___________________
Terima kasih kepada :
( http://manzlie-makkah.blogspot.com )
Terima kasih kepada :
( http://manzlie-makkah.blogspot.com )
___________
Salam Sejahtera.
Sekali lagi kita berjumpa dan membincangkan topik yang masih sama iaitu memfokuskan kepada makrifatullah atau mengenal Allah. Untuk mengenal Tuhan (Allah) manusia perlu mengetahui sifat-sifat-Nya dan juga bukan sifat-Nya. Pada kali ini kita menumpukan kepada bukan sifat-Nya atau sifat-sifat yang menunjukkan bukan Tuhan ( Allah ) supaya manusia dapat dielakkan daripada menyembah makhluk ( bukan Tuhan ) atau makhluk disangka Tuhan.
Jalan mudah untuk kita mengetahui sama ada sesuatu kepercayaan yang mempertuhankan sesuatu itu betul atau salah ialah dengan melihat, meneliti dan mengkaji sesuatu yang dianggap sebagai Tuhan itu , adakah sebenarnya memiliki sifat-sifat yang layak diannggap sebagai Tuhan atau hanya memilki sifat-sifat yang menunujukkan bukan Tuhan ( Allah ).
Berikut sebagai contoh-contoh yang mungkin dapat menjelaskan kekaburan dan kefahaman salah serta dapat menjelaskan terhadap salah anggapan setengah masyarakat bukan Islam terhadap amalan yang dilakukan oleh orang Islam atau amalan mereka sendiri.
(1) Orang Islam menunaikan solat berqiblatkan Kaabah atau mengadap ke arah Kaabah. Kaabah atau Baitullah itu bukanlah Tuhan (Allah), sebaliknya hanya menjadi tanda arah ketika beribadat sahaja, Orang Islam di seluruh dunia menunaikan solat di tempat masing-masing mengadap ke arah tersebut, ini dilakukan kerana patuh kepada perintah Allah dan juga boleh dianggap sebagai penyatuan umat Islam yang mana mereka seluruhnya patuh kepada perintah yang sama iaitu perintah Allah.
Baitullah atau Kaabah bukan Tuhan dan orang Islam tidak menyembah Kaabah, Kaabah adalah makhluk Allah, Kaabah dijagai oleh orang Islam, membersih, menyuci dan menghiasnya dengan kelambu yang cantik. Setiap tahun kelambu ditukar, ketika menukar kelambu para pekerja atau petugas akan memanjat ke atas Kaabah untuk menyempunakan perhiasan tersebut. Umat Islam hanya menganggap Kaabah adalah tempat yang mulia dan suci yang telah ditentukan oleh Allah. Sesiapa yang menyembah Kaabah mereka adalah kafir dan terkeluar daripada Islam. Kaabah adalah makhluk Allah, manusia makhluk Allah dan tegasnya sekalian alam ini adalah makhluk Allah.
Kaabah tidak mempunyai apa-apa kuasa, malah tidak mampu bergerak pun dan kaabah juga akan rosak dan musnah jika tidak dijaga dan dipelihara.
Sifat-sifat yang ada pada Kaabah adalah sifat-sifat yang menunjukkan bukan Tuhan oleh itu orang Islam bukan menyembah Kaabah tetapi Kaabah hanya tempat penyatuan orang Islam yang telah ditentukan oleh Allah. seluruh orang Islam mengedari perkara ini.
Allah sifat-Nya Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Bijaksana, Maha Berkehendak, Maha Melihat, Maha Mendengar dan memiliki sifat-sifat kesempurnaan yang lain.
(2) Orang Islam meyakini bahawa sekalian alam ini adalah ciptaan Allah, segala apa yang terdapat di dunia sama ada kecil, halus atau besar seperti gunung-ganang, lautan, matahari, bulan. bintang dan seumpamanya, semuanya itu adalah ciptaan dan kejadian yang dijadikan oleh Allah. Semua perkara tersebut tidak layak disembah dan juga tidak layak menjadi perantaraan antara manusia dengan Tuhan (Allah). Malah manusia lebih baik dan mulia daripada semua makhluk atau kejadian tersebut. Adalah tidak munasabah manusia menyembah benda atau objek yang lebih hina daripada dirinya.
(3) Allah bersifat Maha Esa iaitu tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Hanya Allah Tuhan kepada sekalian makhluk, sekiranya alam ini ditadbirkan oleh ramai Tuhan tentulah menunjukkan Tuhan-Tuhan itu lemah dan bersifat seperti makhluk juga atau bersifat seperti kita juga, kalau itulah sifatnya maka tidak layaklah kita menyembahnya kerana tarafnya sama dengan kita. Tegasnya itu bukanlah Tuhan, Islam mengkategorikan kepercayaan kepada ramai Tuhan itu sebagai kepercayaan yang salah dan sesat.
Renungi maksud firman Allah di bawah ini;
" Katakanlah ( Ya Muhammad ): Dialah Allah yang Maha Esa.
Allah yang dituju ( untuk meminta hajat ).
Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan.
Dan tiada suatu pun yang menyerupai-Nya.
Surah Al.Ikhlas ( ayat 1- 4 )
Sekadar ini dahulu.
Sekian. Allah Maha Mengetahui.Wassalam.

2 comments:
Salam Leenoh.
Kemuncak kepada matlamat kejadian manusia terbahagi kepada 2 peringkat:
1) Mengenali Diri
2) Mengenali Allah SWT.
Semakin kita kenal diri, semakin kita kenal Tuhan. Semakin kita kenal Tuhan, semakin kita kenal diri.
Salam Zaidi.
Saudara, saya sengaja mengulang bincang topik yang hampir sama kerana menyedari masih ramai lagi kekawan kita di luar sana belum kenal Allah, lantas mereka menyembah sesama makhluk, bukan Tuhan disangkanya Tuhan,
Keadaan ini telah memaksa kita rasa kesian dan ingin membantu mereka, disamping menunaikan kewajipan dakwah kepada mereka yang belum beriman kpd Allah.
Post a Comment