Monday, April 13, 2009

HORE - MANDI DI PANTAI LIDO.(Danga Bay)


Gambar hiasan.
__________


Salam Semua.

Pada pagi yang segar dan dingin ini saya masih berminat untuk menceritakan dan melayani nostalgia yang saya kategorikan sebagai istimewa dan teruja untuk dikongsi bersama di alam maya ini.

Dalam sejarah kehidupan saya, saya memang banyak berhijrah khususnya mengenai tempat ke diaman, tempat yang akan diceritakan ini adalah tempat yang ke 11 penghijrahan saya, kalau hendak dikira sejak zaman persekolahan dan sebelum persekolahan ( tiada Tadika ) dahulu dengan mengambil kira rumah pertama yang saya tinggal iaitu rumah di kampung halaman di mana saya tinggal bersama keluarga termasuk rumah pertama yang didirikan dengan bertiangkan buluh dan beratap rembia yang layak dipanggil dangau ( pondok ).

Semasa saya di Johor Baharu saya juga berhijrah beberapa kali, tempat pertama saya di Johor Baharu ialah di Kampung Pasir seterusnya berpindah ke Taman Johor yang jaraknya 1km dari Kg.Pasir, kemudian berpidah pula ke
Kg. Mohd.Amin ke Kg.Baharu dan akhir sekali tempat kediaman saya ialah Taman century ( Century Garden ) .

Selepas tamat Kursus Perguruan se
lama dua tahun di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) , Cheras; Kuala Lumpur, pada ketika itu maktab ini lebih dikenali sebagai STTI, saya ditugaskan mengajar di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Johor Baharu. selama setahun, kemudian ditawarkan menjadi Guru Asrama di Maktab Sultan Abu Bakar, juga di Johor Baharu, saya menerimanya, dengan itu saya berpindah dan bertugas pula di Maktab Sultan Abu Bakar.

Asrama yang di bawah jagaan saya menempatkan 50 orang pelajar rancangan khas yang berasal dari sekolah-sekolah luar bandar iaitu dari Kulai, Gelang Patah, Bukit Ramun, Felda Taib Andak, Kota Tinggi, Mersing. Endau. Air Baloi. Po
ntian Kecil dan Besar, Kluang, Bukit Besar dan lain-lain.

Dipendekkan ceritanya, Pada setiap hari Jumaat para pelajar berjalan kaki ke Masjid Abu Bakar untuk menunaikan solat Jumaat, mereka ini semuanya pelajar tingkatan satu kecuali Wan Nik Muda pelajar tingkatan Dua. Pada suatu hari Jumaat berlaku di mana sebahagian daripada pelajar lambat
sampai balik ke asrama selepas mereka menunaikan solat.
Saya pun mengarahkan mereka membuat perhimpunan kecil untuk mengetahui dan mengenalpasti dengan tepatnya siapakah yang belum sampai balik
itu.

Dalam kesebokan mengira dan mengenalpasti itu seorang pelajar memberi tahu bahawa mereka pergi mandi di Pantai Lido ( sekarang Danga Bay ) yang mana lokasinya hanya lebih kurang 700 meter dari asrama. Saya terperanjat besar kerana tindakan mereka itu berkemungkinan mengundang
bala bagi Asrama Jalan Kapt. Mohd.Amin.

Setelah mendapat maklumat saya bergegas turun ke Pantai Lido melalui lereng bukit laluan pejalan kaki dan terus melintas jalan untuk menghampiri pantai, sebaik sahaja mereka melihat saya mereka terus lari pulang ke asrama, sekali lagi say
a bimbang kerana cara mereka melintas jalan itu juga mengerikan saya, maklumlah mereka dalam keadaan ketakutan dan jalan itu pula ialah jalan utama ke bandar pada waktu itu. Saya pun berpatah balik ke asrama, sesampai di asrama saya dapati mereka dalam keadaan basah lokuih dan lencun semuanya. hehehe bahasa Kedah tu.

Mereka itu semuanya menerima habuan denda dua sebatan daripada saya. Sejak itu mereka tidak lagi berbuat demikian kerana telah faham peratur
an asrama.

Pada ketika itu saya masih miskin pengalaman belum mengetahui cara merotan yang betul atau mengikut prosedurnya. Saya merotan mereka di bahagian kaki kerana kononnya kaki yang jahat membawa berjalan ke situ , he3. maka bertandalah selepas itu di betis mereka , ada yang bertanda dua calit dan ada yang satu calit, masing-masing mendapat gelaran mengikut calit-c
alit yang dimiliki, Menjadi gurauan berminggu-minggu akhirnya menjadi gelaran dan gelaran itu digunakan berterusan dan berpanjangan
di asrama. tidak pasti samada dipakai sampai sekarang.

