Friday, June 12, 2009

Informasi hari ini ( Jumaat ).


Masjid Abd.Aziz.
Shah Alam.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Pada petang ini saya tidak memberi ulasan khusus mengenai khutbah Jumaat tetapi dimuatkan dengan informasi peluang menambahkan ilmu pengetahuan Islam secara percuma, diumumkan di masjid tadi bahawa suatu forum bersiri akan diadakan di Masjid Shah Alam, butirannya untuk siri pertama adalah seperti berikut;

Informasi Utama.

Forum mengenai akhlak Islamiyah bertemakan,

"Akhlak Terpuji
Membentuk Keperibadian Mukmin Sejati"

Tarikh:
19 Jamadil A
khir 1430.
13 Jun 2009.

( selepas solat Maghrib )

Tempat:
Masjid Shah Al
am. Selangor.

Ahli Panel.

YB. Dato' Dr. Hasan Mohd.Ali
( Moderator )

YBhg. Us. Hasan Mahmud Al.Hafiz.


YBbg. Dr. Rubiah bt Kulu
b Hamzah
(Kaunselor)

_______


Zikir Munajat ( lepas Maghrib ) & Qiamullail Perdana
( jam 4.00 pagi )

Pimpinan:
Us. Othman Ibrahim
( Pendakwah Bebas )


Informasi di atas telah menarik perhatian saya kerana ketiga-tiga ahli panel yang mengambil bahagian, mereka ini tidak asing dengan diri saya, Dr.Hasan Mohd. Ali pernah menganjurkan suatu kursus yang saya sendiri terlibat menjadi peserta dan pada kursus yang lain iaitu kursus motivasi anak-anak saya pula menjadi pesertanya, pengalaman saya menghadiri kursus Dr.Hasan itulah yang banyak menolong saya dalam bidang kursus motivasi ini semasa masih bertugas sebagai guru.
( terima kasih Dr.).terdapat dua topik mengenai
kursus motivasi saya pamerkan di laman blog ini.

Us. Othman Ibrahim yang tinggal di Sg.Petani adalah rakan persekolahan saya semasa sama-sama belajar di Al.Ma'ahadil Mahmud ( Maktab Mahmud ) Alor setar pada zaman remaja dahulu..

Maktab Mahmud

Manakala Dr.Rubiah berkursus bersama saya selama dua tahun di Cheras, KL dan setahun di salah sebuah sekolah di JB di mana sekolah yang beliau mengajar menumpang di sekolah saya pada waktu petang sementara sekolah tersebut siap. Dr.Rubiah memang Allah kurniakan sebagai seorang yang petah bercakap sejak beliau muda lagi. Saya tidak pasti beliau masih kenal atau tidak dengan saya tetapi saya yakin Us.Othman masih mengenali saya kerana beliau pernah menegur saya ketika saya hampir tidak mengenalinya pada suatu pertemuan serempak empat mata dengannya di Sg. Petani beberapa tahun dahulu. Saya ingin menghadirinya bukan untuk berjumpa dengan mereka, cuma ingin mendengar buah fikiran mereka sahaja, kalau ditakdirkan dapat berjumpa tentulah lebih baik lagi.

________________

Informasi Sampingan.

Dalam perjalanan balik dari masjid, sesampai sahaja di pin
tu pagar masjid didapat sebuah kereta pacuan 4 roda dikerumuni ramai ahli jamaah, rupanya ada jualan sardin keluaran Kumpulan Rahman Brothers Sdn. Bhd. keluaran pengusaha Islam, sudah tentunya dijamin halal, saya pun tumpang sekaki membelinya tiga tin dengan harga Rm10.00., setiap satu tin berat bersih 425 g.

Promosi

Rm10.00

Sedang menguruskan belian tiba-tiba seorang anak muda menyatakan bahawa beliau berasa seperti pernah melihat saya di Alor Setar tetapi ingatan itu agak kabur. Saya pun terus bertanyakan latar belakangnya, beliau menceritakan bahawa beliau dahulu pernah bersekolah di salah sebuah Sekolah Menengah di Mergong , Alor Setar; Kedah tetapi sekejap sahaja di sekolah tersebut kerana beliau tiada minat belajar di sekolah seperti itu dan mengambil keputusan berpindah ke Sekolah Pondok. Pondok Derang. Jitra , Kedah.perpindahan tersebut diatur oleh ibunya bersama beberapa orang guru.

Semasa beliau berpindah ke sekolah pondok tersebut beberapa orang guru telah menghantarnya dengan sebuah kereta, untuk meringkaskan cerita kereta tersebut adalah kepunyaan saya, sayalah bersama dengan dua guru lagi menghantarnya ke pondok tersebut yang dii
ringi ibunya.beliau ketika itu di dalam tingkatan satu.
Beliau ragu-ragu tentang diri saya agak menasabah kerana beliau hanya beberapa bulan sahaja bersama kami di sekolah tersebut, setelah saya menceritakan kisahnya kembali barulah beliau mengingatkan semula peristiwa yang telah lalu dan kembali yakin dengan ingatan tersebut.

Perjumpaan sekejap tadi di perkarangan rumah Allah itu, adalah sebahagian daripada perancangan Allah terhadap kami berdua.

Qaim sekarang sebok mempromosikan
Sardin keluaran Kumpulan Rahman Brothers,
Semoga berjaya.



Sekian. Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Leenoh.

Seandainya aku dapat terbang seperti angin..nescaya aku akan hadir.

Leenoh said...

Salam Zaidi.
Tunggu buat seketika, kemudian pasang telinga dan buka mata dan juga buka TV Selangor mungkin akan muncul di sana,
Itu hanya serkap jarang saya,