Friday, June 19, 2009

Pentingnya Menunaikan Solat Secara Berjamaah.




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Artikel Bil :2/2009. Edaran Percuma & Terhad . ( 25 Jamadil Akhir 1430/19 JUN 2009) dari Masjid Jamek Fasta
biqul Khairat.

NILAI SOLAT BERJEMAAH DI SISI MASYARAKAT KITA MASA KINI.

Dewasa ini didapati kebanyakan umat Islam di negara kita sudah terhakis dalam diri mereka perasaan ingin berlemba-lemba dalam menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat. Mereka lebih suka mementingkan diri sendiri. Sifat ini nampak lebih terserlah jika melibatkan urusan-urusan ke akhiratan seperti solat berjamaah solat jenazah dan sebagainya

.

Solat Jenazah..

Menurut Mazhab Syafie berdasarkan pe
ndapat yang paling sahih hukum solat berjamaah adalah Fardu Kifayah iaitu apabila sebahagian anggota masyarakat sudah menunaikan solat berjamaah pada masjid tertentu, maka seluruh anggota masyarakat lain dikira terlepas daripada tanggungjawab tersebut dan terlepas dari dosa meninggalkan solat berjamaah.

Kesan daripada fahaman " Orang buat aku tak payah" ini menyebabkan masyarakat memandang sepi dan mudah kepada solat berjamaah seolah-olah ia tidak ada nilai dalam kehidupan mereka.

Sabda Rasulullah.s.a.w:
Daripada Abu Mas'aud al.Ansoori RA. katanya: " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah merapatkan bahu-bahu kami ketika hendak didirikan solat sambil Baginda bersabda: " Betulkan,penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu. Jangan jadikannya bengkang-bengkok, nescaya nanti akan berselisih hati-hati kamu.
Hendaklah saf yang paling dekat denganku, terdiri daripada orang cerdik pandai dan matang fikirannya dari kalangan kamu. Kemudian hendaklah mengikut saf seterusnya orang yang baligh tetapi belum matang pemikirannya atau orang-orang yang hampir mencapai umur baligh. Kemudian hendaklah mengiringi saf seterusnya kanak-kanak yang telah mumaiyiz dan yang sepertinya" Berkata Abdullah bin Mas'aud: " Aku melihat kamu semua hari ini sangat kuat berselisih dan bertelingkah" ( Riwayat Imam Muslim )

Dalam Hadith ini Rasulullah.s.a.w. menjanjikan bahawa saf solat yang bengkang-bengkok akan membewa kepada perpecahan dalaman iaitu hati.
Kata ulamak; bila hati tidak bersatu maka perpaduan tidak akan wujud. Seterusnya membawa kepada perselisihan dan pertelingkahan dalam masyarakat.

Sabda Rasulullah.s.a.w. lagi;
Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Sesungguhnya Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: " Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah SWT menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang tersebut" ( Riwayat Abu Daud )

Insya Allah akan bersambung dalam "entry" berikutnya......
(Saf solat yang tidak rapat terputus rahmat Allah).
Sekian, Wassalam.


2 comments:

Nl said...

salam pak ngah... betul tu solat jamaah byk kelebihan...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Solat jamaah ibarat roh kesatuan orang Islam.