Saturday, April 7, 2012

Video - Kekejaman di negara Syria..

Salam semua.

Artikel ini ingin merenungkan kembali kejadian manusia yang dikatakan paling mulia di antara makhluk Allah itu dan mengingatkan juga bahawa ada ketikanya manusia lebih hina daripada haiwan dalam semua hal dan keadaan, begitulah sekiranya manusia dalam keadaan sesat dan jahil, mereka boleh melakukan kejahatan dan kekejaman tanpa hadnya,kekejaman mereka mungkin tidak terfikir oleh manusia normal bahawa terdapat kumpulan manusia yang lebih ganas daripada haiwan. Kalau anda menonton video di bawah ini sehingga selesai insyaAllah anda akan terperanjat dan mungkin akan membuat anjakan cara berfikir, peristiwa yang disangka tidak akan berlaku rupanya boleh berlaku dan perkara ini telah mencabar minda anda supaya membuat muhasabah terhadap kepercayaan dan tanggapan yang telah lalu.Tidak memperdulikan persekitaran dan jamaah adalah suatu sikap yang tidak tepat.

Allah memerintahkan kita bersolat dan melakukan beberapa amalan dan ibadat yang lain, Banyak pengajaran dan hikmah di sebalik ibadat solat, sujud
di dalam solat adalah salah satu rukun yang wajib dilaksanakan, kebiasaannya kepala iaitu anggota yang paling mulia dan dihormati itu sentiasa sahaja berada di atas, tetapi,ketika sujud anggota kepala yang dikatakan mulia itu berada paling rendah dan bawah, di mana tengkorak kepala mengandungi otak atau akal tetapi ketika sujud otak dan akal berada paling bawah, manakala kemaluan beralih tempat dan berada paling atas.Agaknya ada ketikanya manusia berakhlak demikian, iaitu memuliakan yang berakhlak jahat,buruk serta hina dan menghinakan yang berakhlak baik serta mulia.

No comments: