menuju mardhatillah(keradhaan ALLAH).Betapa hebat dan bahagia serta bertuahnya orang-orang yang dianugerah dengan kecantikan dan memiliki rupa parasnya yang menawan tetapi sentiasa mensyukuri ALLAH dengan menjaga batas-batas auratnya.
Malangnya segala amaran dan peringatan ini sentiasa terlepas pandang dan dianggap remeh oleh golongan yang menganggap diri mereka intelek dan up to date.Bagi saya orang yang benar-benar intelek ialah orang yang keintelekannya itu tidak bercanggah dengan SYARIAT ALLAH kerana itulah fitrah manusia.Dan ISLAM itulah sebenarnya up to date,dulu,kini dan sehingga qiamat,merentasi masa ketika, tempat,bangsa dan benua.
Marilah kita tanya diri kita dan renungkan ungkapan ini:
Berseronoklah kamu sepuas-puasnya tapi INGAT kamu tetap akan mati.
Carilah harta kekayaan sepuas-puasnya tapi INGAT kamu tetap akan mati dan tinggal segalanya.
Janganlah kita tertipu dengan sering menangguh melakukan ketaatan sedangkan MAUT datang tidak pernah diundang.
Marilah kita berdoa semoga kita dan zuriat kita serta orang-orang yang masih degil dengan berbagai alasan yang remeh diberi
hidayah ALLAH dan terlepas daripada azab ALLAH .....AMIN!
Semoga ALLAH memberi kekuatan dan kesihatan tubuh dan akal kepada saudara untuk terus menulis.(arba)

April 29, 2009 10:54 AM

__________________
Delete
Anonymous Anonymous said...

Shabas di atas keperihatinan saudara mengutarakan tajuk Menutup Aurat yang memang wajib kepada semua muslim muslimat.Kena tepat masanya yang rata2 ingin mengikut era menutup aurat khasnya bagi wanita secara ikhlas mengikut perintah Allah atau sekadar fesyen semata2.Terpulanglah kepada niat masing2,kiranya kerana Allah dapatlah pahalanya tapi kalau berfesyen dikira sebagai menutup aurat,pahalanya terpulanglah kepada Allah.....
Cuma kadang2 masyarakat kita kurang faham apa yang dikatakan AURAT itu? Oleh itu timbullah berbagai cara dan fesyen yang dipakai oleh wanita kini.
Ringkasnya Bahasa yang mudah kita faham bagi wanita iaitu menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tangan dengan pakaian tanpa menampakkan bentuk2 tubuh badan yang menghairahkan.
Oleh kerana salah faham inilah,wanita2 ada yang memakai t/shirt dan seluar ketat dan menutup kepala.Ada yang pakai t/shirt lengan pendek,ada pula yang pakai tutup elok,baju kurung tapi tak bertudung pula,ada yang bertudung sekadar letak di bahu saja dan bermacam2 lagi.Semua bentuk pakaian ini TIDAK MENEPATI SYARAK dan tetap dikira TIDAK MENUTUP AURAT.Oleh itu pakailah cara yang ALLAH
perintah.......JANGAN JADI SEPERTI Sabda Nabi bermaksud DI AKHIR ZAMAN INI RAMAI WANITA BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG, wal- iyazubillah.
Satu perkara lagi yang nampak sekarang ramai wanita menutup aurat menepati syarak tapi bertbarruj(berhias) pula dengan eyeshadow,lipstip,wangian dll.Sedangkan perkara ini dilarang kepada wanita2 ynag ingin keluar rumah.Tak bolehkah bersolek sekadar biasa saja? Allah menyatakan larangan ini di dalam Al-Quran" Dan janganlah kamu bertabarruj seperti jahiliah bertabarruj"
Ingatlah.....kasihanlah kepada kaum lelaki yang berdosa akibat memandang pendedahan wanita dan INGATLAH JUGA WANITA YANG MENDEDAH AURAT MENDAPAT DOSA SETIAP ORANG YANG MEMANDANGNYA.Bayangkanlah dan cuba caculate BERAPA BANYAK DOSA YANG DITEMPAH SETIAP SAAT lebih-lebih lagi rupanya tertera di kaca TV.wallahuaklam.
Kesimpulannya aurat ni berbagai:
1.lelaki sesama lelaki
2.lelaki dengan mahram
3.lelaki dengan wanita bukan
mahram
4.wanita sesama wanita muslim
5.wanita dengan wanita bukan
muslim
6.wanita dengan khunsa wadeh,syubahah dll

April 30, 2009 12:12 PM

_____________________

Delete
Delete
Blogger Leenoh said...