Pelajar yang bergelar kopral yang saya masih ingat sampai sekarang ialah Abdul Rahman bin Hasan yang berasal dari Air Baloi, setiap kali mereka menyebut namanya sesama kekawan dan termasuk dengan saya sendiri mereka akan menyebut" Kopral Abdul Raman " atau " kopral " sahaja.
Memberi gelaran yang tidak baik dan gelaran yang tidak disukai oleh tuan tubuh adalah dilarang tetapi sekiranya gelaran itu bukan larangan yang buruk dan disukainya, adalah dibolehkan.

Inilah gelarannya.

Sarjan
SARJAN

Kopral
KOPRAL

Lance Kopral
LANCE KOPRAL
_______________________________________

Untuk Renungan:

"Hai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barang siapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

Surah Al.Hujuraat , ayat 11.
___________________________



Mereka tidak balik kanpung sehinggalah parut di betis mereka hilang, mungkin hendak menyembunyikan peristiwa itu daripada pengetahuan ibu bapa . Bila saya teringatkan
peristiwa ini , rasa lucu dan sedih bercampur baur. lucu kerana gelaran tersebut manakala sedih kerana kejahilan saya tidak mengetahui prosedur merotan, Sepatutnya prosedur ini diajar di Maktab Perguruan kalau menunggu pengalaman, pengalaman akan datang tetapi lambat sampai kepada kita.

Pesanan kepada guru baru jangan
ambil ringan prosedur yang disediakan dan fahamilah prosedur terutama dalam bidang yang kita terlibat.


Sebenarnya para pelajar yang di bawah kawalan guru-guru mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk mandi di laut atau sungai melainkan dengan kebenaran khas dengan syarat-syarat yang amat ketat, di antaranya dikawal oleh guru yang mempunyai sijil berenang.

Agaknya selepas solat sahaja berkumpul dan berpakatlah atau merancanglah sesama mereka untuk pergi mandi di Pantai Lido, setelah mendapat persetujuan semua, mereka pun berteriak
" HORE - HORE MANDI DI PANTAI LIDO.
tanpa menyedari bahawa mereka sedang berada di bawah kawalan guru mereka dan jauh dari ibu dan bapa.

Peristiwa seperti ini adalah merupakan peristiwa yang lumrah bagi kanak-kanak kerana mereka belum pandai menjangka kemudaratan yang akan menimpa mereka.
Semoga Allah sentiasa memelihara dan memberi kesejahteraan kepada keluarga dan anak cucu kita.amin.
______________________________________
Entri akan datang betulkah ada hantu di kawasan Asrama Jalan Kpt.Mohd. Amin dan lereng bukit laluan ke Pantai Lido.
_______________________________________

Sekian. Wassalam.

_________________

Ulasan anda dihargai:

Blogger Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Salam Pak Ngah,

Agak2 nyer, pak Ngah pangkat apa dulu? Saya Brigade General kottt sebab nakal sangat!! Banyak calit.. Hehehe..

Masalah disiplin pelajar sememangnya masalah yang berterusan dihadapi oleh guru-guru, dulu atau kini. Apapun, harapnya, tindakan Pak Ngah dicontohi oleh semua guru-guru dan tenaga pengajar, untuk keputusan yang adil. Ini dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadis sendiri, bahawa sebelum seseorang hakim membuat sebarang keputusan, Hakim tersebut perlu mendengar dan menyiasat kedua-dua pihak. Dalam konteks ini, hakim adalah guru sendiri,justeru ziarah ke rumah pelajar, memang langkah yang baik untuk menyiasat latar belakang dan masalah murid sebelum menjatuhkan hukuman tatatertib ke atas pelajar tersbut.

April 13, 2009 1:29 PM


Ulasan Pak Ngah:

Salam Hani,

Itu cerita Pak Ngah yang terpilih je, Di dalam kelas Pak Ngah memang tegas, kalau nampak ada yang berani melawan, maknanya pelajar itu sudah luar biasa. tentu ada masalah, dengan itu tidak jadilah nak terus marah dia. Pelajar sekarang lebih bermasalah lagi, kerja guru pun menjadi semakin rumit. mungkin suatu hari nanti beberapa Warden sekolah ( pengawal pelajar) diperlukan.

_________________________
Delete
Blogger Mak Su said...

budak2 mmg mcm tu, selalu bersemangat dan happy sentiasa. bila dah kena, baru nak ingat.

April 13, 2009 1:37 PM

Ulasan Leenoh:

Salam Mak SU,

Bermain di darat atau di padang kita kurang bimbangnya tetapi kalau bermain di dalam air yang dalam seperti laut dan sungai, amat membimbangkan.

_______________

Delete
Blogger Dee said...

wah..pengalaman yg indah gak ye leenoh..dee dulu slalu kena cubit kat perut sbb jahitan x siap..almaklumlah student sains rumahtangga..

April 13, 2009 2:42 PM

Ulasan Leenoh:

Salam Dee,
Saya pilih yang indah-indah je, sebab itu nampak indah, yang tidak indah simpan di bawah tikar, hehe.
_______________
Delete
Blogger Prof Azie said...

