Wednesday, April 22, 2009

Aku mengusik minda sendiri

Dunia global.
_____

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Pada petang ini saya mempunyai masa senggang yang agak banyak dan teringin menulis sesuatu tetapi tiada sebarang ilham dan idea untuk menulis,. Rasanya inilah kalau hendak dikatakan idea untuk entri ini.

Ini bukan soalan untuk anda menjawabnya atau "tag" yang selalu diistilahkan oleh pemblog yang saya sendiripun tidak mengetahui asal usulnya. Tetapi tidak menjadi kesalahan kalau anda ingin menjadikan soalan-soalan ini sebagai tag untuk diri sendiri atau dipanjangkan kepada orang lain.
Ketika masa lapang yang saya miliki bersama manusia lain di dunia ini saya terfikir perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini. Perkara inilah yang saya maksudkan sebagai " Aku mengusik minda sendiri"

(1) Kalaulah anda berada di dalam sebuah kapal yang sederhana besarnya sedang belayar di tengah lautan ketika hujan turun dengan lebatnya dan diikuti dengan angin dan ribut yang sederhana kuatnya. Siapakah atau apakah yang anda ingat ketika itu ?.

Jawapan:
Tentulah ketika itu pertama sekali saya ingat Allah kerana dalam ketakutan itu saya akan memohon ampun " astaghfirullahal azim..........." juga berdoa dan berdoa dan terus berdoa supaya Allah selamatkan saya dan mereka yang bersama di dalam kapal itu, kerana peristiwa itu memakan masa yang lama, maka saya juga ingat anak isteri, ibu , ayah dan keluarga yang lain kerana saya tidak pasti akan keselamatan saya pada hari itu, mungkin ajal telah hampir tiba itulah di antara andaian yang bermain di minda.

(2) Kalaulah ditakdirkan anda dipanjangkan umur apakah tindakan anda seterusnya selepas mendarat nanti dan siapakah orang yang pertama yang akan anda certitakan peristiwa ini dan mungkinkah dalam cerita itu akan ada tokok tambahnya pula?.

Jawapan:
Tindakan pertama yang akan saya lakukan tentulah saya akan sujud syukur kerana meluahkan rasa terima kasih kepada Allah yang menyelamatkan kami,
orang yang pertama yang akan saya ceritakan mengenai peristiwa ini tidak dapat saya tentukan.
Mungkin sahabat atau ahli keluarga yang mula-mula saya jumpa iaitu sebaik sahaja saya mendarat.
Tidak, saya tidak akan menokok tambahkan ceritanya, malah saya hanya akan menceritakannya sebahagian daripadanya sahaja kerana dalam keadaan kelamkabut itu saya sendiripun tidak mengetahui semua peristiwa yang berlaku.

(3) Ok. ini cerita lain pula, Empat hari yang lepas anda telah mengeluarkan wang gaji daripada bank simpanan anda, setelah anda berbelanja bermacam-macam dalam beberapa hari ini. Secara sepontan saya bertanyakan jumlah wang yang masih ada di dalam dompet atau " wallet" anda adakah anda boleh memberikan jumlah yang tepat ?.

Jawapan:
Tidak. Saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat kerana kebiasaan saya hanya mengira wang baki yang ada di dalam dompet saya secara kasar atau rambang sahaja, tidak mengira sehingga ke jumlah sen yang terakhir. mungkin tabiat saya berlebih kurang sahaja dalam hal tersebut, tegasnya bukan seorang yang sangat teliti.

(4) Setelah anda balik ke rumah selepas membeli belah atau sebagainya, adakah anda membiarkan sahaja dompet anda itu berada di dalam poket seluar atau baju anda sahaja ?

Jawapan:
Ya. Saya biarkan sahaja dompet itu berada di dalam poket seluar sahaja, Kalau saya ingin membasuh seluar itu barulah segala apa yang ada di dalam poket seluar itu akan dikeluarkan dan diletakkannya ditempat lain yang lebih selamat.

(5) Anda tidak mengeluarkan dompet itu daripada poket seluar, perbuatan ini terdedah kepada kecurian, sering kita dengar seluar dikait oleh pencuri dari luar rumah dan diambilnya, untuk memastikan perkara ini tidak berlaku di manakah anda sangkut seluar anda ?.

Jawapan:
Hal ini sentiasa membimbangkan saya, saya tidak akan menyangkutnya di tepi tingkap rumah atau di tempat yang boleh dikait begitu rupa oleh pencuri. Saya pastikan menyangkut di tempat yang terjamin selamat.

