Masjid al.Majidi Sg.Layar Hujung.
&&&&&&&&
&&&&&&&&
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Saya pernah tinggal di Sungai Layar Hujung selama beberapa tahun , sebahagian besar daripada masyarakat Sg.Layar telah menjadi jiran dan kawan yang rapat, khususnya mereka yang sering pergi berjamaah di Masjid Al.Majidi atau kekadang dipanggil Masjid Kuning, hubungan silaturrahim masih berterusan sehingga sekarang, banyak kenangan yang saya tinggalkan sebagai kenangan manis yang memberi ketenangan kepada saya sepanjang hayat, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat tinggal dan rakan ibadat.
Keistimewaan masyarakat Sungai Layar Hujung.
Dalam sesuatu masyarakat semestinya terdapat amalan baik dan buruk sebagai amalan harian mereka, saya tidak berminat untuk menceritakan keburukan mereka kerana menceritakan keburukan sering membawa keburukan jua. Saya berminat menceritakan amalan kebaikan harian mereka dengan harapan kebaikan yang mereka lakukan itu akan dapat kita sama-sama ikuti dan contohi, lagi pun menceritakan kebaikan akan membawa kepada kebaikan yang berganda kepada kita.
Hubungan silaturrahim masyarakat Sungai Layar Hujung sangat akrab . Sekiranya sesuatu majlis khenduri diadakan sama ada oleh individu atau pihak masjid insya Allah akan mendapat kerjasama yang sangat memuaskan, mereka akan bertungkus lumus bergotong-royong menguruskannya sehingga selesai majlis tersebut.
Pokok kurma di dalam kawasan masjid.
Pada setiap tahun Masjid Al.Majidi mengadakan Kursus "Cara-Cara Mengerjakan Haji" sebanyak 12 seri pada setiap Sabtu mulai jam 8.00 - 12.00 t.hari biasanya bermula pada akhir bulan Mei sehingga Julai, pihak masjid menyediakan kudapan percuma, di mana makanan dan minuman akan dimasak secara bergotong-royong , kehadiran amat menggalakkan iaitu di antara 1000 - 1200 .Manakal kutipan derma setiap kali kursus diperolehi tidak kurang RM900.00. Dulu saya adalah salah seorang daripada tiga orang yang ditugaskan untuk mengira wang derma tersebut. Bagi masjid kampung seperti Sungai Layar Hujung jumlah kehadiran yang begitu ramai itu tentulah sangat menggembirakan penganjur dan masyarakatnya , bayaran untuk penceramah ditanggung oleh pihak masjid. Demikianlah faedah yang diperolehi jika kita mementingkan amalan kerjasama dan mengutamakan hubungan silaturrahim. Kursus tersebut masih berbaki dua siri lagi . Majlis penutup akan menumbangkan dua lembu sebagai lauk khenduri, demikian dimaklumkan oleh Tuan Hj.Ramli salah seorang yang terlibat secara langsung menjayakan program ini.
Berbalik kepada keistimewaan yang disebutkan tadi. Pada saya perkara yang amat menarik dan boleh menjadi contoh serta suatu cara yang amat berkesan bagi mengukuhkan silaturrahim yang diamalkan oleh masyarakat Sungai Layar Hujung . Di antaranya mereka mengamalkan dan juga memperluaskan penggunaan panggilan mengikut pangkat di dalam keluarga sesama seluruh penduduk kampung mereka. Panggilan seperti Pak Long. Pak Lang, Pak Ngah, Pak Tam. Pak Su. Pak Cik, Pak Anjang, Pak Teh, Pak Andak dan diikuti dengan Mak Long, Mak Lang dan lain-lain sebagai panggilan untuk isteri mereka serta lain-lain panggilan yang biasa digunakan di dalam sesuatu keluarga. Panggilan tersebut telah mengambil tempat bagi menggantikan nama mereka ketika tertentu dan keadaan tertentu, panggilan itu digunakan oleh rakan-rakan sebaya bukan sahaja oleh mereka yang lebih muda. Amalan ini berupaya menyerabkan rasa kekeluargaan di dalam masyarakat mereka.
Masyarakat kampung sememangnya mengamalkan budaya ini tetapi di Sungai Layar Hujung ini amalannya lebih meluas dan menyeluruh bukan sekadar di dalam lengkongan keluarga sendiri sahaja , keistimewaan inilah yang menarik perhatian saya untuk menulis dan menceritakan hal ini kepada anda sekalian.
___________________
Maksud firman Allah:
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
Surah Al.Imran (103)
__________________________
Saya rasa amalan seperti ini sesuai digunakan oleh penduduk taman-taman perumahan yang semakin hari semakin terhakis hubungan silaturrahim di kalangan penduduk. Kurang berkesan kalau semua orang dipanggil Pak Cik oleh orang muda kepada mereka yang dikenali terutamanya penduduk setempat, seeloknya kenal pasti dahulu pangkatnya yang sebenar di dalam keluarganya sama ada panggilan mengikut pangkat isteri atau suami tidak menjadi masalah tetapi biarlah panggilan itu sama, misalnya kepada lelaki dipanggil Pak Lang Din, maka isterinya hendaklah dipanggil Mak lang Zainab dan seumpamanya.
Apa kata kalau kita cuba praktik dan amalkan.
Sekian Allah Maha Mengetahui. Wassalam.

6 comments:
saya tahu kampung ni
Salam Luth Textile.
Hilang ke mana dah lama tak bertemu, jangan bimbang masih ada dalm rekod (link) Rakan Blog saya.
Sama juga saya pun lama tak ziarah Luth.
Pak Ngah tinggal di situ lama gak, baru tahun lepas pindah ke Shah Alam.
salam pak Ngah...
mmg betul tu... kat bandar walau umah sebelah dinding konkrit yang stebal beberapa inci jer pun kadang tak kenal saper jiran sebelah... masing2 sibuk ngan tugas harian...
Salam Naqeeb.
Di tempat Pak Ngah tinggal ni pun macam tu gak tetapi lepas beberapa buah rumah kena pecah dek beberapa ekor syaitan, barulah nampak semakin kenal dan mesra.
Boleh dicontohi kg ni.
View Profile: Rantong™
Salam Rantong.
Terima kasih atas komen yang diberikan.
Post a Comment