Bila baca entry ni baru tau Pantai Lido tu adalah Danga Bay...hehe..selama ni duk JB x tau pun.

April 13, 2009 4:12 PM

Ulasan Leenoh :

Salam Prof Azie.

Dulu tempat tersebut dikenali sebagai Pantai Lido, kalau tidak salah saya seberang sana dikenali Pulau Danga, terdapat juga orang asli laut di situ, sebab itu bila naik projek baru dinamakan Danga Bay. menarik juga nama tu, tetapi......bukan bahasa kita.

_________________
Delete
Delete
Blogger KUNTONG said...

Sdr. Leenoh:
Pada tahun 1966 dulu, semasa saya di maktab perguruan, pantai Lido adalah tmpat prjumpaan diantara muda mudi.Dan selalunya kita yg single ni hanya merayau-rayau di tepi pantai Lido untuk melihat aksi -aksi panas. Kekadang mereka tidak langsung perasaan bahawa aksi mereka mnjadi tontonan. Itulah keadaannya, kalau orang di lamun asmara. Kita yang jalan-jalan sesama gender ni hanya "meronda " dan menjadi "kutu rayau". Kah...kah... kisah muda-muda lah katakan.

April 14, 2009 11:32 AM

Delete

Blogger Leenoh said...

Salam.Sdr.Kuntong.
Saya berada di situ tujuh tahun kemudian. memang, bagi saya satu kejutan gak, sebab di sini nampaknya dlm hal macam tu lebih ke depan berbanding dgn di utara Tanah Air.
Saya jarang bersiar waktu malam kerana ketika itu saya masih jadi pakar migrain, jadi malam kena tidur awal, baru sekarang kepala saya jadi muda balik hehe, dah xmigrain lagi.
Jadi aksi malam xberapa tahu sangat. saya banyak berada di asrama.
sekali-sekala pergi gak, makan-makan di tepi laut.dekat je, jalan kaki turun bukit sikit sampai la.lalu tepi rumah Dr.Ping dan rumah En.A.Razak Ahmad PSRM.

April 14, 2009 1:33 PM

6 comments:

Hunny said...

Salam Pak Ngah,

Agak2 nyer, pak Ngah pangkat apa dulu? Saya Brigade General kottt sebab nakal sangat!! Banyak calit.. Hehehe..

Masalah disiplin pelajar sememangnya masalah yang berterusan dihadapi oleh guru-guru, dulu atau kini. Apapun, harapnya, tindakan Pak Ngah dicontohi oleh semua guru-guru dan tenaga pengajar, untuk keputusan yang adil. Ini dejelaskan di dalam Al-Quran dan Hadis sendiri, bahawa sebelum seseorang hakim membuat sebarang keputusan, Hakim tersebut perlu mendengar dan menyiasat kedua-dua pihak. Dalam konteks ini, hakim adalah guru sendiri,justeru ziarah ke rumah pelajar, memang langkah yang baik untuk menyiasat latar belakang dan masalah murid sebelum menjatuhkan hukuman tatatertib ke atas pelajar tersbut.

Mak Su said...

budak2 mmg mcm tu, selalu bersemangat dan happy sentiasa. bila dah kena, baru nak ingat.

Dee said...

wah..pengalaman yg indah gak ye leenoh..dee dulu slalu kena cubit kat perut sbb jahitan x siap..almaklumlah student sains rumahtangga..

Prof Azie said...

Bila baca entry ni baru tau Pantai Lido tu adalah Danga Bay...hehe..selama ni duk JB x tau pun.

KUNTONG said...

Sdr. Leenoh:
Pada tahun 1966 dulu, semasa saya di maktab perguruan, pantai Lido adalah tmpat prjumpaan diantara muda mudi.Dan selalunya kita yg single ni hanya merayau-rayau di tepi pantai Lido untuk melihat aksi -aksi panas. Kekadang mereka tidak langsung perasaan bahawa aksi mereka mnjadi tontonan. Itulah keadaannya, kalau orang di lamun asmara. Kita yang jalan-jalan sesama gender ni hanya "meronda " dan menjadi "kutu rayau". Kah...kah... kisah muda-muda lah katakan.

Leenoh said...

Salam.Sdr.Kuntong.
Saya berada di situ tujuh tahun kemudian. memang, bagi saya satu kejutan gak, sebab di sini nampaknya dlm hal macam tu lebih ke depan berbanding dgn di utara Tanah Air.
Saya jarang bersiar waktu malam kerana ketika itu saya masih jadi pakar migrain, jadi malam kena tidur awal, baru sekarang kepala saya jadi muda balik hehe, dah xmigrain lagi.
Jadi aksi malam xberapa tahu sangat. saya banyak berada di asrama.
sekali-sekala pergi gak, makan-makan di tepi laut.dekat je, jalan kaki turun bukit sikit sampai la.lalu tepi umah Dr.Ping dan umah En.A.Razak Ahmad PSRM.