(6) Sekarang kita beralih pula kepada soalan yang dikategorikan sebagai global. Adakah anda bersetuju dengan tuntutan hak yang sama. Sama ada anda setuju atau tidak, anda dikehendaki menjawab soalan ini. bagaimanakah anda memberi kasih sayang yang sama kepada isteri/suami, ibu, bapa dan anak-anak atau mereka yang berkaitan dengan anda ?.

Jawapan:
Tidak. Saya tidak setuju dengan tuntutan hak yang sama, bagi saya perkara tersebut mustahil untuk dilaksanakan kerana Allah menjadikan manusia berbeza-beza, lelaki dan perempuan dan seumpamanya. Sebagai contoh seorang pegawai polis wanita akan berasa tidak puas hati jika diberi jadual tugas sama seperti pegawai lelaki yang bertugas mulai awal malam sehingga ke awal pagi.

Sama membawa erti sama, hitam sama dengan hitam, putih sama dengan putih seperti kilang mengeluarkan botol daripada satu acuan. kelihatan semuanya sama, layanan sama kepada semua manusia sesuatu yang mustahil dapat dilaksanakan.
Oleh itu saya akan melayani kasih sayang saya kepada mereka yang disebut di atas berdasarkan prinsip-prinsip keadilan Islam. Maka terpaksalah saya memahami dan merujuk kepada hukum-hukum Islam supaya amalan saya tidak menyeleweng.Tegasnya saya akan cuba sedaya upaya melayan dengan adil bukan memberi layanan sama.

Untuk kali ini, setakat itulah sahaja soalan-soalan yang dapat dikemukakan, semata-mata untuk mengusik minda.

Sekian. Wassalam.

_____________________________

Ulasan anda dihargai.
Blogger Mak Su said...

1. yg saya akn sebut pastinya Ya Allah....... banyak2 kali, tanpa ingatan terhdp apa2 kerana cemas sudah pasti.
2. cerita kat ahli kuarga, mgkn cerita akan berkurng, mungkn juga brtambah, brgntg kepada tahap kecemasn, tapi sytle saya, selalunya yg itu, itu sajalah, tak pandai nak menambah fakta
3. tak tahu jmlh tepat
4. biar saja
5. dlm bilik, mmg saya sangkut brg2 pntg kat situ (wallet di dlm henbeg)
6. susah, susah sgt :( sekadar kemampuan saya saja)

April 22, 2009 4:17 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam.
Mak Su. terima kasih.
Istimewa betul no.3 & 4 , sama pula tu, hehehe. itulah orang kata kita serupa walaupun tak sama.
kita tunggu tengok orang lain macam mana.

April 22, 2009 4:25 PM

Delete
Blogger KUNTONG said...

HANYA ALLAH SAJA YG D INGAT.

April 22, 2009 4:56 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam.
Kalau masih ingat Allah bermakna masih bernasib baik.

April 22, 2009 5:05 PM

Delete
Blogger Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam Pak Ngah,

Betul2 mengusik minda soalan2nyer.. tapi mula2, nak usik minda Pak Ngah dulu.. Tajuk entri ni, tersalah taip ejaan 'mengusik' jadi 'menguysik'. Perlu betulkan kot..

Jawapan saya, yang terusik mindanya dgn soalan2 Pak Ngah:-

1)Sama dengan Pak Ngah
2 Sama dengan Pak Ngah
3) Sama dengan Pak Ngah
4) Wallet biar dalam handbag
5) Sama dengan Mak Su
6) Sama dengan Pak Ngah. Islam itu agama yang adil dan selamat. Semua hukum dan peraturan yang ditentukan Allah ada hikmahnya untuk difikirkan oleh manusia. Kesamaan hak lelaki dan wanita yang telah ditentukan oleh Syariah tidak boleh diubah.

