Tuesday, July 14, 2009

Kalau air mata jantanku itu berharga, Aku telah menjadi orang kaya-raya.

Salam Semua.

"Aku kucup tangan emak. Kemudian aku peluk emak dan aku cium kedua-dua belah pipi emak."Emak. Doakan orang yang baik-baik ye mak," kata saya."Yelah,," jawab emak, pendek."
___________

Terlebih dahulu perlu kumohon maaf daripada seseorang kerana ungkapan di atas adalah ungkapan pinjaman.

Hani......, Pak Ngah memohon maaf kerana menggunakan ungkapan Hani dalam entri kali ini. Ungkapan itu telah mengingatkan Pak Ngah kepada beberapa peristiwa yang telah lalu dan juga kini. Ok maafkan ya, hehehe. Tak pa kalau tak bersetuju nanti Pak Ngah "cut".

Saya ingin memusatkan sembang kita pada kali ini berkaitan ungkapan yang tercatat di atas, setelah saya terbaca laman blog " http://nurhanisalwa.blogspot.com" ( Cik Nurhani Salwa ) khususnya ungkapan istimewa di atas, ungkapan ringkas dan bersahaja itu telah merangsangkan minda saya memikirkan banyak perkara yang menyentuh perasaan halus saya sehingga menitiskan air mata. Saya memang seorang yang pemurah, pemurah air mata, kiranya air mata itu berharga dalam bentuk ringgit tentulah saya telah menjadi seorang yang kaya raya, sekurang-kurangnya saudagar si air mata.he3. Banyak perkara yang saya teringat di antaranya saya akan paparkan di bawah nanti dan yang selebihnya akan menjadi rahsia saya hehehe, mana boleh cerita semua.Kalau cerita semua entri ini akan menjadi sangat panjang dan menjemukan orang yang membacanya pula.

Setiap kali saya bertemu dengan ibu saya sudah tentu saya akan peluk, cium dahi, pipi kiri kanan beberapa kali, ini saya lakukan semasa bertemu dan sekali lagi semasa berpisah, walaupun umur saya sepurba ini ..he3 ..ketika memeluk ibu saya terasa seperti kanak-kanak yang sedang bermanja dengan ibunya. ( ayah telah meninggal dunia - Al.Fatihah ). Amalan ini sebenarnya tidak diamalkan semasa kanak-kanak , rasanya dalam 10 @ 20 tahun yang telah lalu sahaja. Saya mengambil inisiatif sendiri melakukannya, berkemungkinan hasil dorongan inovasi yang terdapat di dalam diri.

Sebagai seorang guru saya memang berharap semua anak murid saya akan mengamal dan menghayati budaya baik dan mulia ini. Oleh itu saya bersungguh-sungguh mengajar dan memberi dorongan kepada para pelajar supaya mempraktikkan amalan ini dengan ibu bapa mereka setiap kali hendak datang ke sekolah dan sewaktu sampai balik dari sekolah, setiap hari saya mengingatkan mereka dan bertanyakan mereka sama ada mereka melakukannya atau tidak. Dalam entri yang telah lalu saya menceritakan mengenai "Kempen Minum Air dan Sarapan" lebih kurang begitulah tindakan saya terhadap para pelajar. Berdasarkan maklumbalas saya percayai lebih daripada 80% para pelajar mematuhi nasihat dan didikan tersebut. Para pelajar yang dimaksudkan ialah para pelajar Tingkatan Satu bagi kelas-kelas yang saya mengajar sahaja.

Sedih dan tersentuh jiwaku.
Bila mengingatkan peristiwa ini sekali lagi air mataku mengalir laju, rasa serba salah pun ada dan risaupun bermain-main di mindaku ketika itu, Saya telah terlupa peristiwa itu tetapi, apabila saya membaca entri Cik Nurhani Salwa ingatan itu datang menziarahi dan teringat semula kepada seorang pelajar lelaki. Pelajar ini sangat taat nasihat dan didikan tersebut, sejak awal tahun beliau akan melakukan seperti yang diajar iaitu peluk cium ibunya setiap kali sebelum ke sekolah dan demikianlah juga ketika sampai ke rumah.
Selama kurang lebih 7 atau 8 bulan beliau menghayati amalan mulia itu terhadap ibu bapanya, tiba-tiba ibunya yang sangat dikasihi itu berubah fielnya, ibunya enggan melayani dengan alasan beliau telah besar dan dewasa, tidak perlu lagi melayani ibu seperti itu, tetapi bapanya memberikan respon seperti biasa sahaja, tidak berubah fielpun, setelah ibunya menolak dan enggan menciumnya setiap kali beliau hendak ke sekolah dan beliau terpaksa pergi ke sekolah dengan rasa amat kecewa, kini mindanya sarat dengan persoalan dan tanda tanya, untuk menyelesaikan masalahnya, ketika di sekolah beliau bertanya saya sama ada anak lelaki yang dewasa dilarang melahirkan rasa kasih sayang dengan berpeluk dan mencium denga ibunya, tentulah saya memberi jawapan bahawa tiada larangan, malah kita boleh melahirkan kasih sayang kita begitu sehingga ke akhir hayat kita atau akhir hayat ibu, malahan mayat ibu sekalipun masih boleh kita mencium dahinya sebelum sempurna dikapankan. Pada ketika itu saya belum mengetahui apa yang telah berlaku pada dirinya.Beliau juga tidak menceritakan apa-apa kepada saya , saya melayaninya seperti pertanyaan biasa sahaja tanpa menyesyaki apa-apa.