Salam Sdr.Zaidi Ali dan Arba,
Terima kasih di atas ulasan yang diberikan, ulasan anda jelas dan senang difahami, tidak perlu lagi saya mengulasnya.

April 29, 2009 12:21 PM

_______________
Sekian. Wallahu aklam. Wassalam.


Delete

4 comments:

Faridrashidi said...

Salam,

Suatu entri yang memberi info kepada pembaca. Alhamdulillah, teruskn.

Leenoh said...

Salam.
Terima lasih.Faridrashidi.

Anonymous said...

Shabas di atas keperihatinan saudara mengutarakan tajuk Menutup Aurat yang memang wajib kepada semua muslim muslimat.Kena tepat masanya yang rata2 ingin mengikut era menutup aurat khasnya bagi wanita secara ikhlas mengikut perintah Allah atau sekadar fesyen semata2.Terpulanglah kepada niat masing2,kiranya kerana Allah dapatlah pahalanya tapi kalau berfesyen dikira sebagai menutup aurat,pahalanya terpulanglah kepada Allah.....
Cuma kadang2 masyarakat kita kurang faham apa yang dikatakan AURAT itu? Oleh itu timbullah berbagai cara dan fesyen yang dipakai oleh wanita kini.
Ringkasnya Bahasa yang mudah kita faham bagi wanita iaitu menutup seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tangan dengan pakaian tanpa menampakkan bentuk2 tubuh badan yang menghairahkan.
Oleh kerana salah faham inilah,wanita2 ada yang memakai t/shirt dan seluar ketat dan menutup kepala.Ada yang pakai t/shirt lengan pendek,ada pula yang pakai tutup elok,baju kurung tapi tak bertudung pula,ada yang bertudung sekadar letak di bahu saja dan bermacam2 lagi.Semua bentuk pakaian ini TIDAK MENEPATI SYARAK dan tetap dikira TIDAK MENUTUP AURAT.Oleh itu pakailah cara yang ALLAH
perintah.......JANGAN JADI SEPERTI Sabda Nabi bermaksud DI AKHIR ZAMAN INI RAMAI WANITA BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG, wal- iyazubillah.
Satu perkara lagi yang nampak sekarang ramai wanita menutup aurat menepati syarak tapi bertbarruj(berhias) pula dengan eyeshadow,lipstip,wangian dll.Sedangkan perkara ini dilarang kepada wanita2 ynag ingin keluar rumah.Tak bolehkah bersolek sekadar biasa saja? Allah menyatakan larangan ini di dalam Al-Quran" Dan janganlah kamu bertabarruj seperti jahiliah bertabarruj"
Ingatlah.....kasihanlah kepada kaum lelaki yang berdosa akibat memandang pendedahan wanita dan INGATLAH JUGA WANITA YANG MENDEDAH AURAT MENDAPAT DOSA SETIAP ORANG YANG MEMANDANGNYA.Bayangkanlah dan cuba caculate BERAPA BANYAK DOSA YANG DITEMPAH SETIAP SAAT lebih-lebih lagi rupanya tertera di kaca TV.wallahuaklam.
Kesimpulannya aurat ni berbagai:
1.lelaki sesama lelaki
2.lelaki dengan mahram
3.lelaki dengan wanita bukan
mahram
4.wanita sesama wanita muslim
5.wanita dengan wanita bukan
muslim
6.wanita dengan khunsa wadeh,syubahah dll

Leenoh said...

Salam.
Terima kasih di atas respon yang menambahkan lagi pengetahuan mengenai 'AURAT.
Apa pun untuk melaksanakan sesuatu seseorang itu memerlukan ilmu. Jika melakukannya secara taqlid ditakuti akan tersasar dari tujuan sebenar.
Kita berharap dari entri dan ulasan-ulasan yang diberikan mereka yang berkenaan akan bertindak mencari guru dan menambahkan ilmu mereka.
Kalau anda ada masa lapang tuliskan satu tajuk yang berfaedah dan email kepada saya dan tajuk tersebut dapat saya muatkan di dalam laman ini. Insya Allah.