April 22, 2009 6:15 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam.
Hani, terima kasih kerana membuat teguran, teguran itu semestinya mendapat markah penuh dari Pak Ngah, ok, dah betulkan.
hahaha hehehe dah pergi seantero dunia, Suatu hari nanti Pak Ngah akan buat kajian pasal tersalah eja ini pula,hehehe.
Pak Ngah jarang menggunakan perkataan sama bagi maksud adil dan juga Pak Ngah jarang menggunakan perkataan agama Islam bagi maksud Din Islam, kerana huraian yang detil dan tepat bagi kedua-dua perkataan itu membawa maksud yang tidak tepat seperti Sembahyang dengan solat ianya berbeza, begitu juga addin berbeza dengan takrif agama.
Pak Ngah cuba hendak mempromosikan istilah yang tepat berdasarkan bahasa yang lebih baku.
Istilah seperti sekolah agama dan pejabat agama, bagi Pak Ngah ini juga tidak tepat.
Hehehe sama ada tindakan Pak Ngah ini betul atau tidak wallahu aklam.
memang kalau nak cari perkataan agama Islam dalam entri Pak Ngah rasanya susah nak jumpa.
Ok. bila-bila ada masa dan peluang boleh komen pendirian Pak Ngah tu.

April 22, 2009 6:45 PM

Delete
Blogger ije said...

entry pakngah ni betul2 mengusik minda saya jua.. =D thx pakngah. buat saya ingat Dia.. dan terus bersyukur hingga kini. alhamdulillah.

April 22, 2009 11:11 PM

Delete
Blogger Leenoh said...

Salam, ije,
Respon ije banyak cerita dan panjang kisahnya tetapi ianya terpelosok di dalam perkataan yang sangat terhad.
Tidak dapat Pak Ngah melihat rupa parasnya yang hakiki.
Walau apapun terima kasih.

April 22, 2009 11:30 PM

8 comments:

Mak Su said...

1. yg saya akn sebut pastinya Ya Allah....... banyak2 kali, tanpa ingatan terhdp apa2 kerana cemas sudah pasti.
2. cerita kat ahli kuarga, mgkn cerita akan berkurng, mungkn juga brtambah, brgntg kepada tahap kecemasn, tapi sytle saya, selalunya yg itu, itu sajalah, tak pandai nak menambah fakta
3. tak tahu jmlh tepat
4. biar saja
5. dlm bilik, mmg saya sangkut brg2 pntg kat situ (wallet di dlm henbeg)
6. susah, susah sgt :(, sekadar kemampuan saya saja

Leenoh said...

Salam.
Mak Su. terima kasih.
Istimewa betul no.3 & 4 itu sama pula tu, hehehe. itulah orang kata kita serupa walaupun tak sama.
kita tunggu tengok orang lain macam mana.

KUNTONG said...

HANYA ALLAH SAJA YG D INGAT.

Leenoh said...

Salam.
Kalau masih ingat Allah bermakna masih bernasib baik.

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Betul2 mengusik minda soalan2nyer.. tapi mula2, nak usik minda Pak Ngah dulu.. Tajuk entri ni, tersalah taip ejaan 'mengusik' jadi 'menguysik'. Perlu betulkan kot..

Jawapan saya, yang terusik mindanya dgn soalan2 Pak Ngah:-

1)Sama dengan Pak Ngah
2 Sama dengan Pak Ngah
3) Sama dengan Pak Ngah
4) Wallet biar dalam handbag
5) Sama dengan Mak Su
6) Sama dengan Pak Ngah. Islam itu agama yang adil dan selamat. Semua hukum dan peraturan yang ditentukan Allah ada hikmahnya untuk difikirkan oleh manusia. Kesamaan hak lelaki dan wanita yang telah ditentukan oleh Syariah tidak boleh diubah.

Leenoh said...

Salam.
Hani, terima kasih kerana membuat teguran, teguran itu semestinya mendapat markah penuh dari Pak Ngah,
hahaha hehehe dah pergi seantero dunia, Suatu hari nanti Pak Ngah akan buat kajian pasal tersalah eja ini pula,hehehe.
Pak Ngah jarang menggunakan perkataan sama bagi maksud adil dan juga Pak Ngah jarang menggunakan perkataan agama Islam bagi maksud Din Islam, kerana huraian yang detil dan tepat bagi kedua-dua perkataan itu membawa maksud yang tidak tepat seperti Sembahyang dengan solat ianya berbeza, begitu juga addin berbeza dengan takrif agama.
Pak Ngah cuba hendak mempromosikan istilah yang tepat berdasarkan bahasa yang lebih baku.
Istilah seperti sekolah agama dan pejabat agama, bagi Pak Ngah ini juga tidak tepat.
Hehehe sama ada tindakan Pak Ngah ini betul atau tidak wallahu aklam.
memang kalau nak cari perkataan agama Islam dalam entri Pak Ngah rasanya susah nak jumpa.
Ok. bila-bila ada masa dan peluang boleh komen pendirian Pak Ngah tu.

Cikgu Ije said...