Persoalan yang bermain di kepalanya belum dapat diselesaikan, kenapa ibu enggan melayaninya, pada hal sebelum ini, ibu melayaninya begitu mesra sekali, adakah ibu telah berubah hati dan tidak lagi sayang padanya, persoalan ini timbul tidak berkesudahan di dalam mindanya sehingga prestasi pelajarannya pun semakin merosot. Rahsia kemusykilannya terhadap perubahan layanan ibu ini beliau memaklumkannya kepada Penyelia Petang.

Akhirnya pihak sekolah pergi menemui ibunya dengan harapan pelajar yang solih ini dapat diberi pertolongan yang sewajarnya, pelajar ini memang seorang pelajar yang baik, ketika bersolat jamaah sesama pelajar beliau sering menjadi imam atau bilal di surau sekolah.

Cerita diringkaskan;
Rupa-rupanya pelajar ini adalah seorang anak angkat kerana ibunya mengetahui sempadan hukum antara anak angkat dengan ibu angkatnya maka beliau enggan berbuat demikian bagi mengelakkan daripada melakukan perbuatan haram. Beliau sebenarnya kasih kepada anak angkatnya itu seperti dahulu juga, tetapi dalam masa yang sama beliau juga kasihkan Allah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa. Sebelum ini anak angkatnya belum baligh dan ketika itu masih wajar beliau melayaninya demikian.

Dalam keadaan terpaksa ibu bapa pelajar ini terpaksalah dengan berat hati menceritakan hal itu kepada anak angkatnya, inilah juga saat pelajar tersebut mengetahui bahawa beliau sebenarnya seorang anak angkat kepada ibu angkat yang selama ini
disangkanya sebagai ibu kandungnya. Sejak itu pelajar ini telah banyak berubah yang pasti beliau tidak lagi seceria dahulu lagi, apakan daya kami, hanya sekadar itu sahaja yang mampu kami membantu dan memberi pertolongan.

Semoga Allah memberi pertolongan, taufik dan hidayah serta kekuatan minda kepadanya untuk beliau menghadapi kehidupan yang mencabar ini serta selamat di dunia dan akhirat.amin.

_____________________

Larangan anak angkat dibinkan
dengan nama bapa angkatnya.

Firman Allah bermaksud:

"Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya; dan Dia tidak menjadikan isteri-isterimu yang kamu zhihar itu sebagai ibumu, dan Dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak kandungmu (sendiri). Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulutmu saja. Dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar)".(4)

"Panggillah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (memakai) nama bapa-bapa mereka; itulah yang lebih adil pada sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka (panggillah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu. Dan tidak ada dosa atasmu terhadap apa yang kamu khilaf padanya, tetapi (yang ada dosanya) apa yang disengaja oleh hatimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".(5)


Surah Al.Ahzab (4-5)
____________________


Manfaatkan Ulasan ini:

Blogger NaqeebLukhman said...

Salam Pak Ngah...

pertama... mengikut kajian kanak2 yang selalu dipeluk ibubapa lebih bersemangat dan kreatif

kedua... sedih juga saya baca kisah tu...

ketiga... itulah kesilapan ibubapa angkat apabila membinkan anak angkat dengan nama ayah angkat...

saya pun berharap dia akan tabah mengahadapinya...

July 14, 2009 10:32 PM


______________

"Allah Maha Mengetahui"

Sekian. Wassalam.

2 comments:

Nl said...

salam pak Ngah...

pertama... mengikut kajian kanak2 yang selalu dipeluk ibubapa lebih bersemangat dan kreatif

kedua... sedih juga saya baca kisah tu...

ketiga... itulah kesilapan ibubapa angkat apabila menbinkan anak angkat dengan nama ayah angkat...

saya pun berharap dia akan tabah mengahadapinya...

Leenoh said...

Salam Naqeeb.
Membinkan anak angkat kepada bapa angkat sebenarnya satu pembohongan yang amat besar, anak yang terlibat akan hilang identiti diri hasil penipuan tersebut.
Ambil anak angkat itu tidak salah tetapi hendaklah diuruskan dengan betul mengikut hukum hakamnya.